LOVELY HORRIBLY : USAHA TANGGA KEJAYAAN (5 CARA MENULIS TERBAIK)


Gelombang K-drama tidak asing lagi pada tahun 2018. Jika dulu, K-drama ni tak lah popular macam sekarang. Ada satu K-drama terbaru yang kini menjadi fav list aku : Lovely Horribly.

Yang paling best, watak heroin dilakonkan oleh Song Ji Hyo. Siapa tak kenal Song Ji Hyo ni kan. Dia sememangnya famous melalui satu reality show : Running Man. Lakonannya memang aku suka. Bersahaja dan tidak nampak kekok. Dia memang natural beauty. Kau dah pernah nampak dia dalam Running Man kan? Dia memang jenis tak bermakeup. Natural gitu.



Cerita ini bertemakan romantik seram dan apa yang lagi menarik intipatinya memang kena dengan jiwa aku. Cerita tentang seorang penulis.


Yang atas ni hero drama ni, Park Si-hoo yang terkenal dengan drama Golden Life sebelum ini. 


Drama ini berkisarkan Oh Sul Eun yang meminati bidang penulisan. Minat menulis bermula ketika dia sedang menunggu bapanya yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Sejak itu, perasaan bosan tidak lagi membelenggu dirinya. Walau bagaimanapun, tuah tidak menyebelahinya. 8 tahun tanpa kerja tetap (meneruskan karya penulisannya). Lagi pelik apabila segala skrip yang ditulisnya bertukar menjadi realiti. Seram!

Watak Oh Eul Soon (lakonan Song Ji Hyo) bersifat naif. Bayangkanlah dia ditipu sendiri oleh sahabat baiknya sendiri iaitu Ki Eun Young (Choi Yeo-jin). Kini, Eun Young merayu kepada OES untuk menyiapkan karya keduanya bertajuk A Ghost's Love Story dengan menjanjikan OES akan menjadi co-writer (dia tipu okay! dia nak dapat nama dia seorang sahaja). Nak tahu kenapa dia merayu sangat? Dia perlu mengekalkan reputasinya sebagai penulis popular selepas karya pertama OES bertajuk, "The Ax of Truth" terhasil 8 tahun lepas.



Akhirnya, penipuan Ki Young diketahui oleh Miss Oh sendiri. Disebabkan Ki Young tetiba menghilangkan diri, OES diberikan peluang untuk mengisi kekosongan tersebut untuk memastikan skrip drama tersebut disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Nak tahu lebih pasal drama ni. Boleh tengok sendiri dekat siaran KBS (saluran 391 - astro) atau online.


5 CARA UNTUK MENJADI PENULIS YANG BAGUS

 cara menulis, harley quinn, coffee

1. Banyakkan membaca! Cari sumber untuk dapat idea penulisan

Untuk menjadi penulis yang bagus, tahap ilmu untuk menulis kena seiring juga. Selalunya, penulis yang hebat sememangnya pembaca tegar. Tipu sangat kalau menjadi penulis tidak suka membaca. Kenapa pentingnya membaca? Melalui pembacaan, ilham atau sumber inspirasi akan muncul secara tidak langsung. Ada orang lebih aktif menghasilkan idea penulisan pada waktu malam atau sebaliknya. Terpulang pada individu itu sendiri.

Seperti SR sendiri, sekiranya ada masa terluang akan berkunjung ke kedai MPH. Bagi yang tinggal berdekatan dengan kawasan KLCC, boleh luangkan masa membaca buku di Kinokuniya Malaysia. Kinokuniya Malaysia ini memang selesa untuk mereka yang ingin membaca. Boleh duduk di lantai sambil membaca. Baca buku percuma sahaja asalkan anda investkan masa anda untuk beberapa jam di situ.

Selain mencari idea dengan membaca di MPH mahupun Kinokuniya, manfaatkan platform media sosial yang ada seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya.

Untuk info yang menjurus ke arah dunia pekerjaan, aku cadangkan rajin-rajinkan diri untuk belek LinkedIn. Quite powerful guys! Kerana apa? Di situlah, ramai professionals berkongsi artikel yang menarik untuk dibaca dan dihadam.

Tips Menulis: Ambil contoh artikel yang popular. Olah menggunakan ayat sendiri (Jangan copy paste overallnya. Itu plagiarism ya!). Jangan lupa kreditkan kepada penulis asal. *Hargailah sikit jasa orang yang menulis tu. Ingat senang ke? hehe.

baca, cara menulis, cara buat duit

2. Mencari tempat yang sesuai untuk menjana idea

Tempat menulis juga antara faktor utama aliran idea menulis berjalan lancar ataupun tidak. Kalau tak kena caranya, mahu kena mental block! Ini juga bergantung kepada diri anda. Adakah anda lebih selesa berfikir dan menulis dalam keadaan bising? Atau anda lebih selesa menulis di ruang bilik tanpa sebarang gangguan bunyi? Aku pula sejenis spesis yang kena dengar muzik sambil nak buat kerja. Mungkin kau pun spesis sama dengan aku. *high-5 sikittt! haha*

anime, laptop, writing

3. Cari style penulisan yang kena dengan jiwa

Semua orang boleh menulis. Tapiiii bukan semua orang boleh menjadi penulis yang baik. Tengok balik poin no. 1 kenapa kita perlu banyakkan membaca. Makin banyak membaca kita boleh menilai jenis gaya penulisan yang bersesuaian dengan kita. Bila kita membaca helaian buku tersebut, eh ni gaya macam aku menulis. Eh! Aku suka cara penyampaian dia memang feel.

