INSPIRASI : 0 KE 1


AMARAN
******************************************
Ini kisah budak UniKL Business School yang biasa-biasa sahaja. Kisah seorang introvert yang telah menemui diri sendiri sepanjang pengajian di UniKL Business School. Sekiranya anda telah mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup, anda boleh abaikan entri ini. Sekiranya anda belum mencapai apa yang anda inginkan, teruskan membaca. Entri ini hanya untuk orang yang ingin mencari inspirasi sahaja. Kisah ini diadaptasi daripada kisah penulis sendiri.


KISAH SI 'INTROVERT' :

'THE QUEST OF AN INTROVERT' - Aku teringat kembali suatu ketika dahulu (September 2014), di saat mula-mula menjejakkan kaki ke UniKl Business School. Pada awalnya Aku tidak pasti untuk mengambil jurusan yang mana satu : Management & Entrepreneurship, Islamic Finance, International Business, Marketing, Accounting.

Akhirnya, aku mengambil langkah untuk menyambung pengajian dalam BBA Management & Entrepreneurship. *Hati masih tidak yakin dengan keputusan yang dibuat tetapi mahu atau tidak aku cuba yakinkan hati ini adalah yang terbaik.*

Semester 1 (September 2014)
Berdebar nak masuk kelas. Suasana baru. Rakan sekelas juga baru (Aku tidak kenal sesiapa). Pendiam: Itulah satu perkataan yang boleh gambarkan personaliti diri aku. Pendiam lagi-lagi dengan orang yang tak kenal. Gigihkan diri untuk duduk di barisan paling hadapan.

Monolog : "Aku belajar course degree in business. Kalau aku masih malu-malu untuk bercakap, nanti waktu pembentangan kelas mesti tak boleh perform. Nanti malu sendiri. Nak tak nak aku kena ubah. You can do it! Trust yourself."

Lahir sebagai seorang introvert, susah untuk ubah diri menjadi seorang extrovert secara drastik. Debaran kian terasa setiap kali pembentangan secara berkumpulan.


"It's now or never. Break the wall or stay behind the wall forever. I decided to break those walls."- Aku


Bukan mudah untuk perform dengan baik untuk setiap pembentangan. Orang introvert seperti aku kena berlatih lebih daripada orang lain. Mungkin bagi orang extrovert bercakap di khalayak ramai itu perkara biasa tetapi bagi introvert, bercakap di khalayak ramai adalah sesuatu yang ingin dielakkan.

"Penat"
"Malu"
"Tak yakinlah nak bentang dekat depan kelas. Ramai orang :( "
"Nervous tak habis-habis"
"Asyik nak speaking English je. Kita English pun tak berapa sangat"
"Dah sampai giliran nak kena present, tetiba otak boleh pulak blank :|"
"Mata ni rasa nak tengok slide je, tak nak pandang orang dah"

Aku yakin kebanyakan pelajar di UniKL Business School pernah alami atau sedang alami, kan? Kita serupa. Subjek 'Business Communication' paling mendebarkan waktu semester 1. Mana-mana pelajar boleh dipanggil untuk bercakap secara spontan. Teringat lagi saat 'ditembak' dengan soalan di dalam kelas. Terasa jantung ni terhenti sekejap (punyalah terkejut nama kena panggil). 

Kelas yang cukup menggerunkan lagi-lagi separuh daripada kelas tersebut merupakan seniors. Nota tiada di tangan, mata tidak tertumpu pada slide. Cukup kagum dengan mereka.

Monolog: "Bagusnya budak Unikl Business School ni. Budak final year tu. Kalau mereka boleh perform yang terbaik, aku juga boleh. Practice makes perfect!"


2 tahun masa yang diambil untuk mengasah soft skills. Agak lama kan? Aku yakin kalian boleh buat lagi baik daripada aku. Keluarlah dari comfort zone. Push yourself beyond the limit.

