JOM TERBANG KE HUNGARY: BUDAPEST (PART 1)


Memandangkan entri terakhir adalah pada 23 December 2016, hampir 3 minggu tidak update blog. Memandangkan sibuk travel ke beberapa tempat dari 23 December 2016 - 6 Januari 2017,tidak berkesempatan untuk menulis sebarang entri. Entri kali ini berdasarkan pengalaman travel sepanjang berada di Budapest, Hungary.

Pada asalnya, aku memang bercadang untuk pergi ke Budapest, Hungary secara solo. Walau bagaimanapun, aku membuat keputusan untuk join kawan-kawan exchange yang dikenali (kelas sama) kerana tak pernah lagi travel sekali sebelum ini.

23 DECEMBER 2016
Keluar rumah seawal pukul 6.30 am. Biar awal, jangan terlewat. Tak nak terlepas bas lagi. Aku menaiki metro dan mencari stesen bas. Sementara menunggu bas ke Budapest tiba (PolskiBus), aku disapa seseorang. Pelik macam mana dia boleh tahu nama aku. Aku pun toleh dan betapa terkejutnya diri! Rupanya Nima. Kami agak rapat kerana satu kumpulan untuk subjek Innovations in Marketing. Nima berasal dari New Zealand. Rare nak jumpa orang New Zealand dekat KU ni. She's the only one. Hee.

Ingatkan dia akan pergi ke Budapest pada tarikh berbeza. 6 orang pelajar lain akan turut serta untuk travel ke Budapest: 4 orang dari China (2 daripada 4 orang: kenal kerana kelas sekali tapi tak pernah berborak pun), seorang dari Egypt (Yomna) dan seorang dari Indonesia (Felicia).

12 jam merupakan jangkaan masa untuk tiba di Budapest. Walau bagaimanapun, bas dari Warsaw ke Budapest sampai lewat dari jangkaan masa (sampai di sana pada 9.22pm : sepatutnya bas sampai pada pukul 8.05pm - lewat lebih dari 1 jam).

Sesudah sampai, kami membeli tiket metro untuk sampai ke apartment. Apabila kami sudah meletakkan bagasi di apartment tersebut, kami turun dan keluar untuk mencari makanan yang ada berdekatan situ. Kebanyakan kedai makan tutup. Kebetulan ada satu kedai halal di situ - Dunya Kebab. Kebab dijual pada harga 400HUF (~1.3 Euro). Rasa kebab tuu memang sedap (mungkin sebab dah lapar sangat. Haha).

24 DECEMBER 2016

Aku bersama 7 rakan-rakan yang lain tidak sabar untuk memulakan aktiviti menjelajah kawasan Budapest. Inilah bandar di mana Christmas Market diadakan. Meriah kan ;)




Di Budapest, wine dan daging (hotdog, ham, pork) dijual di mana-mana. Secara jujurnya, makanan halal agak sukar untuk dicari. Ada tetapi agak jauh dari tempat ini. Roasted Chestnuts sangatlah popular di sini lagi-lagi cuaca sejuk membuatkan kita akan teringin untuk makan makanan yang ringan dan panas.

CREDIT: GOULASH BUDAPEST
Selain itu, Goulash - merupakan sup tradisi di Budapest yang wajib cuba (tak cuba kerana sup tersebut mempunyai daging lembu). Goulash ini kelihatan seperti kari. Kentang dan daging lembu adalah bahan utama dalam memasak Goulash. Goulash akan dihidangkan bersama roti. Sekiranya ingin mencuba Goulash versi vegetarian, boleh cuba Goulash Cendawan.


Selain itu, 'chimney cake' juga antara makanan yang popular di sini. Chimney cake ini diperbuat daripada doh dan perisa yang pelbagai membuatkan ianya digemari penduduk tempatan dan pengunjung. Almond, Cinnamon, Coconut, Original - merupakan antara flavor yang disediakan.

