JOM TERBANG KE CROATIA: ZAGREB (PART 3) - SOLO TRIP

31 DECEMBER 2016
Setelah beberapa hari berada di Prague, Czech Republic, sudah tiba masanya untuk berangkat ke lokasi seterusnya iaitu Zagreb, Croatia. Flixbus menjadi bas pilihan (Flixbus memang sangat selesa!). Perjalanan memakan masa selama 9 jam setengah (Lama lah juga kan? Hee). 

Perjalanan bas sangat smooth. Alhamdulillah. Apabila tiba di sempadan Croatia, penumpang bas dikehendaki turun dari bas dan pergi ke arah kaunter pengawal untuk penyemakan pasport. Pengawalan di sini amatlah ketat kerana pasport akan disemak secara dua kali (Kena turun di dua lokasi berbeza). 

Memandangkan nama aku agak panjang, selalunya semakan pasport aku akan mengambil masa yang lama. Moral of the story: Janganlah bagi nama anak anda panjang-panjang sangat (Nama penuh aku takdelah panjang sangat pun sebenarnya. Haha).

Tiba di Zagreb pada pukul 7 malam dan turun di stesen bas. Dari stesen bas tersebut, aku menaiki tram untuk ke hostel.

TAHUN BARU DI ZAGREB,CROATIA
Tiba di hostel lebih kurang pada pukul 8.30pm. Kebanyakan grocery stores dah pun tutup (tutup awal) kerana sambutan Tahun Baru yang bermula dari malam itu sehingga tengah malam.

Street food sahaja yang masih laku dijual ketika itu.

Suasana malam Tahun Baru sangat mendamaikan bagi aku. Lupakan sejenak kesibukan bandar, lupakan masalah kerja yang bertimbun di pejabat, lupakan sejenak masalah dunia. Suasana Tahun Baru di Zagreb membuatkan aku berada di satu dunia di mana semua orang really have fun pada malam itu. Dendangan muzik di dataran, orang di sekitar bandar menari dengan ahli keluarga mereka sambil menikmati street food.

FRITULE
Fritule merupakan salah satu street food yang sememangnya WAJIB anda cuba di Zagreb.

Tips: Pilih gerai yang menjual hanya fritule sahaja ataupun menjual fritule dan kebab chocolate untuk mengelakkan perasaan ragu-ragu kerana kebanyakan gerai yang menjual makanan yang bergoreng seperti fritule ini menjual juga makanan bergoreng yang lain seperti hotdog, bebola daging. Jadi, hati-hati.

Fritule ini apa sebenarnya?
Dalam erti kata mudah, Fritule ini ibarat seperti cekodok tanpa pisang. Teksturnya lebih ringan berbanding donut. Ha! Sangat sedap dimakan panas-panas. Aku memang akan aim gerai yang ramai orang beratur semata-mata nak beli Fritule sebab apa? Memang kita akan dapat fritule yang digoreng pada masa kita nak beli tu. Selalunya kita boleh pilih topping apa yang kita nak seperti caramel, chocolate, sugar sprinkle, whipping cream dan sebagainya. Favorite topping pilihan ialah chocolate/caramel! Nak lagi syok? Tambahkan whipping cream atas fritule. Fuhh, syok makan fritule yang panas-panas dalam suasana sejuk. Memang feeling!


1 JANUARY 2017
Kebanyakan kedai mahupun muzium pada hari ini TUTUP. Aku ulang TUTUP. Jadi, tidak banyak tempat yang boleh dilawati pada hari Tahun Baru. Aku mengambil masa ini untuk berjalan sekitar bandar memandangkan bandar Zagreb ini tidak besar sangat.

Satu hari untuk melawat tempat-tempat di sekitar Zagreb sudah memadai sebenarnya.

GRIC TUNNEL
Gric Tunnel ini merupakan terowong taw! Nampak macam berada di alam lain je kan? Haha. Untuk ke arah Gric Tunnel ini, laluannya sehala dengan tempat ke arah funicular. Gric Tunnel ini bukanlah panjang. Agak pendek (350 m) kawasan yang disinari cahaya biru ini. Sangat tenang! Kalau stress, bolehlah datang sini. Tunnel ini dibuka dari pukul 9am sehingga 9pm (Masuk percuma ya).

FUNICULAR
Di Zagreb, funicular ini merupakan funicular paling kecil di dunia kerana panjangnya hanyalah 66 meter. Funicular ini merupakan simbol bandar Zagreb. Apa yang uniknya funicular ini berbanding funicular di Hungary ialah menara yang berada di atas funicular ini akan melepaskan meriam (cannon shot) sebagai lambang (sejarah bandar Zagreb).



Funicular ini boleh dinaiki secara percuma pada hari Tahun Baru. Untuk hari biasa, sebanyak 5 Kuna dikenakan untuk menaiki funicular ini.

CHRISTMAS MARKET

Inilah suasana Christmas Market pada waktu siang. Semestinya Christmas Market di Zagreb paling meriah ketika musim krismas. Memandangkan sudah masuk tahun baru, Christmas Market tidak meriah sangat.

Tahukah Anda? : Christmas Market yang terbaik pada tahun 2016 adalah Christmas Market di Zagreb.



