BUAT DUIT ONLINE : EDISI BETA TESTER

zine.my, buat duit online, buat duit dengan menulis

Keputusan telah dibuat : Aku ingin aktif menulis blog semula. Aku mula berblogging secara serius sejak 2016 (blog ini blog baru. Jadi semua entri blog sebelum ini sudah ditransfer ke dalam blog ini).

Bermula dengan idea untuk berkongsi pengalaman program ERASMUS+ di Kozminski University, Poland kepada pelajar UniKL Business School, minat menulis kian bertambah. Persoalan yang muncul di fikiran ketika ingin bergiat aktif semula dalam bidang blogging:
Aku ni baru nak berkecimpung semula dalam dunia penulisan. Dah terlambat ke aku nak bermula walhal orang lain sudah bertahun menulis di blog?
Wujud ke platform penulisan untuk 'the rising writers' yang masih mencari-cari tapak untuk membina personal branding?

Untuk orang yang masih bertatih dalam dunia penulisan seperti aku, ternyata cukup sukar untuk mencari platform penulisan yang sesuai. Ramai orang akan memilih bloggers yang berpengalaman dan mempunyai followers yang ramai sebagai pilihan.

Jadi, apakah nasib untuk orang seperti aku?

Kebetulan aku memasuki FB groups yang berkaitan dengan dunia blogging. Ternampak post sebegini:

Salam sahabat blogger sekalian.

Saya sedang mencari 10 orang blogger dalam group ini yang berminat dan sukarela untuk mencuba, menjadi beta tester, dan pengguna terawal sebuah platform penulisan baharu (Fasa BETA) di Malaysia.

Siapa yang nak cuba platform penulisan ini, dan jadikan salah satu side income sangat kami alu-alukan untuk cuba.

Siapa yang berminat, boleh tinggalkan link blog masing-masing di bawah.

Nanti saya akan PM details kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Terima kasih.

Nota tambahan : Supportlah produk Malaysia

Aku paling tertarik dengan frasa 'BETA TESTER' tu sebenarnya. Blog link aku tinggalkan di ruangan komen dengan harapan aku boleh sertai platform tersebut. Akhirnya, aku dimaklumkan secara lebih terperinci mengenai projek beta tester ini.


My instant response: Menarik! Satu platform yang boleh digunakan untuk bina portfolio dan personal branding. Ini mungkin peluang yang 'melintas' di depan mata SEKALI sahaja. Teringat masa belajar dulu ada pensyarah yang menyatakan sekiranya kamu ingin berjaya, carilah peluang. Carilah peluang di mana masih ramai yang tidak nampak the benefit of it.

Aku kongsikan serba sedikit info mengenai Zine.my (Kredit : Tuan Arieffahmi Abd Razak, Co-Founder Zine.my).

APA ITU ZINE.MY?

Zine.my adalah platform penulisan digital yang menerima public submission. Platform ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang minat menulis (tidak kisah sekiranya anda merupakan seorang blogger, penulis, atau baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan). Zine.my ada banyak pilihan niche penulisan untuk dipilih. Anda boleh hantar dan siarkan karya asli dan fresh di platform Zine. 100% credit karya tersebut adalah MILIK ANDA.

Penulis asal juga akan mendapat revenue share hasil dari artikel yang dikongsi. Satu lagi konsep dan model “Reward” yang Zine cuba kehadapankan.

Sebab itu antara target early user Zine.my adalah "rising writers" yang masih mencari-cari platform yang bagus untuk menulis selain hanya di media sosial. Anda ada idea dan karya sendiri. Melainkan mereka sudah ada blog sendiri, lagi bagus. Bahkan jika menjadi guest writer di Zine boleh memberi impak yang positif kepada perkembangan blog sedia ada mereka. Sebab itu juga saya galakkan penulis-penulis di Facebook untuk cuba berjinak-jinak pula dengan Zine.my ini.

Siapa nak mencuba dan menjadi user terawal aka beta-tester, boleh la terus sign up. Sama-sama bantu kami untuk dapatkan lebih banyak feedback dan data agar kami dapat tambah baik lagi platform ini.