CREDIT : gypsynester
CREDIT: POSHBROOD

CREDIT : WHERE IS BRYAN
Free Walking Tours
Free walking tours ini sememangnya percuma. Di akhir lawatan ini, terpulang kepada anda mahu memberikan tips kepada tour guide tersebut ataupun tidak. Tiada paksaan. Free walking tour ini sangat bermanfaat untuk kita tahu sejarah, budaya, adat sesebuah tempat. Rugi kalau tak turut serta kerana memang berbaloi. Free walking tour di Budapest memakan masa selama 2 jam.

The Lazy Policeman

Ketika Free Walking Tour berlangsung, tour guide kami menerangkan tentang simboliknya The Lazy Policeman. Perasan tak bahagian perutnya agak berkilat? Dikatakan sekiranya kita menggosok perutnya, kita meminta perut kita diisi. Banyak statue seperti ini di kawasan ini dan bahagian yang berkilat mempunyai maksud yang tertentu.

St. Basilica

Di kebanyakan negara Eropah, bangunan seperti ini memang wajib ada. Reka bentuknya yang unik membuatkan ramai yang mengunjungi St. Basilica ini.

Chain Bridge

Chain Bridge merupakan jambatan yang menghubungkan Buda dan Pest. Jambatan ini dinamakan sempena Chain Bridge berikutan rantaian besi yang ada pada jambatan tersebut. Kawasan ini memang wajib dilawati.



Tugu Permaisuri Elizabeth

Kami tidak mengikuti sesi Free Walking Tour sehingga habis kerana ingin membeli barang dapur sebelum tutup pada pukul 2pm. Oleh itu, kami berlalu pergi dan mengikuti jalan ke arah Elizabeth Bridge.

Elizabeth merupakan permaisuri yang dihormati, disayangi dan dikagumi oleh rakyat ketika waktu itu. Tidak hairanlah jambatan, jalan dinamakan sempena dengan namanya. Elizabeth dikatakan sebagai seorang permaisuri yang sangat lawa dan rakyat jelata sangat menyenanginya.

Elizabeth Bridge


Elizabeth Bridge pula telah musnah sepenuhnya pada Perang Dunia ke-2 pada 18 Januari 1945. Untuk jangka masa yang agak panjang, tiada penggantian yang dibina untuk Elizabeth Bridge yang lama. Elizabeth Bridge merupakan satu-satunya jambatan Danube di Budapest yang tidak dibina semula selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2. Elizabeth Bridge yang baru dibina semula sepenuhnya dengan wajah baru antara tahun 1960 sehingga 1964 setelah hampir 20 tahun kemusnahan Elizabeth Bridge yang asal terjadi.

Playing Games
Charades
Ini merupakan permainan cuba teka apa yang orang tersebut gayakan (Guessing game: orang yang buat aksi tersebut tidak boleh bersuara, hanya gunakan gestures badan/tangan sahaja).

To be honest, memang tak reti bagi hints dekat orang lain (FAILED! hahahaha!). Aku kena bagi group members tahu yang aku gayakan movie The Incredibles. Memandangkan The Incredibles bukan hanya focus kepada 1 watak tetapi lebih ke arah keluarga yang mempunyai kuasa. Aku paling power bab meneka jawapan *flippp shawl! haha! Kerana kebanyakannya dapat diteka dengan betul. (Naluri sangat).

The Killer
Permainan yang kedua yang kami enjoy adalah The Killer. Konsepnya antara kami semua akan mendapat 1 kad setiap seorang - akan ada 1 Killer, 1 Police dan selebihnya Citizens. Semua orang kena vote siapa yang harus dikeluarkan. Orang yang mempunyai undian tertinggi akan tersingkir. Sesi untuk defend diri sendiri akan diadakan - masa inilah The Killer acah-acah tak bersalah dan yakinkan bahawa dirinya bukan seorang Killer/cakap kepada players lain siapa yang dia rasa The Real Killer berdasarkan pemerhatian. Konsepnya jika The Killer terselamat dari disingkirkan hingga ke akhir permainan, The Killer menang.

