JOM TERBANG KE CZECH REPUBLIC: PRAGUE (PART 2) - SOLO TRIP


MY FIRST SOLO TRIP - PRAGUE, CZECH REPUBLIC
KENAPA SOLO TRIP MENJADI PILIHAN?
travel
Mungkin ramai di antara pembaca yang memikirkan kenapa nak pergi solo trip. Tak bahaya ke pergi travel sorang-sorang? Honestly speaking, berjalan sorang-sorang di bumi Eropah ini rasa lebih selamat dari berjalan sorang-sorang di kawasan Kuala Lumpur. Jangan risau, aku berjaya pergi solo trip dengan selamat tanpa sebarang kecederaan ataupun kehilangan harta benda. Alhamdulillah.

Menjadi seorang solo traveller merupakan salah satu wishlists. Pengalaman solo trip agak berbeza berbanding travel secara berkumpulan. Menjadi seorang introvert agak sukar kerana ada masanya lebih suka untuk kurang bercakap. Ini normal. Peluang yang mungkin hadir dalam hidup aku sekali seumur hidup membuatkan aku tekad juga nak bersolo trip.

Apabila travel secara berkumpulan, aku tahu akan ada orang yang tanya Tourist Information, akan ada orang yang tolong guide untuk ke tempat yang ingin dilawati. Sindrom "Takpelah ada orang boleh tolong tanyakan, Takpelah ada orang boleh tolong guide" - Normal bagi seorang introvert.

rome

APA KELEBIHAN SOLO TRIP?
1.   Kemahiran Komunikasi
2.   Kemahiran Membaca Peta
3.   Kemahiran Membuat Keputusan yang Tepat dan Pantas 
      (Problem Solving & Creative Solving)
4.   Perhati Budaya dan Adat Orang Tempatan
5.   Masa/Itinerary - Bergantung kepada diri sendiri
6.   You can explore the place - DIY concept
7.   Berjumpa dengan orang, Mendapat Kawan Baru
8.   Keluar dari zon selesa
9.   Meningkatkan tahap keyakinan diri
10. Kenali Diri Sendiri
11. No Drama
12. Kurangkan Tahap Stress
13. "Me Time"
14. Refleksi - Pengalaman
15. Belajar Bergantung pada Diri Sendiri
16. Atasi Ketakutan dan Cabar Rasa Tidak Yakin dalam Diri

APA KEKURANGAN SOLO TRIP?
1. Gambar
2. Bergerak sendirian

27 DECEMBER 2016
Bas ke Prague
Setelah bermalam di Hostel Casa de Musica, dah check-out hostel dan terus menuju ke stesen metro yang berdekatan.

Sesat Cari Jalan
confused lost ryan reynolds where am i?
Selepas menaiki metro, aku turun di stesen dan mencari jalan bernama Konyves Kalman Korut. Memandangkan tidak download offline map di Budapest dan tidak mempunyai sebarang data internet ketika itu (Okay SR, your first mistake ever!), aku membuat keputusan untuk bertanya dengan orang sekitar situ. Dengan menolak luggage bag, aku singgah ke bakeri berdekatan dan bertanya kepada staff itu sekiranya dia tahu tempat yang dituju ini berada di mana. Aku menunjukkan nama tempat yang aku nak pergi. Walau bagaimanapun, pekerja bakeri itu tidak fasih berbahasa Inggeris (Okay prob started to happen). Pada awalnya, dia kelihatan keliru dan menyatakan dia tak tahu pun tempat ini di mana (masa ni dah cuak. Takkan lah tersilap turun stesen kan?). Kagum dengan sikapnya yang ingin menolong walaupun tidak tahu berbahasa Inggeris.

disney confused lost disney animation dumbo

Seorang lelaki berusia 30-an ingin membeli roti di bakeri itu lalu aku memberi laluan kepadanya untuk urusan pembayaran. Staff tersebut bertanya kepada lelaki itu dalam bahasa Hungarian sama ada dia tahu atau tidak Konyves Kalman Korut ini dekat mana. Lelaki itu boleh berbahasa dalam Bahasa Inggeris (Alhamdulillah). Dia menerangkan arah ke tempat tersebut kepada aku. Aku kena keluar dari stesen metro ini dan berjalan terus. Aku pun bergerak keluar dari stesen tersebut dengan harapan adanya sign board untuk ke tempat tersebut. Malangnya, TIADA.