Suasana Christmas Market pada waktu malam

2 JANUARY 2017
MUSEUM OF BROKEN RELATIONSHIP
Museum yang paling ingin dilawati di Zagreb ialah Museum of Broken Relationship. Ha tengok nama muzium pun dah tahu kan muzium ini mengenai apa?

Sesiapa yang putus cinta dan tak boleh move on sangat dengan hadiah bekas kekasih anda, mungkin anda boleh menyumbangkan item tersebut ke muzium ini. It's time to move on guys! Jangan sedih lama-lama. 




If You Go Away - Terry Jacks

Tempat letak tisu tandas pun ada. Haha.

Popcorn

Kasih seorang ayah tiada tandingnya

An Ex Axe (Yang ni agak pelik!)


Zagreb di kala senja





ANTUN GUSTAV MATOS (POET SCULPTURE)


Matos ini sememangnya popular dalam kalangan penduduk Zagreb. Kerana apa? Kebanyakan penulis Croatia diabadikan melalui statue sebegini. Mana tahu dapat aura menulis kan? Hehe.


Cara paling mudah untuk mencari Matos ini:

Naik funicular dan pergi ke arah kanan. Jalan terus sehingga anda nampak Matos! ;)

GIANT WHALE MURAL (PLATEAU GRADEC)

Whale mural ini dapat dilawati apabila anda berjalan terus ke hadapan selepas berselfie dengan Matos. Kawasan ini agak tersorok sekiranya anda tidak biasa dengan kawasan keliling.



LOVE LOCKS (PLATEAU GRADEC)
Berhadapan dengan whale mural tadi, kelihatan cathedral dari jarak jauh. Di sini, anda dapat lihat banyak love locks di bahagian penghadang besi.




KING TOMISLAV SQUARE (ICE RINK)

Ice Rink ini antara tempat yang WAJIB dilawati. Anda boleh ice skating di kawasan terbuka. Menarik kan? Tempat ini sangat lawa pada waktu malam.

3 JANUARY 2017
BAN JELACIC SQUARE




360 ZAGREB


CATHEDRAL DAN KAWASAN SEKITARNYA





Pada waktu malam, Zagreb merupakan bandar yang meriah. Meriah dari segi apa? Ha nampak lampu lip-lap tu? Bukan sekadar itu sahaja, penduduk tempatan lebih gemar meluangkan masa di kafe atau pub yang berdekatan. Mereka gemar minum kopi ataupun alcoholic drinks.

Suasana di sini digambarkan dengan penduduk tempatan sangat santai ataupun very relax. Bandar Zagreb bukanlah bandar yang sibuk.

PUBLIC TRANSPORTATION:
Tram
Public transportation yang mudah untuk digunakan di Zagreb ialah tram. Walau bagaimanapun, laluan tram hendaklah dibaca dengan teliti kerana tiada jadual masa tram yang diletakkan di tempat menunggu tram.

Memandangkan hostel yang diduduki terletak berhampiran dengan tempat-tempat yang dilawati, jadi aku hanya menaiki tram pada hari pertama tiba di Zagreb dan hari-hari selebihnya aku berjalan kaki sahaja. Lebih mudah dan pada masa yang sama dapat exercise jugak kan!

Lokma From Istanbul (Halal Restaurant)
Pada entri ke Zagreb kali ini, aku akan memperkenalkan kepada anda restoran halal yang manakah aku cuba.

Lokma From Istanbul ini sememangnya kedai yang dikategorikan dalam restoran halal (Sumber Google). Walau bagaimanapun, wajib bertanya terlebih dahulu sama ada segala menu yang disediakan itu sememangnya halal atau hanya beberapa menu sahaja yang halal dan boleh dimakan. Walaupun restoran ini berstatus HALAL, bukan bererti semua menu yang disediakan adalah HALAL. Please take note! ;)

Hari pertama di Lokma From Istanbul:
Oh My Falafel!
Kedai halal yang terletak berhampiran dengan hostel hanya ada satu sahaja iaitu Lokma From Istanbul. Aku meneruskan perjalanan untuk mencari di manakah lokasi Lokma From Istanbul ni.

Setelah tiba di restoran tersebut, aku bertanya kepada pekerja restoran tersebut:

"Menu yang mana satu yang halal?"
"Hanya menu yang menggunakan daging ayam sahaja yang HALAL"

Dengan muka hampa, pekerja restoran tersebut menyatakan yang daging ayam out of stock. Jadi, menu yang menggunakan ayam halal itu TIADA hari ini.

Falafel menjadi pilihan (Vegetarian option). Sedap juga falafel dia. Cukup rasa!


Hari kedua di Lokma From Istanbul:
Aku terlupa nama hidangan yang dekat bawah ni. Menu yang menggunakan daging ayam halal. Hidangan ayam ini dihidangkan bersama kuskus (dari gambar menu ingatkan nasi rupa-rupanya kuskus). Ayam perapan (rasanya seakan-akan ayam panggang madu) sangat sedap! Dagingnya juicy dan tender. Overall 4.6/5! A must try ;)





PESANAN PENULIS:
Zagreb - a very magical moment for me.
Till we meet again dear Zagreb

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.