FIRST TIME TRAVELLER : JOM TERJAH KOREA! (TIPS TRAVEL MUDAH)


Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Korea Selatan menjadi destinasi pelancongan kerana populariti Kpop dan K-Drama yang semakin menular sehingga ke seluruh dunia. Ramai rakyat Malaysia mula mengunjungi Korea Selatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai negara ini. Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah seperti AirAsia pula menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan pulau Jeju hampir setiap hari. Post kali ini aku ingin berkongsi kepada anda semua tentang tips melancong ke Korea Selatan dengan budget rendah tanpa menggunakan travel agen. Let's get started!

Pertama kali ke Korea dan pergi tanpa travel agen? Dengar sekali macam susah kan. Tapi sebenarnya tak susah. Kenapa tak susah? Baca artikel ini sehingga habis dan anda akan tahu pergi ke Korea pertama kali tanpa guna travel agen. Apa yang aku boleh janjikan? Trip ini sangat menjimatkan, selamat, tak sesat dan sangat mudah! Aku akan ceritakan secara ringkas 5 perkara penting perlu anda hadapi untuk travel secara sendiri ke Korea secara jimat.

5 PERKARA PENTING UNTUK TRAVEL MUDAH

#1 Tiket Penerbangan

Air Asia selalu buat promo, kalau dapat yang murah jangan tunggu lagi terus book dan rancang perjalanan. Skyscanner juga boleh digunakan untuk membandingkan harga dan membeli tiket penerbangan murah.

#2 Penginapan

Jika pergi beramai-ramai, stay di guesthouse. Atau boleh sewa satu apartment lengkap dengan pelbagai kemudahan, menggunakan Airbnb. Jika Airbnb tak berjaya, gunakan Trivago MY untuk cari hotel yang murah sebagai alternatif. Highly recommended: Traveloka. Selain Traveloka, anda boleh menggunakan Booking.com mahupun Agoda.

#3 Pengangkutan

Nak jimat? Pergi bertiga atau berempat. Kenapa? Teksi di Korea boleh naik sehingga 4 orang. Jika nak ke destinasi yang dekat sahaja boleh jimat kerana kos teksi boleh dibahagikan. Boleh jadi ia lebih murah daripada menaiki subway yang perlu bayar setiap seorang untuk satu tiket. Kebanyakan tempat boleh diakses menggunakan public transport di Korea.

 #4 Makanan

Plan berapa hari nak ke Korea? Agak-agak berapa banyak makanan yang diperlukan? Kumpulkan dalam 1 kotak bersaiz sederhana. Sumbat semua dalam tu: kicap, rencah nasi goreng, ikan bilis yang dah siap digoreng, maggi dan lain-lain. Waktu ketibaan, tolong declare dalam kotak tu semuanya makanan. Jangan bawa sayur-sayuran dan buah-buahan ya! Korang sure akan kena tahan dengan kastam nanti!

#5 Pakaian

Berikut adalah anggaran musim-musim di Korea. Berpandukan musim ini, anda akan tahu pakaian apa yang sesuai untuk dibawa:

November ke February - Musim Sejuk (Winter)
March ke May - Musim Bunga (Spring)
June ke August - Musim Panas (Summer)
September ke November - Musim Luruh (Autumn/Fall)

MASALAH YANG PERLU DIATASI

# Perancangan (Planning)

Kalau travel sendiri tanpa travel agen, yang menentukan berjayanya trip tersebut atau tidak ialah sejauh mana tahap perancangan korang yang melibatkan beberapa perkara kat atas. Inilah sebenarnya yang paling tricky. Ramai orang jadi malas bila sampai bab ini. Lagi-lagi kalau pergi bertiga atau berempat. Masing-masing nak taichi siapa yang nak kena buat planning ni semua?

Maklumlah, nak planning bukan mudah. Beli tiket flight murah time bila? planning. Nak tinggal kat mana yang murah? dekat ke dengan subway? planning. Nak pergi dari Airport ke Seoul station macamana yang paling mudah dan murah? planning. Kalau hari ini tak sempat nak masak nak makan restoran mana? planning. Semua ini kena plan betul-betul supaya perfect, barulah rasa puas dan percutian berbaloi.

Semuanya melibatkan planning.

Planning adalah masalah utama bagi traveler. Kenapa ia jadi satu masalah dan beban? sebab yang akan buat planning ni sebahagiannya ada yang bekerja dan sibuk dengan tugasan harian. Ada yang student pula, tak cukup masa kerana sibuk dengan assignment. Jadi bagaimana penyelesaiannya?