Untuk beberapa ketika, aku berhenti dan berdiri di situ. Masa ini mengharapkan naluri untuk pergi ke arah mana (rasa yakin terus pegi ke jalan yang ada depan mata ini). Pada masa itu, aku disapa oleh lelaki yang membeli roti di bakeri tadi. Dia kata dia boleh tunjukkan jalan kerana sehala ke arah rumah dia. Selepas sampai di satu persimpangan jalan, dia mengucapkan selamat tinggal dan mengharapkan perjalanan travel aku berjalan dengan lancar (masih wujud orang yang baik-baik di dunia ini. Terima kasih Mr. Nice Guy!).

Perjalanan ini diteruskan. Angin bertiup kencang dan kelihatan stadium besar berwarna putih di sebelah kiri. Aku nampak jelas signboard Konyves Kalman Korut. Tetap rasa musykil adakah ini tempat menunggu bas kerana tiada signboard bus pun dekat sini? Contohnya Flixbus akan ada stand yang menunjukkan di situ memang tempat menunggu bas Flixbus. Tak nampak langsung bas Regiojet di mana ketika ini.

Di hadapan, kelihatan tram. Tiada orang yang menunggu di situ. Oleh itu, aku meneruskan perjalanan dengan harapan akan adanya orang pada waktu pagi sebegini. Sepanjang berjalan, tidak nampak langsung bayang orang. Petrol station kelihatan tidak jauh dari tempat berjalan. Bergegas ke sana dengan harapan staff stesen berkenaan boleh tolong cari tempat yang dituju.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.45am dan bas akan berlepas pada pukul 9.30 am. Staff tersebut ternyata tidak faham Bahasa Inggeris dan dia menolong dengan menunjukkan peta (tunjuk arah ke tempat tersebut). Tangan dia menunjukkan yang aku harus berpatah balik dan akan nampak satu bangunan besar (Nepliget Centre). Masa ini memang aku melajukan langkah untuk menuju ke sana kerana jaraknya agak jauh (kena kejar masa). Orang di Budapest ini memang baik-baik. I guess I'm lucky! Bernasib baik kerana mereka ingin menolong walaupun menggunakan pelbagai cara untuk menerangkan arah yang sepatutnya.

Aku meneruskan langkah dengan menyeberangi jalan. Nepliget Centre ini merupakan pusat bas. Masa ini terfikir:

"Okay, sekarang kena cari Regiojet Bus ini dekat mana"

Apabila memasuki perkarangan tempat bas ini, tidak nampak Regiojet Bus. Pemandu bas disapa oleh aku dalam keadaan rushing. Haha! Kalut masa ni kerana nak kejar masa kan. Pemandu bas yang pertama menyatakan dia tidak tahu. Aku pun berjalan dan bertanya kepada pemandu bas yang lain sekiranya dia tahu Regiojet Bus ni dekat mana tempat menunggu.

Akhirnya, dia menyatakan tempat menunggu untuk Regiojet Bus adalah di sebelah sana (kena menyeberangi jalan besar). Huh seriously? Okay, I will go there now. Waktu pada ketika itu 9.10am. Bayangkan lagi 20 minit bas akan berlepas (selalunya mereka ini punctual, kalau kita lambat memang terlepas. ahaha). Jalan raya ketika itu tidak banyak kereta dan dengan melihat kiri dan kanan (tiada kereta), Aku mempercepatkan langkah untuk melintas jalan (tak boleh tunggu sign untuk pejalan kaki bertukar hijau sebab nak kejar bas) - dengan harapan bas tak berlepas!

Yay! Nampak dah Regiojet Bus berwarna kuning itu. Syukur tidak terlepas bas. Haha. Di situ, TIADA sign Regiojet Bus pun. Jadi, ramai yang tidak tahu tempat menunggu Regiojet Bus ini di mana.

