ERASMUS+ VS ISEM : Q&A



Salam dan hai kepada semua pembaca blog ini. Entri kali ini agak ringkas di mana aku telah berjaya mengumpulkan soalan-soalan yang kerap diajukan (ISEM dan ERASMUS+). Aku berharap entri ini memberi manfaat kepada yang ingin memohon ISEM /ERASMUS+ pada masa akan datang. Harap entri ini akan membuatkan anda semua lebih faham secara terperinci tentang ISEM dan ERASMUS+. Entri ini agak panjang memandangkan ada 37 soalan beserta jawapan. Mohon hadamkan entri ini baik-baik ya ;)

Braxton Family Values  question bfv braxton family values tamar

1. Kalau nak join program ISEM, memang kena extend sem ke?
Tak kena extend sem pun. Sekiranya anda dapat tawaran ISEM/ERASMUS+ untuk semester akhir anda sebelum intern maka berhati-hatilah dalam memilih subjek. Sekiranya anda tidak boleh transfer grade untuk subjek tersebut, ada potensi untuk extend sem.

2. Dekat sana nanti belajar subjek yang macam dalam course structure kita ke?
Course structure bergantung kepada Host Universities. Disebabkan itu, aku sarankan kepada yang berminat untuk merebut peluang program pertukaran pelajar ini untuk melakukan sedikit research tentang universiti mana yang mereka patut pergi.

3. Saya CGPA tak sampai 3.75, patut ke tidak saya bersemangat untuk apply intern ISEM? Self-sponsored? Ada interview ke tak?
Anda WAJIB bersemangat sekiranya anda boleh pergi dengan tajaan sendiri (Self-sponsored). ISEM/ERASMUS+ memang tiada physical interviews. Selalunya akan ada phone interview sahaja untuk memaklumkan kita tercalon atau tidak (ERASMUS+)/ memaklumkan kita dapat tawaran (ISEM)

4. Isu Transfer Grade
Isu transfer grade ini melibatkan pelajar EXCHANGE biasa sahaja. BUKAN INTERNSHIP. Kepada yang ingin melakukan exchange program di semester akhir sebelum internship, fikir sehabis baik. Adakah subjek yang berbaki itu available di host university? Ini homework yang anda kena usahakan sendiri. Minta pendapat HOD anda.

5. Pemilihan akhir ISEM/ERASMUS+
Sekiranya anda memohon untuk ISEM dan juga ERASMUS+, mungkin anda rasa mana satu tawaran yang akan dapat kan? Apabila aku mengetahui keputusan akhir ERASMUS+, kiranya aku secara automatik tak dapat tawaran untuk ISEM. ERASMUS+ ini memang top priority aku kerana memang teringin nak menjelajah Eropah sambil belajar (kalau self-sponsored, memang tak mampu kerana keluarga aku biasa-biasa sahaja).

6. CGPA 3.74, sem 6. Boleh ke lepas requirement MARA?
Agak tricky sebenarnya. MARA sejak kebelakangan ini lebih strict tentang requirement. Be prepared for self-sponsored juga kerana keputusan akhir bergantung kepada budi bicara MARA. Tiada salahnya mencuba kan? Belum cuba belum tahu ;)

7. Course Accounting ada ke program ERASMUS+?
Memandangkan aku merupakan pelajar BBA ME, aku tidak pasti macam mana untuk guide pelajar dari course lain. Sebaiknya, sila consult terlebih dahulu dengan HOD masing-masing.

8. Apa beza ISEM dengan ERASMUS+?
Bezanya dari segi TAJAAN.
ISEM : MARA/ Self-sponsored
ERASMUS+ : European Union (EU)

9. ERASMUS+ fully sponsored?
Ya, fully sponsored by European Union.

10. Yang ERASMUS+, student CGPA 3.00 atas boleh apply kan? Still dapat fully sponsored? Ada kait mengait dengan MARA tak macam ISEM?
Pelajar yang mempunyai CGPA 3.00 atas layak memohon ERASMUS+ (Bergantung kepada host university). Kalau dapat tawaran, memang fully sponsored by EU. TIADA kait mengait dengan MARA. Walau bagaimanapun, untuk mendapat peluang ERASMUS+ adalah lebih tipis berbanding ISEM walaupun requirement CGPA tidak tinggi.

11. Kalau apply untuk intern, situasi intern dekat sana macam mana ya?
Intern ISEM/ERASMUS+ sememangnya berbeza dengan intern di Malaysia. Di sini, anda wajib mengambil beberapa subjek dan menghadiri kelas seperti biasa. Apa yang membezakan ialah ANDA kena tulis pengalaman kelas (aktiviti dalam kelas, pembentangan) ke dalam logbook anda.

