5 Fakta Yang Orang Tak Tahu Tentang SR


1. Noob HTML/Coding/Blogging!

Blog ini terhasil dengan kegigihan SR menelaah ilmu melalui Mr. Google. 2 minggu bersengkang mata tidoq lambat! Huhu. Aplikasi percuma dimanfaatkan sepenuhnya cuma banyak masa perlu diluangkan untuk mencuba sampai dapat!

How I wished I could learn HTML/C++ earlier! :(
Aku pernah cuba buat blog menggunakan wordpress. Wordpress sememangnya lebih SEO friendly tetapi layout blog percuma untuk wordpress agak kurang. Jadi, selepas beberapa pertimbangan dilakukan, blogger menjadi pilihan aku untuk meneruskan minat berblogging ni. Yang newbie tu tak payah pening-pening nak pilih platform blog yang mana satu. Cuba dulu menggunakan blogspot (blogger). Pasti jatuh cinta. Eh!

Kepada yang nak nampak blog lebih official, boleh cuba gunakan khidmat NetKL memang murah dan berbaloi. Tak payah susah-susah beli domain baru (selain blogspot) kerana agak teknikal. Sekiranya anda ada pengalaman dalam menggunakan blog secara menyeluruh pasti anda tiada masalah. Tapiii jika anda seperti aku yang masih merangkak dan masih lagi belajar mengenai blog, tak payah susah-susah nanti nak set up blog dah makan masa dan mood anda untuk menulis mungkin terganggu dan akhirnya anda dah tak nak berblogging. Kan rugi kalau macam tu.

Walau bagaimanapun, minat yang mendalam terhadap bidang penulisan dan blog membuatkan aku tidak putus asa untuk mencuba. Agak terkilan pada awalnya untuk adjust bahagian html blog layout. Terkial-kial mencari dekat mana nak adjust. Aku mencari panduan untuk memasang layout yang betul. Aku ini sejenis spesis yang nak nampak elok. Kalau elok di mata aku, inshaaAllah elok di mata orang. Tengok point no. 2!


2. Perfectionist (The perfect imperfections!)

Perfectionist - satu perkataan yang memang kena dengan diri aku. Walaupun aku ini dikategorikan sebagai perfectionist (dalam menghasilkan sesuatu kerja) tetapi aku kurang tersusun. Apabila dah tahu susah untuk menyusun atur kerja sedia ada, aku menggunakan reminder dan jadual. Oh ya perfectionist tapi aku kekadang pelupa. Haha!

Menjadi seorang perfectionist dalam kerja ada masanya kerja yang aku perlu siapkan memakan masa lebih sedikit. Menjadi seorang perfectionist adakalanya aku boleh jadi rajin sangat dan ada masa yang lainnya aku ada mood malas. Agak sukar untuk aku konsisten dalam menulis. Sekarang masa aku terbahagi kepada kerja full time, blog dan belajar GMAT.

Menyedari hakikat aku yang menginginkan sesuatu yang agak sempurna, aku sedar yang bukan semua yang kita impikan kita boleh dapat. Aku seorang perfectionist yang bersifat kinestetik. Kind of sad actually. Kalau ada orang yang lebih bersifat audio atau visual, aku kinestetik. Maksudnya aku kena ulang beberapa kali untuk faham sesuatu. To be honest, masa zaman sekolah dulu aku rasa aku agak slow pada awalnya. Aku dah tahu kelemahan aku dan itu tidak menjadikan alasan untuk aku tak boleh berjaya dalam hidup. Because of that, you need to know your weakness guys. Semua orang ada.

3. I love spicy foods (emm I love food actually!)

I love food. All food. Spicy foods. hahaha! Ini serius. Sekiranya ada yang nak SR buat food review, boleh lah ajak makan secara percuma dan SR akan bagi honest review. I really love to eat. That's why la aku ni berisi orangnya.

Aku dapat invitation dari Pak John (IOI Mall) untuk food review pada 20 Oktober ini. Woohoo! Tak sabar rasanya. Boleh luangkan masa dengan kawan-kawan sekali pada hujung minggu.


4. Fall in love with writing

“Do not wait; the time will never be ‘just right.’ Start where you stand, and work with whatever tools you may have at your command, and better tools will be found as you go along.” —George Herbert
Secara jujurnya, minat menulis ini timbul secara tidak sedar. Diimbas kembali masa lalu. Oh rupanya aku ada bakat dalam menulis. Mungkin bukan sebagai seorang sasterawan (aku bukan budak sastera), tetapi aku boleh menulis. Aku yakin semua orang boleh menulis. Tetapi berapa banyak hasil nukilan yang berjaya menambat hati, yang berjaya meninggalkan impak di benak fikiran? Aku lebih suka nukilan bersifat santai. Penulisan bersifat fakta mahupun tekstual bukan forte aku. Aku suka membaca. Tidak kisah la genre jenis apa. Makin banyak membaca makin banyak aliran idea yang muncul.




5. A Gamer

Zaman aku kanak-kanak dulu, sekiranya budak perempuan bermain video game memang rare. Kebanyakannya suka bermain anak patung. Tapi aku pula lain ceritanya. Aku teringat ketika berumur 11 tahun (darjah 5) aku meminta abah membelikan aku PS One (yang paling tak mahal lah masa tu). Melalui video game, daya kreativiti aku makin bertambah. Selalunya aku bermain video game tanpa membaca sebarang cheat sheet lah. Main pakai redah je. 

Terdapat 1 game yang tak dapat dilupakan sampai sekarang kerana aku pernah main game ni sampai ke subuh guys! Aku tak tidur. hahahhahahaa! 

Game ini memang best gila! Harvest moon: Back to Nature ni mengajar aku cara buat duit dengan tanaman dan binatang ternakan yang ada seperti lembu, biri-biri dan ayam. Setiap pukul 5pm, setiap barang yang diletakkan dalam bin akan ditukarkan kepada duit! Game ni membuatkan kau boleh berangan menjadi kaya. Kalau kau rajin, banyaklah duit kau. Sekiranya tiada barang yang boleh ditawarkan, tiada duit lah untuk hari tersebut.


Fuh inilah 5 fakta yang anda tak tahu sebelum ini tentang SR! Hee. Teruskan membaca blog ini untuk entri-entri yang lebih menarik!

8 comments:

  1. Samaa! Suka main game harvest macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh really? kita boleh geng! Serious memang legend game harvest moon ni. sampai skrg still teringat! kih3

      Delete
  2. Banyak sebenarnya theme free untuk Wordpress, kalau kat repo WordPress tu biasanya pun free, tapi ada pilihan utk pro version juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab sy xbiasa sgt dengan features wordpress. Sebab tu sy prefer blogger. hehe

      Delete
  3. Suka sangat menulis juga membuatkan saya ada 3 blog hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh 3 blog tuuu. Saya yang satu blog ni pun tak berapa mampu nak update sepanjang masa. hahahaa. Tabik!

      Delete
  4. Suka gaya penulisan SR bersahaja menulis dari hati bak kata orang.
    Samalah kita noob HTML fobia pun ya jugak.
    Baca tentang fakta SR ni Mrs. A pun teringat pasal game tu memang suka sangat berkebun dalam harvest moon dulu hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Mrs A, kita boleh geng. Noob html sebab mmg xbelajar pun pasal ni masa dekat universiti. Jadi godek2 lah sendiri cerita dia. ahhahaa.

      Delete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.