Aku dari zaman sekolah, I really hate textbooks. Lagi-lagi yang bila kau belek setiap helaian hanya penuh dengan tulisan *blerghhh*. Untuk menjadikan aku lebih berminat untuk membaca nota dalam buku teks, aku akan convertkan apa yang aku faham kepada peta minda.

Kalau kau perasan, kebanyakan entri di blog aku rata-ratanya mempunyai gambar dan gambar bergerak (format gif). Aku tak suka sangat penulisan yang penuh pulak tu formal. Like whatt?? Untuk buku teks, tak boleh nak buat apa lah dik. Kau kena baca juga. Cuma untuk blog, kau kena menulis dengan hati. Aku tak galakkan kau menulis secara formal melainkan tajuk yang kau nak coretkan itu memang bertemakan faktual.

Aku lebih suka cara yang santai. Yang paling penting, mesej kau kepada pembaca itu kena sampai ke jiwa. Aku tak dapat apa-apa dari blog ni. Aku menulis sebab aku minat. Dengan harapan, tabiat blogging ini boleh membuatkan aku tidak berhenti menulis. Mana tahu satu hari nanti aku akan ada buku sendiri (aminnnn kan impian aku ni secara berjemaah guys! hehe). Ada yang menjana pendapatan sampingan melalui menulis : Rahsia Menulis Jana Pendapatan RM1000 sebulan

free, adam sandler, movie, blog

4. Gunakan platform percuma sedia ada

Bila sebut pasal blog, orang fikir minat ini mahal. Kalau nak beli domain sendiri, memang kena keluarkan sedikit modal. Yang paling penting isi blog. Berguna atau tidak contents yang ada dalam blog tersebut.

Okay back to the main point guys. Manfaatkan platform percuma sedia ada. Contoh paling senang aku boleh bagi tips dekat newbie di luar sana: Platform Blogger dan Facebook.

Cuba dulu guna dua platform ini sebaiknya.

Cara Guna Blogger:

1. Pastikan ada akaun Gmail
2. Daftar dekat https://www.blogger.com
3. Anda dah boleh login akaun blogger
4. Dah boleh mula tulis konten blog

Cara Guna Facebook:

1. Facebook pula kau boleh promosikan hasil penulisan kau menggunakan akaun facebook personal dan Facebook Fanpage (Percuma je. Apa lagi? Buatlah sekarang. Lambat kena tinggal! haha)
2. Jangan spam link content dalam fb group yang lain. Nak berkongsi tak salah asalkan berpada-pada

Kalau kau rasa dengan menulis hari ini, esok lusa kau dah boleh kaya... Kau memang silap besar. 
Dalam masa kau sibuk mengejar nak untung semata-mata, kau lupa yang ini:

PERSONAL BRANDING

CONTENTS QUALITY

Ada masa nanti aku tulis lebih terperinci tentang pentingnya ada personal branding dan contents quality

bruno mars, lazy song, menulis

5. Menulis, menulis dan menulis. Fokus & Konsisten!

Tips no. 5 ni aku sendiri masih struggling. Haha! Bukan senang nak kekalkan tahap konsisten dalam menulis blog. Ada masa kau malas, ada masa kau sibuk ber-OT di tempat kerja, ada masa kau pergi travel malas nak mengadap laptop (eh!), ada masa kau memberikan 1001 alasan untuk bahagia dengan tidak menulis (penyakit malas lah ni). 

Untuk menjadikan flow menulis lebih smooth, aku cadangkan kau tulis je apa-apa yang terlintas di fikiran. Brainstorm dulu idea apa yang nak dituliskan. Bersesuaian ke tidak dengan blog kau. Kalau blog aku bertemakan lifestyle ni memang macam-macam tema ada. Haha! 

Blog aku yang baru ini aku dah kemaskan sebaiknya. Barulah nampak kemas sikit dan teratur. Oh ya aku dah buang blogspot dari link blog aku. Sekarang dah jadi www.syazaredzuu.com.

Nak bagi nampak rasmi sikit, bolehlah jenguk sini: TRANSFER DOMAIN MURAH

Murah je. Serius tak tipu kerana aku sendiri dah guna servis tersebut. Pantas dan efisyen! Tak payah beli domain asing, last-last tak reti guna rugi!

1 comment:

  1. yesss sama lah kita suka menulis (a.k.a menaip) sambil dengar muzik. it feels like muzik tu menemani kita kan kann hehhee.

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.