12. Macam mana nak tahu kita layak atau tidak untuk memohon. Semester berapa yang layak memohon?
Ketika memohon ISEM dan ERASMUS+ pada April lalu, syarat minimum ialah pelajar semester 5 (termasuk short sem) dan ke atas sahaja layak memohon. Walau bagaimanapun, ISEM application kali ini hanya dibuka kepada pelajar semester 6 dan ke atas sahaja. (Sebarang perubahan tertakluk kepada UIO)

13. Proses application berapa lama ya?
Bergantung kepada host university. Aku menghantar application form kepada UIO pada bulan April dan tahu keputusan akhir pada bulan Mei. Alhamdulillah keputusan akhir ERASMUS+ diketahui lebih awal. Hal ini dapat menyenangkan proses untuk memohon visa, insurance travel dan flight ticket.


14. Jika saya pointer 3.00-3.50, saya layak atau tidak untuk apply ISEM? Ada peluang tak untuk buat exchange?
Ini juga soalan yang selalu sangat ditanya. Boleh apply. Layak apply. Ada peluang sekiranya anda sanggup self-sponsored. Sekiranya anda memang jenis yang ada duit, parents boleh sponsor why not?
Sekiranya anda ingin melakukan exchange program secara self-sponsored tanpa menggunakan bajet yang banyak, aku cadangkan anda melakukan exchange program ke Universitas Airlangga, Indonesia.

15. Exchange program available dekat negara mana je?
Anda boleh lawati website rasmi UNIKL. Internationalisation----> Projects---> Exchange Mobility. Cari bahagian International Student Exchange Mobility untuk mengetahui universiti mana yang terlibat dalam program ISEM. Boleh refer link di bawah ni ya (ISEM/ERASMUS+):



16. Universiti kita pilih sendiri atau ada list specific?
Universiti kita boleh pilih sendiri berdasarkan list universities yang masih available. Untuk yang apply ISEM, sekiranya ANDA mengharapkan full sponsorship by MARA, anda kena tahu dan faham bahawa keputusan akhir penempatan universiti adalah tertakluk di bawah keputusan MARA.

17. Setiap universiti ada dateline application yang berbeza?
Ya, setiap universiti ada dateline application yang berbeza. Boleh hubungi Encik Sufi UIO untuk tahu penerangan lebih lanjut.

18. Siapakah Institute Coordinator ISEM UBIS?
Encik Zulkifli Osman. (Sir Zuel)

19. Motivational Letter? How to do it nicely?
Motivational Letter ni lebih kepada cara penulisan anda. Cara anda mempromosi diri. Kenapa universiti tersebut WAJIB memilih anda? Apa yang menyebabkan ANDA memilih universiti tersebut? Sertakan serba sedikit penglibatan anda di kampus (Jangan sertakan semua! Nanti Motivational Letter anda seakan-akan Curriculum Vitae). Pernah menjalankan perniagaan sendiri atau tidak? Apa yang anda harapkan dari universiti tersebut?

20. Part academic achievement dalam ISEM application form kena letak semua result exams sampai current sem ke?
Contohnya, anda ingin apply ISEM ketika berada di semester September 2016. Anda hendaklah tulis CGPA anda untuk semester-semester lepas. (Tidak termasuk result exam semester Sept. 2016)

21. Learning Agreement dengan Study Planner kena signed by HOD?
Ya, HOD yang kena signed.
22. ISEM form: Signed by Institute Coordinator ISEM, HOD dan Dekan/Timbalan Dekan
Pastikan no. 21 dan 22 ditandatangani sebelum menghantar application form ke UIO.

23. Saya berminat untuk take part dalam exchange program. Boleh sis share kan step by step tak?
Boleh refer entri blog sebelum ini:



24. Berapa kali setahun permohonan ISEM dibuka?
DUA kali setahun. (April dan Oktober)

25. Macam mana kita nak semak universiti mana yang ada relation dengan UNIKL ya?
Ramai yang bertanyakan soalan yang sama. Again, sila lawati laman web rasmi UNIKL di bawah bahagian ISEM.

26. Saya nak apply tapi bukan untuk intern. Saya masih ada lagi 2 subjek untuk diambil sem hadapan. Priority given to those yang nak intern sahaja ke?
Okay. Situasi ini berbalik semula ke isu transfer grade. Memandangkan tinggal hanya 2 subjek sahaja pada sem hadapan, Aku boleh cadangkan cuba cari universiti yang listed di website UNIKL -ISEM dan lihat universiti mana yang menawarkan subjek tersebut atau cari subjek yang seakan-akan sama. Nasihat terbaik yang boleh diberikan ialah consult dengan HOD anda kerana mereka lebih pakar dalam hal ini. Selalunya ISEM diberi keutamaan kepada yang nak intern/self-sponsored.

27. Saya ada soalan berkaitan intern di luar negara. Saya nak tanya: Saya akan mula intern pada bulan 9 tahun hadapan, jadi surat tawaran akan keluar bila ya?
Okay. Kalau intern bulan 9 tahun hadapan, maka sila mohon ISEM pada bulan April tahun hadapan. Surat tawaran bergantung kepada pihak host university. Selalunya UIO akan memaklumkan kepada pelajar.