# Itinerary

Sebelum sampai ke Korea, anda perlu ada itinerary. Itinerary ini adalah panduan tentang destinasi mana yang nak kena pergi pada hari 1, 2, 3 dan seterusnya. Susunan itinerary sangat penting. Jika tak susun betul akan terjadi 2 kemungkinan. Pertama, anda akan sesat. Kedua, anda akan membazir masa untuk perjalanan sahaja. Susunan itinerary ini kena teratur. Contohnya, susun perjalanan hanya menggunakan satu jenis train sahaja tanpa perlu transit. Atau perjalanan dari utara ke selatan atau timur ke barat, satu hala dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi masalah adalah anda pertama kali nak ke Korea? Bagaimana nak susun itinerary yang bagus dan bijak tanpa meluangkan masa yang lama?

Antara cara yg mudah ialah refer itinerary atau pengalaman orang yang pernah pergi ke Korea. Selalunya mereka tidak kedekut untuk berkongsi. Atau boleh refer blog seperti blog jimatmelancong.com. Ada pelbagai sumber sebenarnya untuk dapat info-info ini. Namun berbalik semula kepada masa, mungkin ada yang sibuk dan ada yang malas untuk buat semua ni. Akhirnya, follow sahajalah itinerary orang lain yang sedia ada. Jadi bagaimanakah cara penyelesaiannya?

PENYELESAIAN MUDAH

Oleh itu sebagai memudahkan perancangan anda sebelum dan ketika perjalanan anda ke Korea, kami telah menghabiskan banyak masa untuk menghasilkan sebuah kad panduan yang diberi nama Naracards Korea Travel Guide.

Apa dia Naracards ni?

Naracards adalah kad panduan melancong ke Korea yang mana setiap kad terdapat informasi mengenai destinasi pelancongan popular dalam bahasa Korea dan bahasa Inggeris.

Informasi yang terdapat pada setiap kad termasuk nama destinasi, alamat, nombor telefon, panduan kemudahan awam, maps untuk bantuan arah perjalanan dan juga gambar destinasi sebagai rujukan.

Naracard sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang pertama kali ingin bercuti ke negara tersebut dan ingin travel secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen.

Naracards boleh digunakan untuk teksi, pengangkutan awam (subway, train, bas) dan juga pemanduan kereta sewa.

Terdapat sekitar 30 ke 40 destinasi (berbeza mengikut keluaran) dalam 1 kotak. Sebagai contoh, Naracards Seoul ada 34 destinasi manakala Naracards Busan pula ada 30 destinasi  dan Naracards Jeju ada 44 destinasi yang boleh dipilih untuk disusun dalam perancangan itinerary.

Setiap kad ini sangat kecil, mudah dibawa dan disimpan dalam dompet, berkualiti tinggi, membantu perjalanan dan tidak memeningkan anda untuk membuat keputusan destinasi mana yang perlu dipilih.

CARA MENGGUNAKAN NARACARDS (EDISI VIDEO)

Naracards menyediakan informasi penting sahaja dalam setiap kad. Semua informasi menjadikan perjalanan anda fleksibel. Anda boleh memilih samaada nak guna teksi sahaja, atau menggunakan subway, atau memandu kereta sewa di Korea. Fleksibiliti ini penting supaya perjalanan anda di Korea menjadi lebih menarik.

Kesimpulannya, anda dah bersedia untuk travel sendiri ke Korea? Berikut adalah step yang anda perlu lakukan:

* Booking tiket flight murah dengan Airasia
* Booking penginapan yang murah di Airbnb, Trivago MY, booking.com
* Travel dengan menggunakan Naracards Travel guide.

Bebel panjang-panjang nanti takut tak faham pulak kan. Hehe. Aku dah letakkan sekali video tentang Naracards seperti di bawah. Tengok sampai habis kerana memang menarik, jimat dan sangat membantu! Yang dah merancang nak pergi travel ke Pulau Jeju, Busan ataupun Seoul pada tahun hadapan bolehlah tengok-tengok dulu kegunaan kad ini. Sementara harga tengah murah, bolehlah grab kad ni cepat-cepat.

Tips: Nak murah? Share beli combo set dengan kawan-kawan yang nak travel sekali ke Korea. Memang berbaloi-baloiiii


Untuk maklumat lanjut mengenai Naracards, layari WEBSITE NARACARDS.

Selamat travelling ke Korea guys!

26 comments:

  1. wahh daebakk! hmmm.. saya teringin sangat nak travel ke luar negara, hirup udara luar, tangkap gambar lawa lawa, makan makanan yang unik dan blah blahh.. tapi apakan daya.... ayah jenis strict sayang nak bagi anak bongsu dia ni keluar rumah hahaha.

    btw, good tips! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sayidah! hehe. Anak bongsu ni patutlah ayah susah nak bagi keluar rumah. Nanti pergi travel dengan suami once you got married. hehe.

