ERASMUS+ VS ISEM : EXAM RESULT (SEPTEMBER 2016)

Salam dan hai kepada semua pembaca blog ini. Entri kali ini berdasarkan pengalaman belajar yang diperoleh sepanjang berada di Kozminski University, Poland. Antara soalan yang seringkali diajukan daripada pelajar-pelajar UNIKL Business School:

Apa perbezaan ketara UniKL Business dengan Kozminski University?
Cara belajar di Kozminski University macam mana?
Senang atau tidak untuk perform dekat sana? 


1. BUSINESS PLAN
Subjek Business Plan agak santai sebenarnya kerana pensyarah memberi kebebasan kepada kami untuk memilih perniagaan yang bersesuaian dengan minat. Walau bagaimanapun, subjek ini agak mencabar apabila ada seorang ahli kumpulan yang susah untuk bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Aku risau juga dengan subjek ini pada awalnya kerana ada bahagian tugasan yang tidak lengkap (ahli kumpulan yang hanya tahu copy dan paste sample dari internet). 

Langkah yang dilakukan ialah:
Beritahu pensyarah secara terus mengenai isu tersebut. Aku menjelaskan masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami. Alhamdulillah, aku dapat pensyarah yang memahami. Tengoklah grade apa yang dia berikan. 5.0! (Lega sangat).

2. QUANTITATIVE METHODS
Subjek ini antara yang paling digemari. Haha! Walaupun subjek ini seakan-akan subjek Additional Maths, subjek ini paling memerlukan banyak latihan (memandangkan aku ni kekadang pelupa bila dah lama tidak membelek latihan). 

Di Kozminski University, carry marks itu tidak sama seperti di UniKL Business School. Di UniKL Business School, selalunya carry marks 60% (kerja kursus) dan 40% untuk peperiksaan akhir. Walau bagaimanapun, di Kozminski University sistemnya sedikit berbeza. 

Pelajar dikehendaki untuk menjawab dua exam tests:
Test 1 : 50%
Test 2 : 50%

Aku mendapat 35/50 untuk Test 1. Masih ingat waktu ketika itu rasa down sekejap. Ini bermaksud lebih banyak fokus perlu diberikan untuk Test 2. Ramai juga yang dapat atas 40/50 untuk Test 1 ni. Life ini tak smooth yang disangka guys. Aku anggap ini sebagai guideline untuk tidak lalai dalam kelas.

DAH BACA KE? : TIPS BELAJAR YANG BEST!

Nampak dari riak wajah pensyarah yang mengharapkan aku boleh buat lagi baik dari apa yang ada sekarang. Aku antara yang selalu jumpa dia untuk tanya soalan yang tak faham. Mana taknya. Additional Maths related questions ni memang dah lama ditinggalkan (SPM tahun 2009 okayyyy).

Gred paling tinggi di Kozminski University ialah 5.0. Untuk mendapat 5.0, markah keseluruhan untuk sesebuah subjek mestilah mencecah 91 dan ke atas. Tengok pun dah gerun kan? Itulah apa yang aku rasa semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Kozminski University. Aku malas nak stress-stress sangat pasal gred. Yang pastinya, aku sudah cuba sehabis baik untuk perform dalam akademik.

Sebelum menjawab soalan Test 2, aku selfmotivate yang inilah last shot untuk subjek Quantitative Methods. Buat yang terbaik. Kita sudah usaha sehabis baik moga result test pun okay!

Alhamdulillah soalan-soalan yang ada dalam test tersebut aku dapat jawab dengan baik. Again, recheck my answers. Mana tahu ada tersilap calculate kan. Selepas berpuas hati dengan jawapan yang ditulis, aku menghantar kertas jawapan kepada pensyarah di hadapan kelas. Pensyarah terus tanda kertas jawapan. Dalam masa 5 minit, dia berkata:

Dr. Cybulski: Miss SR, congratulations! You managed to get 50/50. You have any complaint about it? (sambil gelak-gelak)
SR: I got 50/50? Thank you! (sambil mata bergenang)

Aku pun pergi ke depan kelas untuk semak kertas jawapan. Memandangkan sekarang markah keseluruhan aku ialah 35+50 = 85. Ini bermaksud aku akan dapat grade 4.5. Selalunya, pensyarah akan menambah markah sedia ada dengan markah untuk participation in class (siapa yang volunteer jawab soalan dekat whiteboard dapat markah tambahan). 

