ERASMUS+ VS ISEM : 7 PERKARA YANG WAJIB ANDA BAWA SEBELUM TERBANG

Salam dan hai kepada semua pembaca. Entri kali ini khas untuk mereka yang telah mendapat tempat untuk program pertukaran pelajar dan juga kepada yang baru pertama kali akan terbang ke luar negara.

1. DUIT (CASH)
money cash dollar cash money
Duit tidak perlu dibawa dalam jumlah yang besar. Aku sendiri membawa jumlah wang yang cukup untuk digunakan dalam masa 2 bulan (sekiranya elaun dapat lambat, ada duit spare). Disediakan sekali contoh pengiraan untuk yang kurang pasti tentang bajet wang yang perlu anda bawa.

Contohnya:
Sewa rumah : 225 Euro (Bulan pertama) + Deposit 1 Bulan (225 Euro) + 225 Euro (Bulan ke-2)
Makan di luar  : 50 Euro
Barang dapur : 100 Euro
Lain-lain (public transportation card/taxi fare + Entertainment) : 100 Euro

Lebih kurang 925 Euro atau nak lebih senang 1000 Euro. Pengiraan di atas boleh diubahsuai mengikut kesesuaian anda. Kerana negara seperti Poland (menggunakan matawang sendiri dan bukan guna EURO), taraf hidup lebih rendah. Matawang Poland lebih kurang sama dengan Malaysia. Barang dapur kebanyakannya murah tetapi rumah sewa di sini agak mahal. Setiap bulan, 500 zloty diperuntukkan untuk membeli barang dapur dan selalunya ada duit lebihan. Nampak tak betapa boleh berjimat dengan mengurangkan makan di luar?

Nak lebih jimat? Bawalah barang makanan dari Malaysia - ada senarai barang makanan yang sesuai dibawa [sila scroll ke bawah lagi] (untuk mengurangkan kos perbelanjaan makan). Barang keperluan asas memang murah di Poland (memang jimat!). Dengan 850 Euro, aku boleh survive selama dua bulan di Warsaw, Poland (termasuk bayar duit sewa + deposit).

Anda boleh tukar wang RM kepada wang negara yang akan anda pergi untuk menjalani program pertukaran pelajar. Aku selalunya menukar wang di Money Changer Plaza Alam Sentral, Shah Alam (memandangkan money exchange rate yang ditawarkan memang okay dan memang dah lama kenal dengan pakcik tu - seriously dia memang friendly).

Pastikan duit anda bukan dalam kondisi koyak atau buruk. Sesetengah negara tidak mahu menerima duit anda disebabkan faktor tersebut (berdasarkan pengalaman sepupu sendiri). Pastikan anda tidak meletakkan duit anda di satu tempat sahaja. Asingkan ke beberapa tempat (sekiranya berlaku kehilangan, anda masih ada duit).

2. KAD DEBIT/ KAD KREDIT
animals parrot atm debit card
Anda boleh membawa sekali kad debit atau kad kredit bersama (atau kedua-duanya sekali). Untuk pengguna CIMB, pastikan anda mengaktifkan kad debit anda sebelum anda terbang ke luar negara.

Nak tahu cara mudah untuk aktifkan kad anda melalui CIMBClicks? Boleh klik di link ini:
3. TRAVEL ADAPTOR & EXTENSION CORD
travel
Travel adaptor ini memang penting sangat! Tanpa travel adaptor, susah nak charge laptop dan phone anda. Semak dahulu jenis plug yang digunakan di negara yang anda akan pergi itu. 

Aku tidak bawa extension cord bersama (still boleh survive dekat sini). Walau bagaimanapun, sekiranya anda membawa banyak gadget bersama dengan anda, anda memang digalakkan membawa extension cord dari Malaysia. 