CARA MENDAFTAR DI ZINE.MY

1. Berminat untuk terbitkan karya anda di Zine.my? Daftar di sini : DAFTAR PERCUMA ZINE.MY
2. Dua cara untuk mendaftar: Sama ada daftar menggunakan akaun FB atau Email.
Anda digalakkan untuk mendaftar menggunakan email. Lebih selamat berbanding mendaftar menggunakan akaun FB.

Tips:
Ramai yang mempunyai masalah ini ketika ingin mendaftar. Masalah dengan akaun tidak dapat didaftarkan kerana isu username.

Jangan letakkan underscore dalam username anda. Mari lihat contoh tersebut:

Cara yang salah : syaza_redzuu
Cara yang BETUL: syazaredzuu

Pastikan tiada jarak antara nama okay!

Isikan details yang diperlukan. Di bahagian Profile Details, anda tidak perlu mengisi apa-apa untuk short description dan long description sekiranya tidak pasti apa yang ingin ditulis di ruangan tersebut (boleh diisi kemudian jangan risau!).

zine.my, buat duit online, buat duit dengan menulis

3. Setelah anda submit permohonan, anda akan dapat notifikasi yang anda kini boleh login terus dekat zine.my. Maka, anda boleh terus rangka artikel jenis macam mana yang anda ingin coretkan.

NICHE APA YANG ADA DEKAT ZINE.MY?

1. Cerpen
2. Sajak
3. Sejarah
4. Tokoh
5. Fiksyen
6. Cinta
7. Coretan
8. Dunia Islam
9. Lawak 
10. Seram
11. Review
12. Berita
13. Buzzster
14. Travel
15. Bolatribe
16. Islamik
17. Trendniaga
18. Komik
19. Gadget
20. Hiburan
21. Wanita
22. Makanhunter
23. Penulisan
24. Resepi
25. Fesyen
26. Dekorasi
27. Automoto
28. Esport
29. Medik
30. Hartanah
31. Agro
32. Outsider
33. Forex

Ada lebih kurang 33 niche penulisan untuk anda pilih! Banyak tu kan? Ada niche yang anda yakin anda boleh hasilkan artikel dengan baik? Teruskan pembacaan sampai habis ya.

DAH PILIH NICHE, SO WHAT'S NEXT?

Untuk bloggers yang suka menulis panjang lebar macam aku ni. Pilihlah format Story. Hehe.
Secara keseluruhannya ada 13 jenis format artikel yang boleh digunakan (please feel free to explore). Sila lihat senarai di bawah:

1. Open List 
Orang lain boleh tambah list submission
2. Embed
Embed post dan content dari mana-mana platform lain
3. Classic List (Senarai Biasa)
4. Ranked List
Orang lain boleh tambah list dan boleh upvote serta downvote list. Kedudukan list akan berubah mengikut undian
5. Story
Format umum digunakan oleh blog biasa
6. Image
7. Gallery
8. Trivia
9. Hot or Not
10. Personality Quiz
11. Poll
12. Versus
13. Meme

Untuk first time user
Anda digalakkan untuk mencuba format ini terlebih dahulu:
1. Story
2. List (Classic/Open/Ranked)
3. Embed

Banyak lagi features menarik dekat Zine.my ini!
Hint: Leadership Board and Badges!

Nak explore lebih lanjut? Sertai ZINE.MY sekarang!
Jangan risau ada FB Support group lagi - dapat guide dari co-founder sendiri!

Inilah peluang rezeki kepada semua orang terutamanya fresh graduates yang masih tidak mendapat kerja. Cubalah explore dunia baru - Jana pendapatan sampingan dengan menulis. If you have passion in writing, this platform is the right one for you to explore.

Jom support lokal-lah!

Terima kasih kepada Tuan Arieffahmi Abd Razak, Co-Founder Zine.my kerana telah menyediakan satu platform untuk penulis yang baru nak up macam saya melebarkan sayap dalam dunia penulisan!

24 comments:

  1. Menarik dan berminat
    www.umifuzy.com / email : gee.hamid@gmail.com

    ReplyDelete
  2. bagus aps ni untuk tambahkan ilmu ek, mesti nak kena join gak lah

    ReplyDelete
  3. wah macam best ni, aplikasi untuk bookworms ni, nampak macam boleh upload cerpen kita kan dalam tu ? macam menarik je nanti dak download le.. nak explore hehhe

    ReplyDelete
  4. interesting to know about this. Good that you shared here as I don't know until you shared, wanna tell my friends now !

