PENGALAMAN INTERNSHIP : PENENTU MASA DEPAN?

unikl, internship, praktikal, unikl business school

Hai dan salam kepada semua pembaca baru dan pembaca tegar blog SR! Hehe. Blog ini tak banyak sangat membincangkan pengalaman SR sepanjang belajar di UniKL Business School. Kebanyakan entri blog ini berkisarkan pengalaman program pertukaran pelajar (ERASMUS+) di Kozminski University, Poland.

Entri kali ini SR ingin bercerita tentang pengalaman internship:
Semester demi semester berlalu...sampailah masa semester untuk praktikal. Melalui pengalaman SR sendiri yang mendapat semester July 2017 sebagai intra semester memang banyak suka duka. Kerana apa? Kebanyakan syarikat sudah pun memilih pelajar intra untuk kemasukan sesi Jun!

Pulun segala peluang yang ada, akhirnya aku dapat beberapa peluang internship dan aku memilih sebuah syarikat IT yang terletak berdekatan dengan KL Sentral. Sebulan selepas itu, aku mendapat tawaran internship di Petronas ICT (area Menara Perak) tapi aku tolak dan meneruskan internship di tempat sedia ada. Kenapa aku tolak? Berada di syarikat besar mungkin aku tak dapat nak belajar semua benda sekaligus. Yes, ada orang nak internship di tempat gah. Secara keseluruhannya, it all depends on you. Aku akan ceritakan kenapa dengan keputusan aku ini membuatkan aku dapat first job aku dengan jayanya.

Eh! Pengalaman internship bukannya ada orang pandang.
Hmm budak fresh grad yang takde pengalaman kerja ni macam mana nak yakinkan majikan untuk ambil kita bekerja?
Susahlah zaman sekarang ni nak dapat kerja. Persaingan sengit!
Sikap sambil lewa semasa menjalani praktikal memang merugikan. Ambil peluang ini untuk belajar perkara-perkara basic seperti photocopy, buat phone calls, menghadiri meetings dan lain-lain yang boleh membantu anda untuk upgrade kemahiran sedia ada. Jangan terkejut sekiranya anda jumpa fresh graduates di tempat kerja yang tidak reti menggunakan mesin fotostat. Whew!

Aku sebagai HR Assistant sepanjang semester praktikal. Oh ya! Bidang pendidikan aku dalam bidang Management and Entrepreneurship dan bukan bidang HR pun. Macam mana aku boleh terjebak dengan bidang HR? Perasaan ingin cuba dan merasakan HR adalah satu bidang yang menarik untuk diteroka. Andddd I found my soul in HR!

For your info, subjek HR yang aku ambil hanya 1 sahaja ya! Itu pun ketika short semester. Jadi siapa kata kita kena kerja dalam bidang yang kita belajar je? Tak semestinya.

Pengalaman internship ini aku anggap seperti kerja. Ambil segala peluang untuk belajar. Walaupun mungkin kau rasa kau lagi banyak kerja dari boss kau. Hadap je labu! It's for your own good juga. Kau dapat belajar cara nak handle masalah dekat pejabat dan kau lebih matang.

Kalau kau tengok profile instagram aku, The Juggler dan The Dreaming Doer adalah the best words to describe who I am. Sejenis spesis yang boleh multi-tasking dalam satu masa. The dreaming doer pulak aku suka berangan untuk kejar impian aku. Bukan setakat berangan macam Mat Jenin, aku berangan dan letak usaha untuk mencapai apa yang aku impikan dalam hidup.

Long story short, aku tak dapat pun job placement dekat tempat internship tu. A bit frustrated mungkin. Aku tak diserap kerana syarikat nak maintain headcounts (aku bersangka baik je lah kan). Tunggu apa lagi? Move on babe! Don't wait for something just like that. Bermulalah kisah aku jadi tutor (dapat merasa orang panggil aku Cikgu Fatin), buat kelas English, sediakan servis resume dan profile Linkedin, jual Korean skincare dekat Carousell. Dan kalau kau rasa kau budak CGPA First Class dan tak nak buat kerja ala-ala cam aku ni kau silap. Ini bukan zaman dahulukala yang bila kau dah habis belajar dengan result gempak terus orang tawarkan kau kerja best di syarikat ternama. Fuh simpan hasrat tu!