Pada malamnya, aku semak Virtual learning website KU... final result untuk Quantitative Methods dah release! Dr. Cybulski gave me a 5.0 ! What a luck. Haha. Hasil gigih buat muka tembok untuk jawab soalan dekat whiteboard ni for most class sessions! hehe.


3. MANAGERIAL ACCOUNTING


Easy, Cheesy, Nachos - John Mulenga


Managerial Accounting merupakan subjek yang agak sukar untuk dihadam. Subjek yang nampak senang tetapi agak tricky. Sesiapa yang sudah mengambil subjek MA ini akan faham apa yang aku maksudkan. Apa yang lagi mencabar? Aku merupakan the only Management student yang tersesat dalam kelas ni. Haha. Kenapa aku cakap the only one? Yes, pelajar lain merupakan pelajar Finance & Accounting. Memang rasa agak kerdil lah juga masa ambil kelas ni kerana beranggapan orang lain dah tahu banyak dan dah faham lebih banyak dari aku.

Aku anggap ini sebagai satu cabaran. Subjek ini agak tough jugak kerana markah keseluruhan bergantung sepenuhnya kepada Final Exam. Maksudnya tiada tests, tiada quiz dan sebagainya. Sama ada kita lulus atau gagal course ini. Whew. Oh ya, gagal dalam subjek merupakan perkara biasa di Kozminski University kerana akan ada hari khas untuk mereka yang akan repeat papers sebelum mendaftar untuk semester baru (tak perlu extend sem untuk repeat papers).

Pensyarah beranggapan pelajar semua faham perkara-perkara asas dalam Accounting. Pada awalnya, aku memang risau. Memang aim 4.0 untuk subjek ini memandangkan kena faham banyak topik dalam satu masa yang sama. 4.0 di sana dianggap sebagai C. Hoho. Aku aim markah MA dalam 80 kerana ada satu soalan ketika final exam agak susah. Tengok-tengok betul dapat 4.0. Hee. Syukur ;)

4. INTERNATIONAL BUSINESS ECONOMICS
Aku mengambil peluang belajar sesuatu yang baru. Subjek International Business Economics ini memang mencabar. To be honest, tahap ilmu yang aku tahu ketika baru mula masuk ke kelas ini hanya sekitar 5% sahaja. Banyak perkara yang memang tidak tahu. Setiap minggu akan ada group presentations. Memandangkan aku tidak faham sangat untuk terangkan sesuatu subtopik, aku mengambil peluang ini untuk tahu secara lebih terperinci. Subjek ini tidak akan di'transfer grade'. 

5. INNOVATIONS IN MARKETING
Always make your own time to read. - Magdalena
Innovations in Marketing merupakan subjek yang digemari. Hee. Banyak hands-out diberikan (setiap sesi pembelajaran akan ada perbincangan). Memandangkan diri ini masih lagi kurang ciri-ciri inovasi, inilah peluang untuk tahu pandangan pelajar-pelajar lain dan pensyarah sendiri mengenai inovasi. Banyak yang dipelajari sepanjang sesi subjek ini berlangsung. 

Untuk Pair Presentation, aku memilih MaGIC sebagai syarikat yang berinovasi. Kenapa MaGIC? Melalui pembentangan di dalam kelas tersebut, secara tidak langsung aku dapat memperkenalkan Malaysia di hadapan rakan-rakan dan pensyarah. To be honest, rata-rata tidak tahu Malaysia itu negara yang terletak di mana. Orang yang tahu Malaysia ini di mana pastinya orang Asia la kan? (Tipulah kalau orang Asia tapi tak tahu Malaysia kat mana :P)

PERBEZAAN YANG KETARA?
1. EXAM TIPS
Kebanyakan pensyarah tidak menekankan sangat tentang exams. Rata-rata mereka akan berkata : Don't worry too much, you can do it for sure.