    ReplyDelete
  5. apps ni nampak macam best la...bleh baca lebih lanjut lepas ni..mana tau boleh join..siyes x pernah tau sblom ni..thanks sharing

    ReplyDelete
  6. wah bagusnya ada laman web macam ni. dulu sesiapa yang berkongsi penulisan novel atau apa sahaja artikel pasti risau nak publish. sebab risau ada peniru dan copyright hak penulis tidak dijaga. Sekarang, anda boleh menulis dan menjana pendapatan. tidak perlu dah bersusah nak submit hard copy kepada editor buku. Editor buku pun bleh masuk zine.my untuk mencari penulisan yang sesuai untuk dibukukan juga. Bagus!

    ReplyDelete
  7. Oh macam menarik lah Zine.my ni, teringin nak tau lebih lanjut tentang payment etc tu. Nanti nk tgk2 lah website mereka. Bagus juga ada platform mcm ni, siap ada guide tu yg bagus sbb kdg2 kita tak sure kat tgh jln kan heheh.

    ReplyDelete
  8. Zine.my salah satu flotform yang bisa direkomendasikan nih kpd teman teman di Malay. Nampak best lah nih aplikasinya. Semoga teman2 banyak memperoleh kemudahan setelah bergabunh dengan Zine.my nih

    ReplyDelete
  9. It's great to earn money online... without going out money can just pump in.. hahahaha~~ HOpe the tester edition runs smooth and everyone hv a chance to try it out.. and earn money online..

    ReplyDelete
  10. Kita baru dengar pasal Zine.my ni memang beri peluang untuk orang yang ada bakat dan keistimewaan untuk menulis tapi tak ada peluang dan ini sangat membantu jadi tak ada alasan untuk cari duit kalau kita rajin cuma kena usaha sikit jer iaitu mendaftar dengan Zine.my ni good..

    ReplyDelete
  11. Wah.... Menarik! Sesuatu yang baru Nina baru tahu. Bagus apps ni membantu penulis dan membuka peluang tambah income.

    ReplyDelete
  12. good idea~ is good platform for writers to share each other stories. I am wondering if can share blog content to this platform too? Thanks.

    ReplyDelete
  13. First time dengar mengenai Zine.my ni. Menarik juga terutama mereka yang ingin mencungkil bakat dalam bidang penulisan secara tak langsung boleh jadi side income

    ReplyDelete
  14. baru pertama kali dengar platform nie. ibarat mcm blogspot dan kita menjadi guest writer mcm tu. senang lah bila dah letakkan niche mcm tu. kira menulis ikut topik apa yg kita minati

    ReplyDelete
  15. Menarik betul. Ada juga ya platform macam ni. Yang best tu leh jana income. Yalah berbaloilah kan kalau nak cuba. Nnti nk try redearch lg la pasal ni

    ReplyDelete
  16. Bafus ada media mcm ni utk org yang nek menulis. Luez ni xla pandai sgt tapi beeminat untuk cuba.. xsalah nak cuba sebab tak rugi kan .. mrsliez82@gmail.com

    ReplyDelete
  17. menarik bila baca. nanti da daftar la. nak tgk dulu. kaji dulu.
    aida suka menulis. tulisan yg santai-santai saje.
    niche tu terbuka luas, byk pilihan. mcm best.
    adianiez@yahoo.com / www.adianiez.com

    ReplyDelete
  18. Menarik jugak apps ni ya. Nampak gaya kena study lebih lanjut lagi kat laman website dia, Nanti free-free sis terjah, minat jugak lah bab jana pendapat secara online tu

    ReplyDelete
  19. Menarik lah. Berminat nak join tapi risau tak boleh bagi komitmen.ahaks

    Jemput singgah GoShareLah SushiVid | Buat Duit Online Cuma dengan Copy-Paste Saja.

    ReplyDelete
  20. Menarik ni. Tp ejulz msh lemah dlm penulisan.. msh bertatih.. hehe

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #45

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  22. wow wow wow apa ni???

    oh ray dah follow sni tau ^^
    #50

    ReplyDelete
  23. sha bru dgr psl platform ni..boleh ja klu nak try kan

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.