Regiojet Bus
Tiket Budapest-Prague : 20 EUR

Aku beli tiket bas di SINILuggage yang kita ingin letak di perut bas akan dikenakan yuran sebanyak 0.5 EUR atau 200 Forint. Regiojet ini memang selesa memandangkan kita akan rasa travel dalam flight. Kenapa aku katakan sedemikian?

Kalau korang ada peluang travel dekat Eropah, WAJIB rasa naik bas ini sekali, kerana:
1. Ada TV!
2. Ada free drinks lagi : Cappuccino, Hot Chocolate, Tea
3. Ada staff bas yang akan layan kita seperti pramugari/pramugara
Feeling dia memang best. Tak pernah excited sangat naik bas sebelum ni. Konsep bas ini seakan-akan AirAsia. Tiket bas yang agak murah tetapi kalau bawa luggage, nak request makanan, nak request minuman yang berbayar (bukan free drinks) : kena bayar extra.

Sekiranya anda lebih selesa menaiki kapal terbang, anda boleh tinjau-tinjau harga tiket penerbangan di SINI.

Kawan Baru
Regiojet Bus - kita akan dapat no. seat kita. Jadi, kita tidak boleh duduk di seat orang lain tau. Aku pun mencari seat no. 14 (suka sangat dengan no. 14 ni - yang rapat dengan aku tahulah kenapa. Hehe). Kelihatan seorang gadis Cina di tempat duduk no. 13. Aku pun menegurnya dan bertanya sekiranya no seat dia ialah no. 13 (padahal dah tau pun sebenarnya). Dia pun cakap ya dan aku pun duduk di sebelahnya. Disebabkan aku ni memang seorang introvert, inilah peluang untuk mengasah bakat berkomunikasi dengan orang lain. Tekaan aku memang benar. Dia berasal dari China dan pergi ke France untuk menjalani program pertukaran pelajar selama setahun (Okay jealous kerana dia ada masa untuk travel ketika musim panas).

Kami bertukar cerita dan pandangan. Ada satu persamaan antara kami berdua:
Female solo traveller - for the first time ever! 
Seronok berkenalan dengan orang yang baru kita kenal dan sekepala dengan kita pula tu. Ini rare! Peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup ini tidak akan kami lepaskan kerana kami tahu apabila pulang ke tanah air, peluang sebegini susah untuk diperoleh kelak.

Hello Prague!
Perjalanan dari Budapest ke Prague memakan masa selama 7 jam. Aku tiba di Prague UAN pada 4.30pm. Ketika itu, suasana sudah gelap. Kena naik bas bernombor 135 (Chodov) untuk sampai ke hostel. Di Prague, penggunaan syiling sangat penting dalam membeli public transportation tickets. Semua dalam bentuk syiling sahaja. Melainkan anda beli tiket di kaunter, anda boleh menggunakan wang kertas.

Pastikan anda sahkan tiket yang anda beli itu. Sekiranya nasib anda tidak baik dan adanya pemeriksaan tiket dan tiket anda tidak validate, anda akan dikenakan denda.

Hostel pilihan - BEST HOSTEL PRAGUE. Hostel ini tidak mahal. Sebagai solo traveler, aku tidak cerewet sangat tentang tempat penginapan.

Tips untuk sesiapa yang ingin menjadi female solo traveler:
1. Pilih hostel - Female Dormitory
Kebanyakan hostel akan senaraikan bilik/dorm apa yang masih available :

Contoh Hostel lain

Best Hostel Prague
Jangan pilih Mixed Dormitory pulak ya. Memang tak akan rasa selesa dan selamat untuk menginap Mixed Dorm. Bagi female solo traveller, pilihlah female dorm. Lebih selamat dan selesa. Mungkin agak pening untuk pilih lokasi hostel yang bersesuaian untuk perempuan. Tidak semua hostel ada female dorm tau. Oleh itu, kita kena lihat dan pilih terlebih dahulu. Nah senarai 10 hostel di Prague, Czech Republic yang menyediakan female dormitory untuk menyenangkan anda yang nak pergi travel di Prague. Boleh klik ruangan di bawah untuk melihat hostel mana yang menjadi pilihan anda dan paling sesuai:
28 DECEMBER 2016
Cari Tempat Dobi
Cuaca yang gelap sejak pagi dan hujan pula, aku membuat keputusan untuk mencari tempat dobi memandangkan di hostel tiada washing machine dan dryer. 