28. Sepanjang di sana kita ditaja oleh MARA ke? Kalau 3.00 ke atas boleh apply kan dan MUET penting ke, selalu band berapa akan lepas ke sana?
Untuk ISEM, MARA hanya akan menaja pelajar yang melepasi requirement sahaja. Sekiranya tidak lepas, self-sponsored is the only option. Boleh apply sekiranya anda boleh self-sponsored. MUET ini optional. Kalau ada lagi bagus. Walau bagaimanapun, host university selalunya akan berikan satu surat yang menandakan kita belajar dalam English (surat ini perlu ditandatangani oleh HOD).

29. Ada tak pelajar yang apply tetapi dia tak dapat?
Secara jujurnya, ada yang apply tapi tak dapat. Sekiranya anda melepasi requirement yang dikehendaki dan membuatkan diri anda lain daripada orang lain (unik, aktif di kampus dan sebagainya), peluang untuk meraih peluang yang dianggap rare ini agak tinggi.

30. Course Islamic Finance, negara dan universiti mana yang sesuai?
Sekiranya anda merupakan jurusan Islamic Finance, ada dua perkara yang perlu anda tahu:

1) Mohon ISEM untuk exchange biasa
2) Mohon ISEM untuk internship

Untuk no.2 (internship), tidak kisah untuk anda melakukan internship di universiti mana sekalipun. Selalunya, anda akan mengambil subjek di bawah bidang Business Administration Management ataupun International Business. Hal ini bergantung kepada host university yang anda pilih. Untuk no.1, sekiranya anda pelajar IF dan ingin melakukan exchange biasa, aku sarankan ambil subjek general di host university (Tiada subjek Islamic Finance related di universiti luar selalunya)- Homework untuk anda! (Cari subjek-subjek yang sesuai untuk anda ambil di host university yang anda ingin mohon).

FAQ RELATED KU/POLAND

31. Rumah sewa kena cari sendiri?
Untuk ERASMUS+, kena cari rumah sewa sendiri memandangkan hostel tidak disediakan oleh kampus universiti. Kepada yang memohon program pertukaran pelajar/internship ke Kozminski University, anda boleh survey websites di bawah ini untuk mencari rumah sewa yang sesuai (pastikan anda TRANSLATE WEBPAGE kerana webpage tersebut dalam bahasa Polish):

32. Kenapa di KU hanya belajar dari awal Oktober sehingga 10 Feb? 
Di Kozminski University, semester September berlangsung dari awal Oktober sehingga pertengahan Februari. Kenapa masa belajar macam singkat? Selepas result final exam diketahui (last final exam date : 10 Feb), sekiranya ada pelajar yang gagal dalam subjek tertentu mereka hendaklah repeat paper tersebut sebelum bermulanya semester baru. Maksudnya mereka tidak payah ambil semula subjek yang sama untuk semester akan datang sekiranya mahu repeat subjek tersebut. Lebihan masa yang ada digunakan untuk mereka yang kena repeat paper sahaja.

33. Boleh tak nak kerja part-time masa buat student exchange/internship dekat KU?
Tak boleh. Di sini, memang tiada langsung pelajar yang melakukan part-time. Procedure untuk memohon kerja di sini juga agak susah kerana mereka lebih prefer orang tempatan berbanding orang luar.

34. Dekat Poland, internet laju tak?
Laju sangattttt ;) Hanya dengan 20 Zloty, anda boleh mendapat akses 6GB data internet beserta unlimited calls ke serata Poland (Telco: PLAY).

35. Lecturer Poland mengajar English faham tak?
Kebanyakan kelas yang dihadiri, pensyarah yang mengajar dalam English senang difahami. Mungkin ada terdapat sedikit slang polish dan sebagainya. Jangan risau. Cara sebutan mereka senang difahami.

36. Boleh ke kalau kita nak ambil subjek Master instead of Undergraduate subjects?
Boleh. Sekiranya subjek Undergraduate yang ditawarkan tidak sesuai, dibolehkan untuk mengambil subjek Master.

37. ALK tu apa?
ALK itu merupakan nama Polish untuk Kozminski University: Akademia Leona Kozminskiego.

Lebih jelas tentang ISEM dan ERASMUS+? Walaupun proses application mungkin agak sukar atau serba mengelirukan, percaya pada 1 perkara. Perkara yang susah untuk anda dapat itulah yang menjadi perkara terindah yang pernah terjadi dalam hidup anda. Diakui pada awalnya bukan mudah untuk memohon ISEM/ERASMUS+ sekiranya tidak tahu untuk refer pada siapa. Oleh itu, aku buat entri-entri di blog ini khas untuk pelajar UNIKL terutamanya UBIS supaya anda semua boleh tahu serba sedikit guideline ISEM/ERASMUS+.
GIPHY Studios Originals yes checkbox reaction henry the worst

Sekian sahaja entri pada kali ini. Harap kalian teguh dalam misi mencari inspirasi!
All the best and good luck!

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.