4. BAGPACK
travel

a) DOKUMEN PENTING
Okayyyyy dokumen SANGAT penting ya pembaca semua! JANGAN TERTINGGAL, aku ulang JANGAN TERTINGGAL DOKUMEN PENTING. Sekiranya anda jenis yang gelabah tak ingat dokumen apa yang perlu dibawa, TULIS APA YANG PERLU DIBAWA (TERMASUK DOKUMEN APA YANG PERLU DIBAWA).

Dokumen penting yang perlu dibawa:
1. Health insurance
2. Learning agreement
3. Acceptance letter
4. Passport (jangan tercicir di mana-mana okay)

Pastikan anda scanned semua dokumen dan hantar ke emel anda sendiri (sekiranya berlaku kehilangan/tercicir, anda masih ada bukti identiti diri di emel anda - always be prepared for the worst okay)

b) TRAVEL KIT
Travel kit ini anda boleh cari di mana-mana kedai. Watson pun ada jual selalunya. Travel kit yang dibawa : berus gigi, ubat gigi, listerine (semuanya bersaiz kecil dan bertempat dalam plastik yang boleh nampak- bukan zipper bag). Kurang ingat di airport yang mana satu, rasanya Heathrow Airport. Di Heathrow Airport, travel kit aku diperiksa (agak pelik kerana boleh je nampak isi kandungan travel kit tu). Pegawai tersebut membuka travel kit dan mengasingkan dengan meletakkannya ke dalam zipper bag. Senang cerita letak lah barang-barang sebegini di dalam satu zipper bag untuk memudahkan perjalanan security check di lapangan terbang.

c) ZIPPER BAG
Zipper bag ini memudahkan anda untuk mengasingkan gopro/gadget yang anda bawa kerana zipper bag bersifat lutsinar. Asingkan barang-barang yang ada di dalam bagpack (yang mengandungi cecair) ke dalam zipper bag. Segala items yang mengandungi cecair memang diasingkan terus ke dalam zipper bag dan dimasukkan ke dalam bagpack. Cabin luggage pula tiada sebarang liquid items.

d) WET WIPES
Wet wipes ini antara yang penting. Boleh dibeli di Watsons (Asyik promote Watsons je kan? Hehe). Perjalanan ke destinasi selalunya mengambil masa yang agak lama. Pengalaman berbelas jam di dalam kapal terbang membuatkan muka agak berminyak lagi-lagi selepas bangun tidur. Agak tak selesa kan? Inilah fungsi wet wipes. Boleh bersihkan sekali minyak di muka. British Airways tidak menyediakan wet tissue seperti Emirates. Selepas makan, adakalanya tangan kita terkena sos dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh gunakan wet wipes ni. Barulah rasa selesa.

5. CHECK-IN LUGGAGE & CABIN LUGGAGE
Check-in Luggage
f1
Pastikan anda semak ukuran bagasi yang dibenarkan dan had berat bagasi yang boleh di-check-in. Setiap airlines mempunyai luggage limit yang berbeza. Contohnya, Emirates - limit up to 30kg untuk check-in luggage.

Cabin Luggage
Ukuran Cabin Luggage pun anda kena semak terlebih dahulu. Ada airlines yang lebih strict dan ada yang tidak strict tentang cabin luggage yang dibawa naik. Cabin luggage hanya dipenuhi pakaian (packing style askar - gulung sekecil yang boleh). Sekiranya anda ingin membawa makanan dan diletakkan dalam cabin luggage ini, pastikan makanan yang anda bawa tidak mengandungi cecair melebihi 50ml ataupun botol yang melebihi 50ml (walaupun isi kandungan tidak mencecah 50ml). Sekiranya anda membawa item yang mengandungi ciri-ciri yang dinyatakan seperti di atas, jangan terkejut kenapa barang anda dirampas.