Berjalan di Sekitar 
Keadaan sebegini menyebabkan aku tidak berkunjung ke mana-mana tempat menarik untuk dilawati kerana faktor hujan. Hanya berjalan di sekitar untuk kenali jalan, tempat dan metro yang berdekatan. Hari ini merupakan hari untuk berehat seketika. Esok, aku akan explore Prague!

29 DECEMBER 2016
PRAGUE CASTLE
Tram/metro:
Naik Tram no. 22 dan turun di stop Prazsky Hrad. Setelah selesai melawat Prague Castle, turun menggunakan tangga (old castle stairs) ke Stesen Metro Malostranska.



Prague Castle ini antara tempat yang memang WAJIB pergi. Ha, kalau tak pergi RUGI. Di sini terdapat beberapa tempat yang boleh dilawati seperti Old Royal Palace, St. Vitus Cathedral, St. George Basilica, Golden Lane dan lain-lain.

St. Vitus Cathedral







St. George Basilica



St. George Basilica tidak seperti Basilica yang dijumpai di tempat lain (Paris, Budapest) kerana dari luar, bangunan ini kelihatan kecil. Apa yang mengagumkan di sini adalah betapa klasiknya bahagian dalam Basilica ini. Nampak klasik gitu.

Golden Lane
Inilah jalan ke arah Golden Lane!


Golden Lane ini merupakan satu jalan yang agak lama di dalam perkarangan kawasan Prague Castle. Golden Lane ini sudah wujud sejak abad ke-15. Sebelum ini, Golden Lane terkenal dengan nama Goldsmith's Lane ekoran banyak tukang emas (Goldsmiths) yang tinggal di kawasan ini.

Golden Lane ini mengingatkan aku kepada sebuah K-Drama - Goblin. Ha siapa tengok cerita tu say yes! Nampak kan pintu-pintu di dalam gambar atas ini? Di setiap pintu tersebut, adanya kedai-kedai yang menjual patung tradisional, cenderahati, porcelains dan sebagainya. Kebanyakan pintu tersebut adalah lebih rendah dari pintu yang saiz biasa, jadi kenalah tunduk sedikit untuk memasuki kedai tersebut.

Old Royal Palace
Inilah suasana kabus di hadapan Old Royal Palace! Memang masa ni sejuk!


Gambar di atas ini ialah Vladislav Hall. Di dewan inilah berlangsungnya acara berunsurkan politik seperti pilihan raya. Ia dibina pada tahun 1500 dan merupakan dewan terbesar di Prague. Dewan ini dinamakan sempena pembinanya iaitu Raja Vladislav Jagiello.


Turun guna tangga ini untuk ke stesen metro yang berdekatan

TIPS : Jangan beli souvenirs dekat sini. Harga memang mahal sangat berbanding di tempat yang aku beli (sama ada di Old Town Square atau berhampiran dengan kawasan sekitar Charles Bridge)

30 DECEMBER 2016
Charles Bridge

Untuk menuju ke arah Charles Bridge, ada 2 laluan utama. Aku suka mengikuti laluan sini dan pergi ke arah hadapan.

Charles Bridge ini dikatakan antara peninggalan UNESCO dan terdapat 'Baroque statues' di sini. Ada 30 secara keseluruhan.

Tram/metro ke Charles Bridge:
Malostranske namesti (tram) - tram 12, 20, 22
Karlovy lazne (tram) - tram 17,18
Staromestka (metro)


Charles Bridge ini sangatlah lawa pemandangannya ketika petang dan senja. Let the pictures speak for themselves!

TIPS: Pastikan anda ada banyak syiling untuk beli tiket dekat mesin tiket. Sekiranya anda tidak mempunyai banyak syiling, boleh beli di convenient store kerana sesetengahnya ada menjual tiket public transportation ini.