      Delete
  2. nice tips, memang semua tips sepatutnya kene buat kalau tidak kelam kelabut la kt tempat orang kan. ataupun kos akan jadi tinggi. terima kasih follow sini #4

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau nak travel memang kena plan awal2 :D
      Done follow dan letak your blog link in my blog list. hehe. Salam kenal! I really like your blog BTW :)

      Delete
  3. good tips. InsyaAllah next holiday trip adalah korea. Ramai yang pergi korea waktu sejuk dan bunga kan. Memang cantik sangat pemandangan kat sana.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing adik..bagus tips ni..akak x pernah sampai lagi Korea tp dh ada dalam wishlist dh..ntah bila berpeluang pergi..asyik sibuk je ngan kerja. setakat China, thailand dan indonesia dh sampai dh..tahun depan la kot start travel semula

    ReplyDelete
  5. Great tips! I am going to Korea next week. I can take this as guide. Really helpful for me since I am going there alone.

    ReplyDelete
  6. I also wanna go korea.. such a lovely and nice trip.. great tips.. for first timne traveller..

    ReplyDelete
  7. Setakat ni belum pernah sampai Korea lagi. Now masih dalam planning nak ke Japan dulu hehehe. Planning paling penting bila kita decide nak handle sendiri kan.

    ReplyDelete
  8. good sharing! bagus tips2 tu boleh jadikan as panduan buat mereka yg tgh plan nk ke Korea kan. Bestnyaa kalau dpt pergi jalan2 ke Korea, hehe.

    ReplyDelete
  9. korea.
    kpop.
    memang sgt nak travel ke korea ni.
    namun, lom ada rezeki di masa terdekat.
    tapi entry ni sgt membantu, tau.
    sgt beri idea dan boleh plan.

    ReplyDelete
  10. thanks for the tips and guidance. i ada join satu contest ke Korea anjuran samsung , Ya Allah semoga tercapai lah impian I nak ke sana.. Aminnn;)

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang terbaik. Sis dah pernah gi Korea, memang syiok, rasa nak kesana lagi. Memang kalau nak kemana mana..memang kena ada perancangan awal utk dptkan harga murah, selalu buat sendiri je utk kemana mana so planning tu memang penting sangat

    ReplyDelete
  12. Thanks for the tips. Semua insyaAllah Rawlins boleh buat - cuma satu masalahnya iaitu Rawlins jenis yang suka pack baju banyak2 hahahah. Taktahu macam mana nak travel light macam orang lain.

    ReplyDelete
  13. Ramai yg kata pergi korea ni best. Memang teringin betul naknke sini. Melihat budaya org luar yg mmg unik

    ReplyDelete
  14. Jauhnya berjalan sampai semenanjung tanah korea sana. Jauh berjalan ambil hikmah untuk kegunaan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  15. Bila ke negara 4 musim nie, mmg kena peka dengan bulan. Salah packing baju, naya je. Sebab bukan semua baju sesuai utk semua musim. Thanks for the tips ya

    ReplyDelete
  16. Kalau pergi negara 4 musim ni, boleh pergi 4 kali negara yang sama untuk lihat permandangan yang berbeza. Menarik tu

    ReplyDelete
  17. Wow..nice info...memang ada plan ke korea ni..tpi tu la masih dalam perancangan lagi..nak kena plan n cari iti yg betul2 dlu..then baru boleh plan

    ReplyDelete
  18. baca entri ni semakin berkobar2 semangat nak g korea taw syaza.doakan impian den tercapai.nak sangat ke korea ni.tengah kumpul pitih nak ke sana ni.tapi mungkin pilih musim bunga best sikit hehehe.

    ReplyDelete
  19. Bagus sangat tips ni heheh belum prnah sampai korea dan memang one of whishlist la Korea ni kannn..

    ReplyDelete
  20. Lengkap tips ni thanks for sharing.
    Rasanya mereka yang minat Kdrama mesti teringin nak pi Korea macam Mrs. A ni

    ReplyDelete
  21. Korea also has many beautiful sights to explore, thanks for sharing.
    meet and greet manchester
    meet and greet luton

    ReplyDelete
  22. Wonderful article! Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders Twitter search.

    ReplyDelete
  23. Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  24. There is no mischief in conveying an additional portion of prescription when voyaging. Individuals do lose their gear as they travel thus, having an additional portion will go about as a reinforcement when one portion gets lost. book a trip to vietnam

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.