Seperti yang pernah dicoretkan dalam entri sebelum ini, apabila pelajar gagal dalam sesuatu subjek itu dianggap normal. Kenapa normal? Pelajar yang gagal akan repeat paper sebelum mereka mendaftar untuk semester baru. Maksudnya mereka tak perlu repeat subjek yang sama pada semester depan.

2. CARA PEMARKAHAN
Di UniKL Business School, rata-rata subjek mengambil kira 60% coursework. Walau bagaimanapun, di Kozminski University cara pemarkahan berbeza mengikut subjek dan bergantung kepada pensyarah subjek (pihak admin tidak menguruskan soal pembahagian markah mengikut subjek).

Contoh:
Subjek Quantitative Methods:
Pemarkahan 
50% - Test 1
50% - Test 2

Sekiranya untuk Test 1, anda mendapat 100% maka anda mendapat markah penuh sebanyak 50. Sekiranya untuk kedua-dua tests tersebut anda LULUS, maka anda tidak perlu repeat paper (tidak perlu hadir kelas tambahan).

Subjek Managerial Accounting
Pemarkahan
100% - Final Exam

Subjek ini agak mencabar kerana bergantung pada FINAL EXAM sahaja. Senang lulus / Senang untuk gagal. It totally depends on YOU.

3. SUASANA BELAJAR
Suasana belajar sangat selesa. Ada subjek yang tempat belajarnya terletak di hall besar dan ada yang terletak di bilik yang lebih kecil. Banyak discussion/ sharing session. Di sini, pensyarah lebih suka pelajar-pelajar untuk memberikan pendapat tentang persoalan/isu berkait dengan subjek. No right or wrong answers. Di sini, no one will strictly says that you're wrong. Jadi, kalau kita nak berikan pendapat sekalipun, tiada rasa takut untuk mencuba. 

4. YOU STUDY SMART + HARD, YOU WILL ACHIEVE 5.0
Tips belajar dekat sini simple je. Korang kena belajar dan belek buku. Of course, you need to focus during classes. Tapi ingat bukan semua subjek yang korang boleh score without latihan. Contohnya subj Quantitative Methods dengan MA. Dua subjek ini memang kena buat latihan almost everyday. Kalau tak, lupa.

Pensyarah di KU juga sentiasa mengingatkan siapa yang dapat 5.0 at the end of the day, bermaksud that person totally deserve the grade. 


Di atas ini merupakan grade sedia ada di KU. Ada sedikit perbezaan berbanding dengan UNIKL di mana grade tertinggi ialah 5.0.


Untuk pelajar program pertukaran biasa seperti aku (bukan pergi ISEM/ERASMUS+ untuk internship ya), anda mesti menghantar keputusan peperiksaan akhir anda kepada UniKL masing-masing (pihak akademik) untuk urusan transfer grade.

DAH BACA KE? : HENTI BANDING DIRI

Aku submit keputusan exam pada awal bulan 3 dan mendapat tahu result transfer grade ini pada bulan June (agak lama juga nak tahu result). A bit frustrated sebab tak dapat 4 flat. Ngeh3. Because of MA subj, aku dapat 4.0 di KU (which I expected I will get the same grade at UBIS too but well :/). 4.0 di KU merangkumi markah 76-84. So, aku macam what if I got 80 for MA? Terkilanlah jugak dekat sini. Maka, tiadalah 4 flat untuk Cik SR. Haha!

Result exam di KU : 4.50/5.00
Result transfer grade di UNIKL BIS : 3.91

Whatever it is peeps, please BE GRATEFUL. Di sebalik pointer, aku belajar banyak perkara lain selain theories. 

p/s: Maybe result pelajar lain lebih tinggi dari aku. Entri kali ini dicoretkan bukan bertujuan untuk riak tetapi ingin memberi semangat kepada mereka yang di luar sana yang mungkin masih ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk terbang jauh. You know what? I already did it! I bet you can do much better than I did.

Jangan lupa mencari inspirasi untuk menjadi lebih baik!

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.