TIPS : 7 LANGKAH MUDAH UNTUK KEKAL BERMOTIVASI


1. JADI SEORANG YANG SERIUS
reaction upset look serious arnold schwarzenegger

Entri sebelum ini lebih fokus kepada cara untuk menangani daripada membuat perbandingan diri dengan orang lain. Jadi, entri kali ini pula tentang 7 langkah mudah untuk kekal bermotivasi. 

Seringkali kita lalai atau leka ketika menjadi seorang pelajar. Ini normal untuk semua orang. Ada masa kita taknak langsung belek buku. Ada masa kita nak keluar berjalan saja. Ada mood belajar kononnya. 

Aku menekankan isu perlunya serius dalam diri seorang pelajar bukan bermaksud anda wajib serius sepanjang masa. Sekiranya anda perasan yang diri anda dah mula on the wrong track (carry marks teruk, belajar tak fokus, semasa belajar tak catat pun topik yang pensyarah tekankan dalam kelas), anda memang mencari masalah. You need a WAKEUP CALL! Anda perlukan booster untuk meningkatkan tahap motivasi diri. 

Masalah mempunyai semangat belajar yang kurang ini selalu teringat dekat Mama (dia garang). Garang-garang dia pun mesti dia sayang anak-anak dia kan? Itulah kasih seorang ibu. Setiap kali terasa semangat belajar berkurangan mesti teringat Mama. Ibu bapa menaruh harapan yang tinggi kepada kita. Sentiasa ingat itu di hati ya ;)

Cuba cari sesuatu yang boleh menyedarkan diri kita dari terus terleka dan lalai. Sedar sebelum terlambat. Fokus pada masa depan anda! ;)

2. KETAHUI HAD DIRI
filmeditor mean girls lindsay lohan mean girls movie cady heron

Kekadang kita rasa kita boleh uruskan semuanya tetapi kita silap. Perlunya kita mempunyai ramai kawan mahupun 'networking' kerana kita tidak mampu melakukan segalanya keseorangan. Contoh yang paling mudah ialah 'group assignment'. Aku sendiri pun tidak mampu membuat segalanya tanpa bantuan daripada ahli kumpulan yang lain. Sepandai manapun kita, kita kena akui yang bukan semua perkara kita boleh buat sendirian. Oleh itu, kerjasama dalam kumpulan amatlah penting.

Strategi untuk mendapatkan markah yang baik dalam kerja berkumpulan ialah kerjasama. Zaman belajar di universiti ini memang kita tidak akan terlepas daripada spesis 'free rider' - tengok, lihat, tak nak buat kerja tapi nak markah gempak. Ramai juga yang aku jumpa yang mempunyai sikap sedemikian.

Cara menghadapi orang yang pemalas buat kerja:
1. Slow talk - personally tanya dia kenapa DIA TAK MELIBATKAN DIRI untuk group assignment (mungkin dia ada masalah keluarga, kewangan mahupun masalah putus cinta, maka bersangka baik terlebih dahulu. Cuba fahami keadaan dia)
2. Setelah slow talk, minta dia buat bahagian yang dia kena uruskan (kata padanya ini tanggungjawab secara berkumpulan, jangan susahkan orang lain kerana kita seorang sahaja yang mempunyai masalah : Orang lain pun ada masalah yang tersendiri. Jangan tambahkan beban kepada ahli kumpulan).
3.Sekiranya anda telah melakukan langkah 1 dan 2 tetapi masih tidak berjaya, anda boleh memberitahu pensyarah anda tentang hal tersebut (markah group assignment sama-sama bukan individu)
4. Nak lagi kejam, tak payah letak nama dia dalam group assignment. Pasti dapat 0 markah.
(Ni tahap paling geram la kiranya )

Free riders sebegini memang memberi masalah kepada pelajar yang ingin mengekalkan pointer di universiti. Adakalanya kita terpaksa melakukan kerja lebih kerana ada ahli kumpulan yang bersikap tidak endah langsung. Cuba bayangkan sekiranya kebanyakan subjek yang diambil kena hadap spesis sedemikian? Penat. Bertabahlah ya. Semua orang akan hadapi perkara yang sama.

