Edisi 'Holy Grail' : Skincare Routine by SR

skincare, routine, beauty, cosmetics, malaysia

Hey-heyyy! Welcome to SR's Skincare Routine guys!
*Amaran: Jika kulit anda sensitif/tidak sesuai dengan produk-produk yang disyorkan, SILA berhenti guna okay! Maksudnya produk tersebut TIDAK SESUAI dengan kulit anda.

PRODUK MANA EH YANG BOLEH BUAT KULIT KITA PUTIH?

Ahha! Bila pergi Guardian ke Watsons selalu terdengar perbualan sebegitu. Mungkin kita obses untuk menjadi 'putih' kerana trend k-pop. Mereka memang semulajadinya cerah. Orang Melayu pun lawa apaaaa. Hehe.

Jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan perkara yang 'too good to be true'. Kalau pakai produk A, dijamin cerah dalam masa 3 hari. Eh eh eh! Kalau produk sebegitu mendapat kelulusan, mesti dah terjual worldwide bukan? Produk yang mencerahkan kulit instant ini biasanya mengandungi bahan seperti merkuri, hydroquinone dan sebagainya yang akhirnya merbahaya kepada kita pada jangka masa panjang.

Tak cerah tidak mengapa guys, pastikan kulit kita hydrated, sihat taw!

Kebanyakan items yang disenaraikan di bawah ini boleh didapati di Watsons, Guardian/ Shopee!

HOLY GRAIL ITEMS: SKINCARE ROUTINE BY SR







STEP #1: Oil Cleansing (Optional)


Biore Makeup Remover (150ml) : RM24.30 (promo RM20.66 - Watsons)
Step ini optional taw. Maksudnya kalau anda tidak selalu bermakeup, boleh skip langkah ini okay. Hehe. Bagi mereka yang selalu pakai foundation/full makeup, step ini memang WAJIB untuk cuci segala makeup dan kotoran di muka sebelum mencuci muka menggunakan cleanser yang biasa anda pakai.

Biore Makeup Remover yang botol warna purple ni memang holy grail sebabnya:

1. Tak perlu cotton pad untuk remove makeup guys!
2. Pump je makeup remover tu dekat tangan dan tenyeh dekat muka. Terus cair segala makeup. Woohoo! SR APPROVED! Mascara pun senang remove taw guna ni. Nice!

STEP #2: Cleanser


Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash (100g) : RM18.55 (Watsons) > promo
Sekarang kita story telling pulak pasal cleanser. Cleanser yang okay mestilah bersesuaian dengan keperluan kulit kita. Contohnya, SR berkulit kering. Jadi? Kena cari cleanser yang boleh hydratekan kulit. Betapa pentingnya kita tahu kulit kita ini tergolong dalam kulit jenis kering/oily (berminyak)/combination.

Untuk mereka yang berkulit kering, SR cadangkan anda pakai Hydra & Whitening Face Wash Hada Labo. Dah dekat 7 bulan SR pakai cleanser ni dan memang nampak perubahan. Tona kulit lebih sekata, kulit lebih lembut dan melembapkan kulit. Sebelum ini, SR memakai cleanser jenama Neutrogena tapi ye lah kulit nampak macam tu je tiada apa-apa perubahan jadi SR memang niat nak cuba Hada Labo pulak.

Oh ya! Bagi mereka yang follow post SR dekat Instagram mesti tahu kenapa SR membuat keputusan untuk beli cleanser HL ni. Haha! Al-kisahnya kerana SR ternampak seorang wanita (orang putih) yang berada di depan SR masa tu dekat Watson's. Dia beli Hydra & Whitening Face Wash Hada Labo ni. SR masa tu agak amazed sebab ye la. Orang putih pun pakai produk Jepun. Woo!

Tips: Nak kulit lagi flawless? Anda pakai la face brush okay masa nak cuci muka. Jangan cuci muka guna tangan! Cuba dulu, mesti kulit anda improve banyak! Boleh dapatkan dekat Yubiso, Daiso. Mur-mur je haa.

STEP #3: Exfoliator/Scrub (2 kali seminggu)



1. Hada Labo AHA + BHA (Mild Exfoliating Face Wash) (130 g) : RM30.50 
Exfoliator Hada Labo yang ini memang tak rasa macam exfoliate muka sebab ye la chemical exfoliator. Exfoliator ni ada 2 jenis taw: Chemical & Physical exfoliator. SR sendiri prefer yang ada biji2 scrub tu sebab baru rasa exfoliate muka. hahaha! Siapa sama kita boleh geng eh! Hee. Produk ni ada AHA (glycolic acid) & BHA (salicylic acid) yang membantu untuk melembutkan kulit, mengurangkan blackhead dan kotoran di muka. Buat muka lebih glowy secara tak langsung. Sorry guys, SR memang suka produk yang boleh buat muka jadi glowy mowy nii. Haha! Yang penting, konsisten okay. Perubahan selalunya akan nampak dalam masa 3 bulan pertama. Bukan instant okay. Sabar itu kan indah? Hehe.



