SINDROM 'TALL POPPY' : PEMIKIRAN ORANG KITA


Don't ever let somebody tell you, you can't do something. You got a dream? You gotta protect it. If people can't do something themselves, they wanna tell you, you can't do it.  If you want something, go get it. Period. - The Pursuit of Happyness
 

APA ITU SINDROM 'TALL POPPY'?
Pertama kali melihat perkataan 'TALL POPPY' ialah ketika sedang sibuk scrolling down FB. Ha! Apa lagi, lepas tu sibuk googling perkataan tersebut kerana tidak tahu apakah makna sebenar perkataan itu.

Sindrom 'Tall Poppy' disamakan dengan 'Crab Mentality' - situasi di mana orang lain tidak boleh melihat seseorang itu berjaya atau pun melebihi dirinya (hasad dengki, cemburu, etc). Sindrom tersebut ternyata agak sinonim dengan budaya orang Australia.

Kenapa ketam dipersalahkan? Eh ketam tu tak salah pun. Hee. Pernah tak nampak ketam-ketam hidup yang diletakkan di dalam sebuah kotak? Kotak itu kalau tidak ditutup dengan penutup pun tidak mengapa kerana sekiranya ada ketam yang ingin memanjat keluar dari kotak tersebut, ketam yang lain akan menarik ketam tersebut ke bawah semula.

Baru-baru ini, sebuah video berkenaan seorang pelajar Tunku Kurshiah College (TKC) di'bash' kerana memakai make-up ketika mengambil keputusan peperiksaan SPM 2016. She's a tall poppy (budak pandai!). Disebabkan dia seorang 'tall poppy', maka ramailah yang ingin mencantas si Tall Poppy ni. (Bad attitutes peeps! A big no-no). Untuk pengetahuan anda, sesiapa yang dapat belajar di TKC bukan calang-calang orang ya. Memang pelajar-pelajar di situ pandai dan hebat-hebat belaka. No offense kalau keputusan SPM mereka memang gempak. Dah memang sekolah pun gempak kan? Fikirlah logik. Hanya disebabkan pelajar tersebut memakai make-up yang menjadi perbualan semua orang. Budak-budak zaman sekarang kan lebih advanced dari zaman kita. Bonus untuk dia kerana berwajah cantik. Bak kata orang putih : Beauty with brain! 




1. 'REALIZE - IT'S NOT ALL ABOUT YOU'
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?
Susah sekiranya kita ingin mengambil kira kata-kata dari semua orang. Percaya atau tidak, kebanyakan orang yang bercakap buruk atau bercakap belakang mengenai kita, rata-ratanya TIDAK KENAL kita secara rapat. Mungkin cakap 'HAI' dekat kita pun tak pernah, tup-tup cakap yang bukan-bukan pasal kita. 

Di sinilah kita kena bertindak dan faham yang segala yang mereka cakapkan itu bukan kerana berpunca daripada kesalahan kita bahkan dari pihak mereka. Mereka yang sibuk membesar-besarkan keadaan sebenar. So, just sit back and relax. Chill out je tengok gelagat mereka! ;)

2. 'DON'T ARGUE WITH PEOPLE WHO BELIEVE YOU CAN'T DO IT'
Jangan bergaduh dengan orang yang sememangnya TIDAK PERCAYA dengan kebolehan kita. Pernah dengar tak : Jangan bergaduh dengan orang bodoh, selamanya kita TIDAK AKAN MENANG. 

Kita akan membazirkan tenaga dan waktu sekiranya kita bergaduh dengan orang yang sememangnya TIDAK YAKIN dengan anda. Segalanya nampak negatif sahaja apabila membabitkan diri anda. Apabila kita terlampau melayan karenah orang yang sebegitu rupa, mereka makin excited nak jatuhkan kita. Untuk hadapi situasi sebegini, pastikan mental korang steady dan hati kena sado. Mungkin akan ada situasi di mana tiada orang yang percaya pada anda kerana perkara-perkara yang tidak betul disebarkan (fitnah, etc). Trust yourself. If you don't trust yourself, you gonna lose the war. Orang yang berada di pihak yang benar akan terserlah kebenarannya nanti lambat laun. Be yourself - Tidak kisahlah anda seorang introvert, extrovert mahupun ambivert. Anda seorang yang unik. Ingat tu.

Macam mana untuk counter attack orang sebegini?:
Kita TIDAK PERLU MELAYAN KARENAH mereka dan menjalani kehidupan seperti biasa. Fokuskan hidup anda untuk mencapai gol/objektif/impian anda. Kan lagi berbaloi. Penat taw gaduh dengan orang yang negatif ni. Kita relaks-relaks aje. Kita diamkan mulut orang yang negatif ini dengan kejayaan-kejayaan kita pada masa akan datang. Memang diam terus mereka nanti. Silent treatment is the best option for them!

3. 'CHOOSE TO IGNORE NEGATIVITY
Apabila kita menjadi mangsa keadaan, perkara pertama yang kita boleh lakukan ialah abaikan negativiti sekeliling. Pada suatu ketika dahulu, aku merupakan seorang yang agak negative thinker dan suka overthinking. But you know what? At one point of my life, aku penat jadi seorang yang asyik berfikiran negatif. Sejak itu, aku memilih untuk abaikan kata-kata orang dan fokus sepenuhnya kepada apa yang ingin dicapai dalam hidup. 

Be negative all the time - Like seriously, korang akan penat. Penat memang lain macam. Penat mentally. Apabila kita terlalu fokus kepada perkara yang negatif sahaja, semangat dan tahap motivasi kita akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan kita kurang aura positif dan prestasi akademik akan menurun secara tidak langsung.