Apa salahnya menyenangkan urusan orang lain kerana kerja tersebut boleh diselesaikan dengan lebih awal dengan adanya kerjasama dalam kumpulan. Lagi satu, jangan takut untuk mengaku yang anda perlukan bantuan orang lain. Just admit it. Menjadi seorang ketua bukan bermakna kita boleh mengarah dan hendak orang lain mengikut kata kita sahaja. Sekiranya tidak tahu akan sesuatu, bertanya dan minta pendapat serta cadangan daripada ahli kumpulan yang lain.

3. BERKAWAN DENGAN ORANG POSITIF
youtube body positivity nicole arbour fat shaming dear fat people

Abah selalu pesan:

"Kakak, cari kawan-kawan yang baik. Cari kawan-kawan yang memang nak belajar bukan yang main-main."

Kebanyakan parents memang akan pesan nasihat yang lebih kurang sama dengan apa yang Abah selalu pesan. Nampak tak nasihat yang Abah berikan itu nampak ringkas tapi agak 'deep'? Kenapa kita perlu berkawan dengan orang positif ni? Kawan-kawan itu ibarat refleksi diri kita. Usia 20-an - pengaruh kawan lagi kuat dari pengaruh keluarga. Sangat mudah untuk kita terikut perangai kawan-kawan yang kurang elok.

Sebagai manusia, kita bukanlah sepanjang masa dalam keadaan yang positif. Kita barangkali akan ke arah negatif sekiranya berhadapan dengan tekanan, masalah keluarga, masalah kewangan dan lain-lain yang berkaitan. Oleh itu, pentingnya memilih kawan ini. Memilih kawan bukan terletak pada faktor rupa, kekayaan, status tetapi kita harus memilih kawan yang sentiasa berfikiran positif. Sekiranya kita mempunyai masalah dan kita boleh percaya kepadanya, inshaaAllah dia seorang pendengar yang setia dan boleh memberikan cadangan untuk masalah yang kita hadapi (paling kurang pun kata-kata semangat daripada kawan-kawan kita di saat kita jatuh).

4. JAGA DIRI
love myself self love be true i love me loving yourself

Siapa tengok gambar di atas ini banyak kali sila angkat tangan. Hehe. (memang comel budak atas ni siap kenyit mata lagi kan). Berbalik kepada topik kita, diri kita hendaklah dalam keadaan terjaga untuk kekal bermotivasi. Ini bermaksud anda hendaklah menjaga makan, kesihatan, etc supaya anda dapat mengekalkan momentum.

Pentingnya menjaga diri kita sendiri kerana tahap motivasi ini ada naik turunnya juga. Contohnya, apabila kita berhadapan dengan sakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya secara tidak langsung semangat kita juga berkurangan.

Selain itu, daya ingatan juga berkurangan ketika kita dalam keadaan sakit seperti demam, batuk dan selesema. Jagalah diri kita sebaik-baiknya. Sayangi diri kita seadanya.

5. LIHAT DIRI SEBAGAI YANG TERBAIK
Tony Awards compliment tonys tony awards 2016 leslie odom jr

Tips ini sangat jarang dipraktikkan oleh semua. Kenapa aku menyatakan sedemikian? Kerana kita tidak pernah merasakan diri kita sebagai yang terbaik. Selalu dengar apa yang orang lain cakapkan (perkara yang negatif), selalu rasa kita tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada.

Ibu bapa kita mungkin lepasan SPM, diploma dan ada juga ibu bapa yang tiada kelulusan sekalipun. Kedua-dua ibu bapa aku merupakan lepasan diploma di UiTM Shah Alam. Apabila aku dan adik melanjutkan pelajaran (degree), ini menunjukkan kami cuba menjadi yang terbaik untuk mereka. Aku yakin kita semua terbaik dengan cara tersendiri.