John Lennon's Wall
Berjalan ke arah John Lennon's Wall



If You Lover, If You Hater, If You Troublemaker, We Love You Anyway



Old Town Square




Old Town Astronomical Clock
Tidak berkesempatan untuk naik menara ini kerana ramai sangat orang beratur untuk naik. Tak sanggup nak tunggu kerana banyak tempat lain lagi yang ingin dilawati. Inilah astronomical clock. Unik kan jam ni? :)

Nak tahu lebih info tentang Astronomical Clock ini? Boleh refer link di SINI


Cari souvenirs
Selepas berkunjung ke OldTown Square, aku memasuki satu kawasan secara tidak sengaja. Di kawasan ini, kelihatan peniaga-peniaga menjual cenderahati seperti poskad, keychain, fridge magnet dan etc.

Cenderahati di kawasan Prague Castle agak mahal. Bottle opener (fridge magnet) berharga 120 CZK. Aku tidak membeli cenderahati di Prague Castle dengan merasakan mungkin aku boleh beli dengan harga yang lebih murah di tempat lain.

Di kawasan yang aku tersesat tanpa sengaja ini, aku pun berlegar-legar di kawasan sekeliling untuk survey items apa yang best untuk dijadikan sebagai hadiah. Orang perempuan kan memang suka bab membeli ni kan. Hehe. Jadi, aku survey harga sekali.

Rata-rata gerai menjual items yang sama. Satu gerai ini yang dimiliki oleh seorang nenek - barang yang dijual ternyata lebih murah. Bayangkanlah bottle opener (fridge magnet) itu dijual pada harga 40CZK padahal di tempat lain dijual pada harga 80CZK, 100 CZK bahkan 120CZK.

Apabila anda pergi travel, bijaklah membuat keputusan membeli items untuk cenderahati. Kena pandai survey harga sebelum membeli kerana peniaga-peniaga kebanyakannya meletakkan harga barang pada kadar yang lebih tinggi dari biasa kerana tahu pengunjung akan beli dari mereka.

Mailsi Restaurant (Pakistani Food)
Selepas puas berjalan sana sini, aku menuju ke arah tempat menunggu tram. Sudah beberapa hari tidak menjamah nasi, perut pun rasa lain macam. Haha (Melayu sangat kan nak buat macam mana?). Tram yang akan dinaiki ini akan menuju ke kawasan yang terletak di luar bandar Prague. Aku akan berkunjung ke Mailsi Restaurant untuk makan malam.

Aku tahu tentang kewujudan restoran ini apabila google tentang halal restaurants in Prague. Walaupun harga makanannya sedikit mahal, aku rasa berbaloi untuk self-reward diri korang dekat sini. Korang dah belajar/kerja penat-penat tak salah rasanya nak merasa makan di tempat sebegini. Sekali sekala tak apa ;)

Jangan fikir bukan-bukan bila nampak botol tu. Botol tu air Sprite tau. Haha jangan salah anggap pula. Aku ingin berkongsi walaupun restoran ini halal, restoran ini tetap menyediakan alcoholic drinks kepada pelanggan-pelanggan. Kerana apa? Bukan semua pengunjung itu beragama Islam. Jangan terkejut kalau ternampak orang tempatan pun suka makan di sini.

Aku order Chicken Biryani dengan Papadom. Seperti mana di dalam gambar atas ini, hidangan yang diorder akan diletakkan di atas pemanas (supaya makanan kekal panas).


Korang jangan minta password wifi tau. Kerana password wifi ada dalam MENU. Haha. Pandai betul owner ni. Kerana aku meminta password wifi dan dia berkata:

Oh wifi password? It's in the menu ;)
Inilah perasaan bila jumpa nasi depan mata. Nikmat tak terkata. Travelling memang mengajar erti bersyukur dengan nikmat yang ada. Feeling habis masa makan ni. Bila korang pergi travel ke Eropah, you guys will truly understand. Hee.


Till we meet again dear Prague!

DAH BACA KE? : JOM JEJAK ZAGREB!

PESANAN PENULIS:
Aku telah kongsikan sebab, kelebihan, kekurangan dan satu tips untuk solo trip pada entri kali ini. Tips-tips lain untuk menjayakan first solo trip akan dicoretkan pada entri seterusnya.

18 comments:

  1. Cantik2 nya gegambar kat sini. Memang tak pernah solo traveller. Tak berani. Kalau nak travel jauh sikit lebih selesa travel dengan family sebab hati lebih tenang. Dah kahwin kan...kang teringat anak je...saya belum jejak lagi area sini. Bangunan sini sangat cantik la.