Disebabkan aku jenis yang tak boleh duduk diam sahaja sambil menghabiskan duit parents aku, aku buat macam-macam kerja dalam satu masa. Worth it! Mama aku la yang selalu bising bila aku nak dapat kerja lah, anak orang lain baru graduate dah terus dapat kerja. I was like. Okay I'm not yet graduated. Malas nak bising-bising jadi aku teruskan hidup aku seperti biasa.

Bukan aku tak usaha, aku usaha dan dapat banyak temuduga tapi aku tak terpilih kerana aku fresh graduate. Aku tidak punya pengalaman katanya. Fuh ini realiti guys! haha. Pedih tapi benar. Banyak career fair aku pergi, email beratus dah hantar, dekat jobstreet pun sama dan platform kerja yang lain.

Akhirnya, aku dapat offer dari CIMA UEM sebagai SL1M Trainee (HR) pada April 2018. Not bad pengalaman dekat sini. Sebulan aku berada di sini dan aku dapat pula tawaran kerja. Tawaran kerja sebagai HR jugak.

Moral of the story: Find your own forte. 

Oh ya! Kalau bab gaji, untuk fresh graduate... Gaji yang berpatutan dengan bidang HR/Business/Marketing dalam lingkungan RM2300-RM2800. Syarikat besar lagi mahal lah gajinya. Tapi bukan mudah untuk dapat first job di syarikat yang memang gah ni.

Nasihat aku: Kau kumpul pengalaman banyak-banyak dan sekiranya impian kau nak jadi pengurus di syarikat MNC bolehlah cuba nasib. Kalau ada banyak pengalaman tapi soft skills ke laut pun tiada gunanya. Perbaiki kemahiran mengurus, berkomunikasi seiring dengan pengalaman kau. Barulah orang pandang kau! Woohoo! All the best and good luck kepada juniors yang bakal menjalani internship tuu.

7 comments:

  1. Yes, betul..zaman sekarang dah lain kan..ada je company yang terus serap, ada yang tak..my sister also, dapat sl1m tuh, lepas training, terus dapat kerja, tapi as contract..dia ok je..merasa kerja seperti bidang yang dia amek tuu~ Usaha dan teruss usaha....goodluck !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. betul tu sis. rata2 yang joined sebagai sl1m trainee dapat kerja kontrak. Nak dapat permanent tuu agak susah memandangkan ramai otai ada dalam company. Good luck to you too sis! hehe

      Delete
  2. time praktikal di bank rakyat Seremban dulu biasa juga guna mesin fotostat tapi sekarang dah lupa pula haha. maybe sebab dah lama tinggal kan.

    btw, very good story about your experience! love to read :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa praktikal dekat Bank Rakyat? Sekarang kerja dekat mana? Lupa takpe tapi pernah belajar guna. hehe. Aww thanks! Kena istiqomah dalam menulis. Sayidah dah bertahun dalam dunia blogging ni. Mohon tunjuk ajar. hehe

      Delete
  3. Bagaimana majikan nak tolak pelajar intern? Walaupun sebelum ini sudah bersetuju utk pengambilan intern, tetapi ats sbb faktor tertentu terpaksa tolak intern. Bagaimana ye ingin mnolk secara baik

    ReplyDelete
  4. Pleaz give ur opinion, it's better praktikal dekat company or bank?Thanks in advance

    ReplyDelete
  5. hi SR, thank you sharing pengalaman internship...bukan apa susah juga nak jumpa pengalaman yg latest atas 2018++...seronok baca pengalaman org...sikit sebanyak dapat info baru. Keep it up! Semoga awak terus berjaya!

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.