HIRE ME!

syazaredzu, erasmus+, ubis, unikl

Salam and selamat sejahtera buat semua! Saya Syaza Redzu, penulis blog di www.syazaredzuu.com.

SIAPA SAYA?

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Orang kata kalau tidak kenal maka tak cinta! Hee. Saya berusia 26 pada tahun ini dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Management dan Entrepreneurship di Universiti Kuala Lumpur Business School (UBIS) pada November 2017 dengan first class honor. Majlis konvokasi pula akan berlangsung pada Oktober ini! Ya saya excited kerana penantian hampir setahun ini sangat menyeksa jiwa dan raga untuk memegang skrol ijazah di tangan.

SEJAK BILA MULA BERBLOGGING?

Saya sudah mula berblogging untuk pertama kalinya pada usia 19 tahun (blog itu sudah dipadamkan). Berblogging ketika itu saya mengamalkan sikap hentam kromo saja asalkan boleh menulis. Setelah beberapa tahun tidak menulis di blog, akhirnya timbul satu idea untuk buat satu blog khas sekiranya saya mendapat tawaran program pertukaran pelajar (ERASMUS+ : tajaan European Union). Alhamdulillah, saya BERJAYA! Saya bersama beberapa orang pelajar UniKL Business School yang lain turut terbang ke Poland (Kozminski University).

Tertubuhnya blog Syaza Redzu kerana hanya 1 blog sahaja sebelum ini yang menceritakan tentang pengalaman ISEM (itupun dikemaskini pada tahun 2012!).

Harapan saya: Dapat memberi inspirasi kepada pembaca.
Nothing is impossible when you believe :) 

Saya memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya: Master Degree. Sekiranya peluang itu tiba, cabaran itu akan disahut dengan baik. Mana tahu blog ini akan mempunyai sambungan perjalanan pengajian Master pula kan? 

KENAPA MINAT MENULIS?

Saya bukan budak TESL, saya bukan budak sastera (pernah jadi budak sains tulen - MRSM) tapi saya kini mempunyai ijazah dalam Management and Entrepreneurship (langsung tiada kena mengena dengan penulisan). 

Setiap orang mempunyai kebolehan untuk menulis dengan baik. Minat menulis itu muncul tika berumur 11 tahun. Saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan dan bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. 

Teringat ketika berada di tingkatan tiga, guru Bahasa Melayu saya dikategorikan sebagai cikgu garang. Setiap kali kelas beliau, hati berdebar dup-dap-dup-dap. Takut jika buat kesilapan, dimarahinya (suara marah beliau high pitch ya).

Sudah tiba masa keputusan peperiksaan kertas Bahasa Melayu dipulangkan kembali kepada pelajar-pelajar. Terdengar suara Cikgu Sharina berkata:

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan!

Aku: Kenapa cikgu panggil nama aku ni? Nervousnya! (Monolog)

Lantas, aku berdiri dan melangkah ke hadapan kelas

Cikgu Sharina: Pelajar sekalian, lihatlah contoh esei yang ditulis oleh pelajar ini (SR). Cara olahan ayatnya sungguh dramatis. Syabas, Fatin! Ini pertama kali dalam sejarah saya memberikan markah kepada pelajar lebih daripada 80! Markah awak yang tertinggi dalam tingkatan ini. 
Masih aku ingat tajuk esei yang aku tulis : SUASANA BANJIR 
Berkat nasihat mama yang selalu menyatakan: Baca surat khabar, majalah. Banyakkan membaca nanti senang nak menulis nanti.

Ternyata benar!

Mungkin aku punya bakat terpendam dalam menulis.

Itulah serba sedikit pengenalan mengenai diri saya. Saya menyediakan beberapa servis dalam membina portfolio saya.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Servis/Services Available:
1. Review Berbayar/Paid Review
2. Artikel Blog/Blog Article
3. Pengiklanan/Advertisement

Sekarang dah kenal, maka akan cinta? Hehe.
Tempah servis anda di bawah dan isi google form yang disediakan.

Selamat Berkenalan ya!




2 comments:

  1. Kita sama uni la... course pun sama la

    ReplyDelete
  2. You should incessantly astonishing like way strong way, and that reasons notice: rent a midget

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.