Berbuat baik kepada haiwan dan alam sekitar - Menjadikan kita seorang yang terbaik
Pendengar yang baik - Menjadikan kita seorang yang terbaik
Melakukan kebaikan kepada orang lain - Menjadikan kita seorang yang terbaik
Menjaga kata-kata dan perlakuan - Menjadikan kita seorang yang terbaik
Menjadi seorang anak yang taat pada ibu bapa - Menjadikan kita seorang yang terbaik

Perkara yang dianggap ringkas itu sebenarnya membolehkan kita menjadi yang terbaik. Percayalah!
christina aguilera youre the best you are the best

6. MONOLOG DIRI SECARA POSITIF
Adakalanya kita terlalu memaksa diri kita untuk menjadi yang terbaik. Kita juga harus ingat yang hidup ini tidak berjalan lancar seperti yang kita harapkan (adanya banyak dugaan yang harus kita tempuhi). Jangan risau sekiranya kita melalui fasa kegagalan kerana itulah proses untuk mematangkan kita dengan belajar dari kesilapan.

Monolog diri secara positif ini sangat berkesan kerana selalu praktikkan tips ini. Apabila diri ini terlalu penat, berilah ruang kepada diri untuk berehat seketika. Sekiranya kita sedih kerana carry marks untuk subjek yang kita pelajari terlalu rendah dan sebagainya, inilah masanya untuk kita pujuk diri kita sendiri. Pujuk diri kita dan yakinlah yang baik-baik sedang menanti di hadapan. Stay positive! Setiap dugaan yang diberikan kepada kita, kita boleh laluinya. Be strong, stay strong! (Hati kena sado).

Self-reward: Dah usaha dan lakukan yang terbaik tetapi keputusan yang anda dapat tidak seperti yang dijangkakan? Beri ganjaran kepada diri anda sendiri kerana ANDA telah lakukan yang TERBAIK! Syabas! Jangan lupa buat diri anda gembira dan positif!

7. TERUSKAN MELANGKAH KE HADAPAN

Pernah tak anda alami perkara seperti di bawah ini:
"Tak faham sangat pun subjek tu. Tolonglahhh jangan fail! Tak nak kena repeat paper :/"
"Markah group assignment mengecewakan. Dah lah dapat ahli kumpulan yang free riders dan kurang bagi kerjasama"
"Alamak tengah buat online quiz boleh pulak tetiba internet down. Dah la ada time limit! :("
"Rasa soalan midterm macam latihan yang madam bagi dalam kelas tetapi kenapa blank tak boleh jawab ni? :/"
"Masalah kita memanglah kita kena selesaikan, ni masalah yang orang lain bagi dekat kita, kita pun kena fikirkan jalan penyelesaian ke? :O"

Inilah senario belajar di universiti. Kita takkan pernah terlepas daripada situasi seperti di atas kerana aku juga pernah melaluinya. Aku juga faham situasi anda yang selalu mendapat ahli kumpulan yang susah sangat memberi kerjasama kerana terlalu banyak alasan untuk bahagia yang diberikan. Always have backup plans with you. Tak semuanya berjalan lancar mengikut apa yang kita inginkan.

Ingatlah masa tidak menunggu kita. Masa akan terus berjalan meninggalkan kita. Hargai masa yang ada untuk kekal bermotivasi. Teruskan melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Diakui ada masanya tahap motivasi ada naik turunnya. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Bukan senang nak senang. Bukan senang untuk dapat peluang Erasmus+. Setelah mendapat peluang belajar di Kozminski University (3 bulan dah berada di sini), cabarannya lebih meluas.

Kepada yang ingin merasai peluang program pertukaran pelajar, pasang niat dalam hati untuk menggali ilmu di negara luar. Hargai setiap detik yang ada. Bukan mudah untuk mengekalkan pointer di sini. Bersyukur dapat berkenalan dengan ramai pelajar lain yang rata-ratanya positif. Sahut cabaran untuk menjadi yang lebih baik!


PESANAN PENULIS:
7 cara mudah untuk kekal bermotivasi telah dikongsikan di dalam entri ini. Moga anda mendapat manfaat daripadanya.

Sharing is caring!

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.