I don't know why tapi taku ditakdirkan untuk menjadi KILLER sebanyak 2 kali! Pada asalnya, mereka memang tidak syak langsung aku ini yang sebenarnya The Killer (Mungkin sebab ekspresi muka : muka tak bersalah padahal dalam hati dup-dap dup-dap). I really enjoyed both games! Thumbs up.

Xmas Tradition

Siapa pernah menonton filem Shrek pasti tahu apakah ini. Hehe. Inilah gingerbread man. Gingy akan dipatahkan malam ni. Haha. Gingerbread man ini merupakan tradisi sempena hari natal. Saiz gingy ini agak besar. Comel kan? Macam sayang nak makan. Memandangkan kebanyakan daripada kami yang tidak menyambut xmas, ada di antara kawan-kawan yang teringin merasa suasana krismas lagi-lagi bila berjauhan dari keluarga.


Dari latar belakang dan negara yang berbeza, kami ibarat keluarga.

25 DECEMBER 2016
Thermal Bath
Dari kiri: Yomna, Aku, Felicia
Thermal Bath ini merupakan tempat mandi air panas. Air tersebut mengandungi sulfur (dipercayai baik untuk kulit). Aku tidak memasuki tempat ini kerana untuk mandi kita hendaklah berpakaian mandi secara lengkap (kena ada swimming suit).

Zoo


Disebabkan tidak dapat memasuki Thermal Bath, aku pun berkunjung ke zoo berdekatan bersama Yomna dan Felicia. Tidak banyak binatang yang ada di zoo tersebut mungkin kerana faktor cuaca ketika itu.

Harga tiket untuk memasuki zoo ini:

1900HUF (6.20 EUR) untuk pelajar yang ada ISIC - Hanya Yomna sahaja yang ada ISIC (anda boleh buat kad ISIC untuk mendapatkan diskaun pelajar). Apabila aku memberikan ISIC Yomna, staff tersebut terus memberikan diskaun untuk kami bertiga. (Agaknya masa itu tak ramai orang dan dia tidak tegas - selalunya valid untuk seorang pelajar bagi setiap 1 kad)



Di dalam bangunan ini adanya gajah berasal dari India. Lihat ada simbol gajah di bangunan tersebut. Kebanyakan haiwan di zoo ini ditempatkan di dalam bangunan kerana cuaca sekarang amatlah sejuk.


Selepas berkunjung ke zoo, kami membuat keputusan untuk berkunjung ke Buda Castle. Walau bagaimanapun, kami mengubah fikiran untuk naik ke Buda Castle memandangkan keesokan harinya kawan-kawan yang memasuki Thermal Bath akan berkunjung juga ke tempat ini.

Oleh itu, kami berpatah balik ke arah apartment. Inilah pemandangan Chain Bridge pada waktu malam. Seriously lawa!

Pengangkutan awam :

Bas dan Tram
Di Budapest, tiket metro/tram/bas memang senang untuk dibeli kerana mesin tiket senang dijumpai. Oleh itu, tiada masalah untuk mendapatkan tiket. Single ticket berharga lebih kurang 350 HUF (1.20 EUR). Kami selalunya akan naik tram untuk pergi ke tempat yang menarik untuk dilawati.

26 DECEMBER 2016

Hari ini hanya kami bertujuh sahaja. Ming pula sudah gerak pada awal pagi menuju ke Rome. Let's begin the journey!

 Parliament

Kami berkunjung ke kawasan parlimen. Tugu yang berada di belakang kami dinamakan Istvan Tisza. Boleh klik di bawah ini untuk tahu lebih lanjut tentang sejarah terbinanya tugu tersebut.

Aku dan Nima di kawasan Parlimen

Group selfie di kawasan parlimen

'Shoes on the Danube'

Pada tahun 1944, dikatakan ramai penduduk (yang tidak mempunyai 'jewish name') dipaksa untuk menanggalkan pakaian mereka di sungai Danube dan berdiri menghadap sungai tersebut. Terdapat sekumpulan skuad penembak menembak mereka yang berdiri di Sungai Danube tersebut dari jarak dekat supaya mereka yang ditembak itu akan jatuh terus ke dalam sungai tersebut. Ini merupakan amalan biasa ketika tahun 1944-1945.