6. BARANG MAKAN
a) Sos cili 
Kalau jumpa yang paket kecil-kecil (macam yang selalu dapat dekat KFC tu), boleh lah bawa. Sekiranya tak jumpa, beli sos cili dalam botol. Kalau korang tak bawa sos cili ke luar negara, korang akan mengidam sos cili Malaysia. Ahaha. WAJIB bawa!
b) Kicap - Kicap Pedas (Jenama Mahsuri) (Highly recommended!)
c) Santan serbuk
d) Maggi -  Bawa Ruski Tomyam (memang favorite!) dan Maggi Kari
e) Bubur instant
f) Serunding - Serunding best makan dengan nasi putih panas!
g) Serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk sup
h) Cili kering 
Susah untuk dapat cili kering. Kalau ada pun, memang sangat mahal. Cili merah yang 100 gram pun selalunya berharga 10 zloty per pack. Kalau cili padi, selalunya 15 zloty per pack bermaksud 1kg = 150 zloty!
i) Ikan bilis
j) Stok kiub ayam, stok kiub tomyam 
k)Sambal kering
l) Sos tiram - Mahal juga kekadang walaupun di Asian Market

Option:
1) Budu
2) Serai
3) Daun kari (yang dikeringkan)
4) Rempah ratus

7. PAKAIAN, GLOVES, KASUT, SHAWL/TUDUNG/KERONGSANG, MAKEUP, TOILETRIES, STATIONERY

PAKAIAN
Pakaian tidak perlu bawa banyak. Di sini, pakaian dijual dengan harga berpatutan. Kalau ada Sales/Promotion, memang murah. Bawa baju thermal wear, leggings sekali. Anda boleh beli di negara yang anda akan terbang sekiranya anda tidak mahu membawanya dari Malaysia kerana selalunya tidak mahal.

GLOVES & KASUT
Disebabkan tak nak spend banyak sangat untuk beli gloves dan kasut sukan, aku bawa gloves (kalis air - leather/pvc) dan kasut sukan dari Malaysia.

Sekiranya anda ingin membawa winter boots sekali, anda digalakkan membawanya sekiranya anda akan melalui musim sejuk sepanjang berada di negara tersebut.

SHAWL/TUDUNG/KERONGSANG
Shawl/tudung tidak perlu bawa banyak. Bawalah warna yang berlainan. 5 shawls sudah memadai.

Kerongsang bawa lebih sekiranya kerongsang kita selalu misplaced/tercabut/tercicir.

MAKEUP
travel
Untuk yang memakai makeup, pastikan set makeup anda diletakkan di dalam zipper bag atau makeup bag yang lutsinar. Tak perlu bawa banyak kerana aku pasti anda akan membeli makeup juga ketika berada di luar negara. Pastikan liquid item untuk makeup set anda TIADA yang melebihi 50ml.

TOILETRIES
roll
Toiletries pula bawalah stok yang cukup untuk anda guna selama 1 bulan (nak bawa lebih pun terpulang). Ada orang yang mempunyai allergi terhadap skincare seperti pencuci muka kena guna yang jenama tertentu sahaja (kulit sensitif, masalah jerawat). Oleh itu, anda mempunyai masa untuk survey skincare yang bersesuaian dengan anda di negara tersebut.

STATIONERY
stationery rulers frixion highlighters pencil case
Stationery agak mahal di negara Eropah. Lagi-lagi yang jenis branded. Aku bawa sendiri alat tulis dari Malaysia. Kepada yang suka guna pen basah seperti jenama Pilot, silalah bawa pen lebih (sekiranya terhilang/misplaced). Jangan lupa bawa kalkulator sekali sekiranya anda mengambil subjek yang memerlukan pengiraan.

PESANAN PENULIS:
Barang-barang yang anda boleh beli dan bawa dari Malaysia, silalah bawa kerana anda hanya akan menjalani program pertukaran pelajar selama 1 semester sahaja (paling lama 2 semester sahaja). Manfaatkan apa yang anda ada dan elakkan pembaziran (berjimat cermat gitu).

Kalau korang tak bawa sos cili dengan kicap, memang nangis lah nanti rindu. Hehe. Jauh mana pun kita di perantauan, kita tetap orang Malaysia. Cita rasa tetap lokal-lah! ;)

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.