JOM TERBANG KE POLAND : DEPARTURE (PART 1)

Salam dan hai kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan seERASMUS (Adele, Kak Niza dan Malik) selamat tiba di Warsaw, Poland pada 25hb September pagi.

Sebelum Departure di KLIA
Dari kiri : Aku, Kak Niza, Abah (dia pun nak fly jugak tuuu. hee) dan Malik. Adele turun ke terminal lebih awal jadi dia tak sempat snap gambar sekali.

Penerbangan dari Kuala Lumpur - Heathrow (London)

British Airways dipilih sebagai airline dari Kuala Lumpur ke Warsaw, Poland (antara tiket penerbangan yang murah). Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Heathrow mengambil masa lebih kurang 13 jam 20 minit. Lama juga dalam flight. Bangun tidur bangun tidur. Tak nyenyak sangat nak tidur dalam flight. Huhu.

Aku duduk di bahagian tepi dan orang yang duduk di bahagian seat tengah (sebelah aku) tiba lambat. Sekilas pandang macam orang Cina. Kelihatan pasport yang dibawanya. Pasport Malaysia. 

Monolog: Orang Malaysia rupanya

Perempuan Cina yang duduk di sebelah aku nampak pendiam. Takut pula nak tegur. Tidak lama selepas itu, dia menegur aku.

"Awak dari Malaysia ke?"
"Aah saya dari Malaysia."

Selepas itu, kami berborak dalam bahasa Melayu. Jangan terkejut sekiranya bahasa Melayu yang dia gunakan lebih baku daripada aku. Boleh bayangkan tak tidak ramai orang Malaysia di dalam flight tersebut dan kami dengan selambanya menggunakan bahasa Melayu. Ahaha sangat seronok.

Walaupun dia beragama Kristian dan berbangsa Cina yang dilahirkan dan membesar di Kuching, Sarawak, dia tidak lokek berkongsi pengalamannya. Dia juga menceritakan bagaimana orang Cina betul-betul memanfaatkan peluang perniagaan di peringkat antarabangsa. Selain itu, 16 tahun pengalaman bekerja di sebuah syarikat jubin membuatkan dia selalu travel di beberapa buah negara termasuklah Australia, Italy, United Kingdom dan lain-lain.

"Awak masih belajar atau sudah bekerja?"
"Saya masih belajar lagi dekat Unikl Business School."
"Oh, final destination awak dekat London atau tempat lain?"
"Final destination di Poland"
"Ha Poland? Awak belajar apa dekat sana? (Dia agak pelik kenapa aku memilih Poland sebagai tempat belajar)"
"Saya dapat tawaran untuk exchange student program dekat sana di bawah tajaan European Union (Erasmus+)"
"Waa Unikl ada buat itu exchange program ke?"
"Sejak kebelakangan ni, Unikl banyak berkolaborasi dengan partnership universities di Spain, Italy, Poland dan lain-lain"
"Bagusnya Unikl. Saya tengah survey tempat belajar untuk anak saya"
(Sempat promote Unikl Business School dekat dia. Hee)

Dia juga aktif dalam event MATRADE untuk mempromosikan produk buatan Malaysia di luar negara. Selain itu, dia turut bercerita berdasarkan pengalamannya bahawa setiap negara mempunyai budaya dan kelebihan yang berbeza: Italy - kreatif, berseni, Eropah - sangat efisyen, China - pro menciplak barang original.

Makanan (Moslem Meals)

Inilah first meal yang disediakan oleh BA : air mineral (250ml), roti, sayur, nasi goreng beserta sate ayam dan buttercake with blueberry topping.

Moslem Meal
Moslem meal boleh direquest secara online di website British Airways. Moslem meal akan diagihkan lebih awal daripada meal biasa kerana agak jarang untuk penumpang request meal tersebut (selalunya Muslim sahaja yang request).

Sate ayam dengan nasi goreng ;)
Sate ayam dengan nasi goreng:
Pertama sekali, aku minta maaf sangat-sangat gambar tidak berapa jelas. Sate ayam beserta nasi goreng ini dihidangkan sebagai hidangan pertama. Alhamdulillah rasanya boleh tahan sedapnya. Bagi pendapat aku, sate ayam itu akan lebih senang untuk dinikmati sekiranya lidi sate tersebut tiada. Agak leceh untuk makan sate di dalam flight (agak messy). Tangan melekit dan sebagainya. Nasib baik bawa wet tissue (wet wipes) dalam bagpack.