Let's change - STAY POSITIVE:
Boleh lihat point no. 5


4. 'PLAN TO MAKE IT HAPPEN'
Bukan mudah untuk meraih suatu kejayaan. Bagi mereka yang baru view blog ini, mungkin anda tidak tahu cerita di sebalik aku mendapat biasiswa Erasmus+.

Aku menyimpan hasrat untuk mendapat ISEM sejak semester September 2014 memandangkan ketika itu ada beberapa seniors dari UniKL Business School mendapat ISEM ke negara seperti Germany dan Spain. Aku melihat mereka ini sebagai idola dan inspirasi untuk berjaya seperti mereka.

Ada yang yakin dengan kebolehan aku dan ada juga yang tidak yakin. You know what I did? I will make my plan HAPPEN to shut them up (nada geram je kan. haha!). Setiap semester, aku cuba untuk mengekalkan CGPA 3.75 ke atas (requirement ISEM untuk dapat tajaan penuh MARA). Dugaan-dugaan yang hadir dalam hidup bukan penghalang untuk mengekalkan momentum dalam pelajaran. You guys can do it too! 


5. 'SURROUND YOURSELF WITH POSITIVE PEOPLE'
Selain mengabaikan negativiti, kita juga hendaklah bergaul dengan orang yang bersikap positif. Ha nak tahu kenapa kita perlu bergaul dengan mereka? Mereka inilah yang akan mendorong kita untuk lebih berjaya. Mereka ini jugalah yang memberikan aura inspirasi kepada kita. Ingat! Bukan semua orang ingin melihat kejayaan kita. Ramai orang yang ingin melihat kita GAGAL. Oleh itu, kenapa kita membiarkan mereka bertepuk tangan di atas kegagalan kita kan?

Orang yang positif ini rata-ratanya merupakan orang yang berjaya. Mereka ini ingin melihat lebih ramai orang yang berjaya. Apabila kita melihat kawan-kawan/ orang lain yang sudah berjaya dalam hidup, secara tidak langsung kita akan terfikir untuk mengikut jejak langkah mereka juga. Positivity is contagious guys. Hee. Percaya atau tidak, lebih ramai orang ingin berkawan dengan kita sekiranya kita seorang yang positif dan mempunyai misi dan visi dalam hidup. Orang akan lebih tertarik untuk berkawan dengan kita. 



BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH : LET'S CHANGE!

1. 'FOCUS ON YOU'
Sindrom Tall Poppy ini bermula apabila kita sering memikirkan orang lain dan membandingkan hidup dia dengan hidup kita. Eh! Guys please, don't compare yourself with others. Aku percaya setiap orang berada di 'timezone' masing-masing. Ada kalanya kita terfikir yang kita lambat habis belajar padahal orang lain sudah bekerjaya dan mendirikan rumah tangga (ini yang pernah terlintas di fikiran). Mungkin kita sedikit lambat tapi percayalah yang semuanya akan jadi pada masa yang betul. Sabar dan perbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa.

Dari sibuk memikirkan kehidupan orang lain, alangkah baik sekiranya anda memberikan 100% fokus kepada diri sendiri. Jangan terlalu selesa dengan apa yang anda ada. Aku sendiri pun merasakan masih banyak yang belum dipelajari. Melalui kelas Aligning Business and Information Technology, pensyarah memberitahu yang kemahiran IT memang diperlukan sekiranya kita ingin merebut peluang pekerjaan. Aku tidak mempunyai banyak kemahiran IT kerana kebanyakannya belajar sendiri dari tutorial Youtube sedia ada seperti cara menggunakan HTML, Gimp, edit gambar, reka header sendiri dan sebagainya. 


2. 'ACKNOWLEDGE YOUR EMOTIONS'
Orang kita lebih bersikap negatif terhadap perkara yang kelihatan remeh. Hal ini berbalik kepada emosi individu. Sebelum bertindak, fikirkan terlebih dahulu kesan dan efek yang akan jadi sekiranya kita bertindak secara melulu.

Think wisely before you act!

3. 'CHECK YOUR THOUGHT PROCESS'
Kita sepatutnya berfikiran seperti di bawah ini:

"Mesti dia jenis yang study smart ni - Sebab tu senang je dia boleh score exam"
"Teringin jugak nak ikut jejak langkah dia - boleh mintak tips belajar dari dia ni"

Orang kita selalunya sibuk mencari kesalahan orang lain. Adakalanya perkara yang tidak perlu dibesar-besarkan itulah yang ingin dihebohkan. Mentaliti orang Melayu kebanyakannya sebegini. BUKAN SEMUA tapi kebanyakan ;)

4. 'DO SOMETHING NICE FOR SOMEONE ELSE'
Point nombor 4 ini sangatlah bermakna. Apabila kita menolong orang lain, kita akan feel much better. Perkara yang mudah boleh kita lakukan ialah dengan memberikan motivasi serta inspirasi kepada orang lain untuk meraih kejayaan seperti yang kita kecapi.

Positive vibes detected! ;)


5. 'YOU'RE DOING OKAY TOO!'
Be proud of yourself - Kita penat-penat belajar setiap hari, kita penat-penat buat kerja part time, kita penat-penat pergi join volunteering activities : 

Pernah tak anda tepuk dada dan ucapkan TERIMA KASIH kepada diri sendiri ? 
Pernah tak anda ucapkan : 
Dear self, you've done a very good job today. I'm proud of you.
Never? Do it today.

6. 'DON'T WAIT TO CELEBRATE OTHERS'
Do it today! Do it now! Sekiranya anda ada seniors yang memang anda admire, beritahu mereka yang mereka menjadi sebahagian daripada inspirasi anda untuk berjaya. Aku yakin seniors kebanyakannya tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tips belajar kepada kawan-kawan dan juniors. Sharing is caring guys!

Change our mindsets : Don't cut the tall poppies, let's grow tall together!

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.