2. St. Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask (170g) : RM22.20 
Exfoliator yang kedua memang A BIG WINNER! Woohoo! Suka dengan tekstur dan bau scrub ni. Duluuuu SR suka gila pakai scrub St Ives yang Green Tea tu tapi scrubnya agak kasar dekat kulit. Bila SR cuba yang oatmeal ni, oh man! Daku jatuh cinta bedebap! hahahahaa. Biji scrub oatmeal ni xkasar langsung. Masih ada biji2 scrub kecil jadi boleh lah sental dan urut muka perlahan-lahan.

Selain itu, scrub ini juga boleh berfungsi sebagai mask taw! Haa kalau nak pakai sebagai mask, biarkan di muka selama 5-7 minit lepas tu baru basuh muka. Fungsi scrub ini: Smooths Away Dryness & Evens Skin Texture. Ahhaa! Orang yang berkulit kering sesuai gila pakai yang ini.

STEP #4:  Toner



1. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Premium Hydrating Lotion (170ml) : RM69 (Watsons)
SR ada cerita tentang toner Hada Labo ni. Sebelum ni, memang dah dengar dah ramai orang cakap item ni best. SR tengok review pun ramai kata best gila! SR masa tu pergi Watsons (eh Watsons lagi! haha), pergi jenguk-jenguk dekat tempat Hada Labo. SR tengok semua produk yang ada. Yelah kan kita nak cari TONER ni. Then, SR pun cakap secara umum macam ni (tak perasan ada orang kat tepi):

Biar betul Hada Labo ni takde TONERRRRRRR :/

Nak tahu gugurl tu cakap apa dekat SR?:

Hakakkk, lotion tu TONERRRR lerrr.

HAHAHA! Kau bayangkan perasaan aku masa tu (selamanya aku akan ingat momen itu. ahhaha!)

Premium Lotion SR dah nak habis da. Kalau nak dibandingkan Premium Lotion ni dengan no.2 (Hydrating Lotion), SR lagi suka yang Premium. Lagi-lagi lepas mengadap komputer di office dengan aircond yang sejuk beku tuu, memang WAJIB pakai hat yang ini. Kalau kulit memang extra kering, pakai yang ini taw. Tekstur lebih pekat berbanding hydrating lotion.

APA YANG BESTNYA PREMIUM LOTION NI?
Ada 5 jenis Hyaluronic Acid (HA):
1. Hyaluronic Acid
2. Superhyaluronic Acid
3. Nano Hyaluronic Acid
4. Absorbent Hyaluronic Acid
5. 3D Hyaluronic Acid

Dengan bergabungnya 5 jenis HA ini, kulit kita akan lebih hydrated sepanjang hari!



2. Hada Labo Hydrating Lotion (170ml): RM66 (Watsons)
Untuk Hydrating Lotion, kandungan HA juga tapi tidak sebanyak Premium Lotion. Hydration Lotion ini sesuai untuk mereka yang berkulit Normal/Kering.

SR akan pakai yang ini sekiranya kulit tidak terasa kering sangat.

APA YANG BESTNYA HADA LABO LOTION A.K.A TONER NI?
Tak perlu pakai cotton pad untuk dab2 dekat muka. Letak sedikit dekat tapak tangan dan dab2 dekat muka pakai tangan aje. Sambil-sambil tu urutlah muka sekali okayy :)


STEP #5: Serum

Woohoo! Next step ialahhh SERUM!
SR hanya pakai 1 serum je. Tak jumpa lagi serum lain yang boleh menandingi yang ini. Hehe.



Innisfree Green Tea Seed Serum: Boleh dapatkan dekat SINI

Ada promosi xmas sebelum ni, jadi SR sempat grab serum yang 160ml. Bila pergi dekat store Innisfree, yang saiz besar ni memang takdeee. Katanya seasonal je. Waduh2. Kena tunggu promo atau pun seasonal la kalau nak harga murah sikit dari biasa. Serum ini mengandungi Jeju green tea extract dan green tea seed oil.

APA YANG BESTNYA?

Serum ini akan hydratekan kulit kita dan buat muka kita 'healthy-looking glow' gituu. Best ke best? Hehe.

STEP #6: Moisturizer


Chifure Moisture Gel (108g) : RM40++ (AEON Wellness)

Next kita move on kepada step no. 6 okay! Ni SR memang excited giler nak cerita.  Masa tu ternampak ada seorang instafamous promote item ni dekat IG dia. Obviously, bukan paid review okayyy.

Jadi, SR pun pergi dekat AEON Wellness. Dekat AEON Wellness je ada, rasanya tak dijual di Watsons mahupun Guardian. Harga RM40++ (108g). Mungkin korang rasa macam mahal jugak tapi worth it guys!

Hydration level : ACHIEVEMENT UNLOCKED!

Sebelum ni guna Hada Labo gel, tapi lagi mahal dan agak melekit.

Chifure merupakan jenama Jepun. Skincare product line yang sedia ada pun not bad. Mungkin SR akan cuba. Mana tahu boleh lawan Hada Labo *wink3

Tekstur macam krim tapi bila pakai dekat muka tekstur jadi gel. Haha. Susah nak describe tapi memang best item ni. HOLY GRAIL! Bila dah tepek dekat muka, muka jadi berseri (glowing haa).