Sangat suka dengan buttercake ni. 4 out of 5!
Buttercake slice:
Memang FALL IN LOVE terus dengan buttercake ni. Masam manis creamy. Blueberry topping tu sedap sangat! ;)

Moslem meal yang kedua :
Terlupa nak snap gambar. Huhu. Omelette with mushrooms. Serious sedap! (Ingatkan British Airways bagi 1 main meal sahaja rupanya makan dua kali )

Terminal 3 (Connecting Flight)
Selepas sampai di Heathrow Airport, kami kena pergi ke Terminal 3 (dari Terminal 5). Kami perlu menunggu bas untuk pergi ke Terminal 3. Bas tersebut sangatlah laju. Terasa badan terhuyung-hayang. Ahaha. Bayangkanlah kami sampai di sana pada awal pagi. Tak ramai orang di situ. Kami duduk sekejap di Lounge Heathrow untuk guna wifi yang disediakan di situ.

Dari kiri: Adele, Kak Niza dan Aku.
Di Lounge Heathrow Airport : Pukul 6 lebih pagi. Di sinilah peluang untuk guna wifi free sebelum depart untuk flight ke Warsaw, Poland ;)
Penerbangan Heathrow (London) - Warsaw, Poland

Sementara nak tunggu flight seterusnya ke Warsaw

Cuaca hujan renyai-renyai

Awan tu dah macam cotton candy. Terharu rasanya dapat lihat pemandangan sebegini ;)

Makcik sibuk baca surat khabar. Kita dapat conquer seat sesorang.
Ahaha. Tak penuh pun flight BA ke Warsaw ni ;)
Oh my croissant!

Ingatkan ni Croissant yang kosong sahaja... Rupanya...

Hati tergerak nak baca ingredients croissant ni. Ha! SMOKED HAM (made with raw pork). Terus tak jadi makan dan minta tukar dengan option yang lain.
Moral of the story : Always check the ingredients first before you eat
Hai, Orang Malaysia ke?
Sementara menunggu pelajar Medic Warsaw (Syaza dan Far) tiba di lapangan terbang, kami menunggu di kawasan berdekatan dengan McCafe. Ada seorang lelaki menghampiri kami dan berkata:
"Hai, Orang Malaysia ke?"

Aku dan Kak Niza memang terkejut masa itu kerana tidak sangka dia juga orang Malaysia (muka tidak nampak kemelayuan sangat). Dia kata dia hendak pergi ke Lublin bersama rakannya. Selain itu, dia bercerita yang memang 'rare' untuk nampak orang Malaysia di Poland. Inilah pertama kali dia nampak orang Malaysia berada di airport sini. Kalau nampak muka-muka macam orang Malaysia, tegur-tegur lah ya sebab memang tak ramai pun Malaysians yang travel ke Poland.

Moral of the story:

1. Tunjukkan sikap yang baik dengan semua orang 
Orang berbudi, kita berbahasa. Tidak salah pun jika kita bersikap sopan dan hormat-menghormati dengan orang lain. Orang akan lebih selesa untuk berborak dan berkawan dengan kita. Mungkin pandangan kita berbeza dengan orang lain maka hormatilah. Tolak ansur dalam perbezaan tersebut.

2. Stay humble
Kisah aku dengan wanita Cina tersebut memberi inspirasi bahawa sebanyak mana pengalaman kita itu bukan bermakna kita boleh riak atau bangga dengan diri kita. Sharing is caring. More you give, more you will get back in the future. Sentiasa berkongsi pengalaman dengan orang lain. Mana tahu kita juga boleh menjadi inspirasi orang lain untuk turut berjaya dalam hidup ;)

3. Introverts digalakkan travel
Sebagai seorang introvert, aku memang kurang bercakap. Melalui travel, aku lebih banyak bercakap. Secara tidak langsung, travel juga dapat memperbaiki kemahiran komunikasi. Alhamdulillah, aku yakin inilah yang terbaik untuk memperoleh ilmu baru, memperbaiki kemahiran komunikasi, networking dan juga mendapat kawan-kawan yang baru di serata dunia.

Pesanan penulis:
InshaaAllah entri Jom Terbang ke Poland (Part 2) - Warsaw akan di'publish'kan pada minggu hadapan (Masih dalam proses penulisan). Stay tune!

Sesiapa yang masih blur-blur tentang cara-cara untuk memohon program pertukaran pelajar ISEM/ ERASMUS+ boleh lihat entri tersebut seperti tertera di bawah:


BE UNIQUE
BE INSPIRED

1 comment:

  1. Appreciate you sharing, great post. Download Deskgram for free. Deskgram helps you to upload photos and videos to Instagram from your PC.

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.