Ketika mengunjungi kawasan ini, terdapat lebih kurang 60 pasang kasut hasil peninggalan pada waktu tersebut. Kelihatan bunga ros yang diletakkan di tepi kasut-kasut tersebut sebagai tanda peringatan kepada peristiwa bersejarah itu.

Opera

Opera House di Budapest merupakan antara yang tercantik dan memiliki struktur bangunan Neo-Renaissance di Eropah. Selain itu, Opera House ini dikenali sebagai salah satu institusi muzik yang berprestij di Eropah. Ramai artis yang melakukan persembahan seni di Opera House.

Auditorium di opera House boleh memuatkan seramai 1200 orang penonton. Untuk berkunjung ke Opera House di Budapest ini, anda boleh menaiki stesen Metro (Millennium Underground - M1) dan turun di stesen Opera.

Lawatan yang disediakan di Opera House ini diadakan pada jam 3pm dan 4pm setiap hari. 

Harga tiket:
Pelajar : 1900 HUF (6.20 EUR)
Dewasa : 2900 HUF (9.40 EUR)

Reka bentuk bahagian dalam Opera House ini memang daebak!. Speechless sebab lawa dan unik!


Buda Castle

Untuk naik ke Buda Castle, kena naik Funicular dulu. Harga tiket dewasa ialah 1200 HUF (4 EUR) - Single Ticket. Terpulang kepada anda untuk naik ke Buda Castle ini dengan berjalan ataupun menaiki funicular. Kami hanya membeli single ticket untuk naik ke Buda Castle dan berjalan turun ke bawah (bukan turun menggunakan funicular).

CREDIT: BUDAPEST BLOG

Funicular secara jarak dekat

Kami ni excited dapat tengok Buda Castle ni sampai ke malam. Haha. Let the pictures speak for themselves!





Hostel
Setelah selesai mengemas dan keluar dari apartment bersama rakan-rakan yang lain, kami makan di satu restoran yang menjual kebab/falafel - Turkish food. Mereka akan berangkat pulang ke Warsaw pada malam tersebut manakala aku akan meneruskan misi solo trip ke Prague, Czech Republic.

Bermalam di hostel untuk 1 malam dan bas ke Prague pula akan bergerak pada 9.30am keesokan harinya. Di hostel tersebut, aku sempat berkenalan dengan dua orang yang menjalani program pertukaran pelajar. Pelajar dari China yang menjalani program pertukaran di France dan juga pelajar dari Brazil yang menjalani internship di Netherland.

Pelajar dari Brazil tersebut menceritakan pengalaman travel yang dia lalui sepanjang berada di Eropah. Semuanya solo trip. Dia juga menceritakan dia seorang yang gemar menangkap gambar pemandangan. Oleh itu, dia lebih selesa bergerak solo untuk travel.

DAH BACA KE? : JOM PERGI PRAGUE!

Pesanan penulis:

My first solo trip - Tips-tips travel secara solo akan dikongsikan pada entri seterusnya!
A real adventure will start really soon.

Kepada semua pelajar UNIKL Business School, selamat menjalani final exams!
Orang di sini ada lagi 2 exam papers bulan ini.
All the best guys!

p/s: Tak sabar nak balik Malaysia ;)

23 comments:

  1. bestnya dapat berjalan2 tgk kwsn org..ambik peluang mcm ni la nohh esk dah kawin dgn ikut suami pulak

    ReplyDelete
  2. seronok dpt peluang travel tgk negara org...chimney cake tu pernh tgk kt kl ada jual...lupa dh kt mn sbb ada tgk org share aritu

    ReplyDelete
  3. Bagusnya perkongsian travel ni. Lengkap! Buat yg solo memang harus grab peluang travel ngan kengkawan, nanti dah beranak pinak dengan anak kecik perjalanan agak terhad. Thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Bestnya berpeluang ke Budapest..akak x pernah lagi baca tentang Budapest..kena baca banyak lagi ni..tengok syaza travel macam seronok sgt je..nak lagi update part 2 plis