Yang penting, kena mula ubah diri dari sekarang dan sentiasa mencari inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Mulakan hari kita dengan perkara yang positif. Endahkan kata-kata orang yang tidak percaya dengan kita. Kita harus yakin dengan diri sendiri. Tidak terlambat untuk belajar sesuatu yang baru. Apa-apa pun prinsip aku satu je:


"Always believe : No matter how difficult or tough your life would be, there is a light at the end of the tunnel. Keep on searching. Keep on moving. Believe yourself. Find that light!" - Aku


MINAT :

Minat untuk menulis wujud sejak di bangku sekolah lagi. Mungkin disebabkan Mamaku dulu seorang editor majalah menyebabkan aku ingin mencuba untuk menulis. Melalui penulisan, aku boleh mengekspresikan idea mahupun pendapat. Disebabkan kurang bercakap, menulis menjadi ruang untuk aku berbicara.

BERMULANYA SEBUAH BLOG :
Seperti mana yang aku nyatakan di entri blog sebelumnya, ISEM merupakan antara pendorong terulung aku untuk mengekalkan CGPA.

Perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan aku tercari-cari blog berkaitan dengan ISEM. Agak hampa apabila tiada satu blog pun yang betul-betul menjelaskan langkah-langkah untuk memohon ISEM dari awal hingga akhir. Kalau adapun, entri blog itu ditulis pada tahun 2012! (sudah lama).

Akhirnya, aku berazam membuat 1 blog khas untuk berkongsi pengalaman sekiranya terpilih untuk ISEM/ERASMUS+. Aku yakin dan percaya banyak persoalan berkaitan ISEM/ERASMUS+ yang tidak terjawab di minda anda. Aku juga begitu dulu. Banyak perkara yang ingin ditanya tetapi tidak pasti nak ditanya pada siapa. Sesiapa yang nak tahu apa itu ISEM/ERASMUS+ boleh visit link dekat bawah ni ya:

Short Semester
Aku mengambil masa sebulan untuk mencari segala informasi berkaitan blogspot : header, image, layout dan sebagainya. Untuk mencari blog layout yang sesuai, memang mengambil masa yang lama. Semua sumber yang digunakan di dalam blog ini adalah percuma. Aku bukanlah pelajar yang mempunyai latar belakang IT, jadi masa diluangkan lebih banyak untuk try and error (coding adjustment). Belajar daripada Mr. Google.

Akhirnya, blog ini berjaya dihasilkan tanpa mengeluarkan sebarang kos (hanya makan masa yang lebih sedikit untuk menyempurnakan blog ini). Alhamdulillah.

HARAPAN :


Inspirasi

For those who believe in me when no one else did, thank you. 
Thank you to my parents and family as you guys won't give up on me too soon.
Hang in there and stay strong.
Start anew and believe.
YNWA in this world :)

I have found myself at UniKL Business School! Dari 0 ke 1 :)

Terima kasih UniKL Business School kerana di sinilah segalanya bermula.
Segala yang Allah aturkan dalam hidup kita cukup indah. Setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri. Kadangkala kita sendiri tidak tahu hikmah tersebut. Rupanya, Allah nak bagi sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita. Bersangka baiklah dengan-Nya. Teruskan melakukan kebaikan kerana:

"Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan, inshaaAllah Dia akan hantar orang yang baik-baik untuk memudahkan urusan kita kelak" - Aku


Aku yakin dan percaya setiap daripada kita punya jalan cerita yang berbeza.
Jatuh bangun dalam hidup itulah dinamakan realiti sebenar kehidupan. 
Jatuh sedalam mana pun kita, sentiasa cari jalan untuk terus bangkit
Percaya pada diri kerana aku yakin KAU boleh terus bangkit dan maju

Aku doakan semua pembaca blog ini dirahmati-Nya dan teruskan misi mencari inspirasi anda.

Yang seringkali terjatuh dan mencari inspirasi untuk terus bangkit,
SR

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.