STEP #7: Sunscreen


Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50 (50g): RM27.20 (Watsons)

Step yang no. 7 ini tolong JANGAN DILUPAKAN. Duluuuuu lahh beberapa tahun lepas, SR memang jenis tak kisah langsung pasal penjagaan kulit ni. Lagi teruk, SR ni tak pakai sunscreen pun bila keluar pergi memana. Memang kulit terdedah dengan sinaran UV tanpa sebarang perlindungan. Sobs3.

Sesetengah sunscreen agak melekit di wajah. Biore UV Aqua Rich Watery Essence ni memang best sebab tak melekit pun.


Pastikan anda pakai sunscreen guna tips 2 fingers ni untuk dapatkan coverage yang mencukupi untuk sunscreen protection ya!


STEP #8: Lip Therapy



Vaseline Lip Therapy (Rosy Lips): RM20++ (Guardian/Watsons)

Step terakhir ini boleh apply masa sebelum tidur okay atau bebila masa sahaja. Untuk melembapkan bibir. Hehe.
Boleh dapatkan Vaseline Lip Therapy Rosy Lips dekat SINI.

Watsons tengah ada promo dekat Shopee. Beli min RM40 free shipping taw!

Bagi yang first time user Shopee, boleh guna code SR>>>  SYAZA3XSHOPEE
Untuk dapatkan RM7 OFF. Dah jimat RM7 kan? Hee.

Selamat menjaga kulit anda!
SR

18 comments:

  1. hahaha pernah jugalah nak kulit putih..siap cari produk bg putih kihkih..tapi x putih pun..lagu tu jugak hahaha..byk2 skincare yg mention tu pernah pakai st ives ngan vaselin jer..dua2 ni mmg best

    ReplyDelete
  2. Saya buat step jaga kulit muka yang betul ni. Skrub memang guna st ives .Memang best guna st ives .Kebanyakan skin care yang saya guna jenama dari Korea

    ReplyDelete
  3. St ives scrub mmg terbaek! tp xle hari2 sbb kasor naa scrub dia rs nk tertanggal kulit HAHHAHA btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy www.sizzlingsuzai.com hehe :)

    ReplyDelete
  4. Hada Labo AHA + BHA (Mild Exfoliating Face Wash) looks suitable for my skin. With so many choices now, I will get the best of it.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya saya tak pernah try and ada skincare routine pun selama ni. yg saya tahu, pakai pencuci muka time mandi. tu je. maybe boleh try jugak pakai product2 ni :) terima kasih share :)

    ReplyDelete
  6. Hada Labo bukan product dari Korea... Tpi Hada Labo ni product dari Japan. Memang kalau dekat Japan pun very hype sangat had a Labo ni. Saya dulu selalu Dapat hadiah had a Labo dari Japanese friend yang kerja satu company dengan saya kalau dia balik japan

    ReplyDelete
  7. Bagusnya pandai jaga muke. Kalau saya ni memang jenis lantak la masa muda muda dulu. Sekarang dah berumur baru terkial kial nak jaga

    ReplyDelete
  8. Banyak info dlm nie yg sesuai utk kulit kering mcm AM.. Boleh la AM cuba.. Nak dapatkan pun mudah.. Just pergi ke cawangan watson..

    ReplyDelete
  9. tu diaaa banyak jugak eh , tapi SR rajin kan takperlah ...hehehe saya ni adakalanya malas...guna yg wajib2 jer macam cleanser toner dan serum , masker seminggu sekali kalau ingat kalau rajin hari2 pakai....

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing you holy grail items, I am using the cleansing oil too but I found a even better one recently, can try out Althea's and vaseline is a must have been using it since I was 16.

    ReplyDelete
  11. Dalam banyak-banayk barng you pakai, i pakai st ives tu..ehhee..yang lain tak pernah try lagi..ramai pakai hadalabo dengan innesfree tu..nampak semua cakap elok je..

    ReplyDelete
  12. Hada labo xpernah try.. Sbb stkt ni dh serasi dgn produk yg kita guna.. Tp betullah kalau nk skin bersih, buat step skincare tu btul2 dont skip... Hehe

    ReplyDelete
  13. St Ives dan cleanser hada labo memang sis pakai, sesuai dengan kulit wajah sis. Yang lain tu belum cuba lagi. Nanti bolehlah sis cuba produk2 yg lain pulak. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  14. St ives tu paling kita suka. Memang pengguna tegar. Suka dengan ramuannya. And plg best lepas pkai rs lembut jer kulit

    ReplyDelete
  15. Dari dulu lagi akak memang suka St Ives, hada labo tu akak pun pernah coba krim moisturise dia, ok jugak lembut aja tak berminyak kat muka akak

    ReplyDelete
  16. Ok nak gi cari serum innisfree tu la hahah nampak menarik betul serum tu

    ReplyDelete
  17. Banyaknya produkkkk. Scrub St Ives tu je yang pernah pakai, tapi yang bau coffee. Rasa nak makan pun ada, bau dia kuat giler. Lepas pakai tu memang rasa halus mulus kulit muka

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.