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat tengok dan jejak kaki di negara orang , boleh lihat budaya dan cara mereka di sana .. pengalaman indah

    ReplyDelete
  6. Cantik juga Budapest ini dah macam kota London plak. Boleh masukkan dalam wishlist ni. Btw bab makanan kalau ke overseas mmg susah kalau islam bukan majoriti kat sana. Kite kaki travel jugak. Satu lagi kite susah sikit nk telan makanan org luar ni. Tekak melayu sangat kot. Btw good articles to be share

    ReplyDelete
  7. Menarik kisah travel ni. Lengkap dan padat awak ceritakan. paling teruja dengan Chimey Cake nampak macam sedap pulak. Banyak kisah rupanya Budapest ni. Beruntung awak dapat ke sana pelajari budaya dan pengalaman di tempat orang. Nanti share lagi tempat-tempat lain yang syaza dah pergi

    ReplyDelete
  8. Macam best je Budapest ni, tak terpikir nak travel kesana, bila baca enty ni baru terasa nak kesana..hehehe.
    memang best kalau travel gan kenkawan ni..tapi kena yg sekepala lah..kalau tak peaning gak nak layan kerenah memasing

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat peluang pergi ke Budapest. memang dalam wishlist sy nie. tak tahu bila ada rezeki utk ke sana. anyway, chimney cake tu nampak menyelerakan betul

    ReplyDelete
  10. Seronoknya berjalan ke tempat org macam ni. Selain bercuti, boleh juga belajar tentang budaya penduduk setempat kat sana. Entah ada rezeki ke tak emi nak ke sini, hehe

    ReplyDelete
  11. Cantiknya budapest.. teringin nak jejak kaki ke sana juga.. insyaAllah, kalu ada rezeki lebih, AM nak ke sana bersama rakan2.. mesti meriah kann..

    ReplyDelete
  12. Wah bestnyaaaa....travel europe plak tu..xtau la bila akak bokeh jejak kaki kt europe...doa2 kan akak plak ye...teringin nk ke spain n negara2 balkan

    ReplyDelete
  13. Bestnya bila ada peluang melancong secara solo macam ni. Paling penting kutip pengalaman sebanyak mungkin bila berada di negara org. Btw roti tu nampak sedap giler

    ReplyDelete
  14. Bestnya klau dapat tengok negara orang. Lagi lagi ada keberanian tuk bergerak sana sini. Cantik sngt permandangan disana.

    ReplyDelete
  15. Wahh bestnya awak dah jejak kaki ke Budapest. Binaan2 bangunan cantik dan unik sangat. Seronok belajar tentang budaya tempatan dekat sana. Moga ada reseki ana pula ke sana. Amin.

    ReplyDelete
  16. syok nya.. I pun terasa nak pergi budapest.. nampak nya semua bangunan yang begitu unik sekali.. pemandangan yang indah!!

    ReplyDelete
  17. Wah bestnya awak pergi melawat tempat di budapest. Seriously banyak tempat menarik di situ buat Ika hendak datang sana tahun depan.

    ReplyDelete
  18. bestnya pergi budapest! my brother baru balik dari sana. dia pun cakap best and harga kat sana not bad compare to any other side of europe.

    ReplyDelete
  19. Seronok dpt terokai negeri org,berjalan melihat bandar Budapest pastinya byk kenangan dan pengalaman melihat negeri org

    ReplyDelete
  20. Travelling out side of Budapest can be relatively easy with a range of organised tours visiting many of Hungary's attractions and the country's rail network is relatively cheap and reliable. Budapest rentals

    ReplyDelete
  21. Being a predominantly touristic area the town caters to a large number of foreign residents, with many arriving from Northern Europe. kuşadası samos feribot

    ReplyDelete
  22. There are many local car renting companies which specialize in luxury cars only. There only aim is to provide you the best service so that you leave with a smile in your face. Exotic car rental Miami

    ReplyDelete
  23. hi akk.. boleh ke if saya nak tau barang keperluan apa yg diperlukan sepanjang berada di budapest.. sebab if ikutkan plan saya akan sambung intra di sana

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.