    ReplyDelete
  2. I terasa nak pergi solo trip jugak now.. prague is a unique place to visit... great to travel in such a lovely place..

    ReplyDelete
  3. bestnya kamu! teringin nak tahu depan2 macam mana pengalaman. tak pernah fikir nak ke prague. hehehe suka lak baca pengalanman gegirl travel alone. by the way nz ada x

    ReplyDelete
  4. seronoknya jenjalan sendiri...akk tak mungkin lah dapat pegi sendiri...takut giler sebab kat tempat orang kan...tahniah dik....suka tengok semangat dan keberanian adik

    ReplyDelete
  5. 1st komen, kagum!!!
    2nd komen, berani nyer! :)
    as for aida, tak rasa kot akan buat solo trip ke tempat org.
    within semenanjung malaysia pun tak brape berani, ni kan plak jauh nun, SR.
    dpt berdua dgn mr.asben pun jadik la. tu pun confirm kami amik tourist guide sorang.

    ReplyDelete
  6. Wow what a lovely place prague is. Have you had any problem with language? Any language barrier? Looks so much fun travelling alone no drama

    ReplyDelete
  7. pergh terbaikla pergi solo travel..nad tak berani lagi nak pergi solo ni..sebab perasaan takut tu sentiasa ada..cantik tempat dia..bgus dapat kawan baru, dapat belajar sesuatu bila solo travel ni erk

    ReplyDelete
  8. Wow..kagum akak baca kisah awak Shaza..berani betul erk.akak pun x seberani awak..setakat dekat2 ok la..heehehe...but sekali dlm seumur hidup perlu rasanya buat solo traveller ni...at least pengalaman kan

    ReplyDelete
  9. Wah jelesnya. Sampai habis saya baca sebab nk tengok tips dan full itenerary ke CR. Mana taw one day kesana kan. Mmg kene masuk dlm wishlist ni.hehehe

    ReplyDelete
  10. Wahhh beraninya travel solo, terbaiklah. Sis memang idoklah kalau nak travel sendiri ni, kat airport je..lom sampai lagi sis dah menangis..hehehe, serius memang takut gila kalau sensorg

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat pergi tempat yang orang jarang nak pergi tapi ramai mahu pergi cuma tak berkemampuan jer hehehe tempat sejuk menarik tapi kita pernah tengok tempat ni dalam tv program apa entah sama hehehe best...

    ReplyDelete

  12. Syaza berani la travel sensorg.. AM travel dlm negara pun bersama close friends.. pengembaraan jadi penuh warna dan meriah.. bila sahabat satu aliran satu kepala, segalanya jadi mudah & semangat utk mengukir sebuah kenangan terindah.. mmg cantik tmpt yg syaza pegi.. insyaAllah, AM akan singgah bersama sahabat2 AM

    ReplyDelete
  13. Nak juga beranikan diri travel solo tapi belum berani lagi. Masih taj kuat & perlukan kawan travel . Thanks kongsi tips travel solo .Bestnya dapat travel & melawat negara orang kan .

    ReplyDelete
  14. Emi teringin sangat2 nak travel solo. Tapi family tak bagi haha. So redha jela ke mana2 dengan kawan2, lebih selamat katanya.

    ReplyDelete
  15. Detail penceritaan ini boleh dijadikan rujukan pd masa akan datang. Banyak tempat lawati banyak pengalaman yang dikutip

    ReplyDelete
  16. Solo trip ? wow ! berani betul yer. pernah jugak solo trip dulu ke New York. Yes memang setuju, kekurangan solo trip nie bab bergambar. takde sape nak ambikkan gambar. i mean ada, just, malas nak mintak banyak kali tlg ambilkan gambar. hahaha.

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dapat jejak kaki kat Prague. Solo traveller pulak tu, salute la. Saya ni tak tau la bila dapat jejak kaki ke sana. InsyaAllah kalau ada rezeki memang teringin nak sampai ke benua eropah ni.

    ReplyDelete
  18. Wah..so amazinggg prague ni! Entah bila la boleh sampai ke sini kannnn...

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.