4 TIPS BERJAYA : KISAH BUDAK JUTAWAN THAILAND

Sedang aku sibuk menghadap laptop untuk memikirkan idea menulis, aku tengok adik aku ralit memakan snek. Snek warna hijau gelap? Nipis? Dia makan seaweed snack. Aku pandang packaging dari luar nampak comel packaging snack tu. TaoKaeNoi (nama Thai ni).





Jenama tu memang ada dekat mana-mana terutamanya dekat 7E. Sambil-sambil melihat facebook (dengan harapan ada lah sesuatu yang menarik untuk aku coretkan nanti dalam blog), aku ternampak ada yang shared video (film) dekat wall mereka.

Tajuk: The Billionaire


Tengok tajuk. 
Cerita pasal jutawan ni. Menarik mungkin.
Permulaan cerita berkisarkan seorang budak lelaki, Top (jangan bayangkan Top dari kumpulan Big Bang tu eh!) berada di Thailand. Top ini dikategorikan sebagai budak below average (kurang pandai) tapi apa yang aku lihat dia ada satu kelebihan yang mungkin bukan semua budak pandai ada.

BUSINESS MINDSET 
Pada ketika itu, game seperti DOTA2 baru bermula. Top mula menjana pendapatan dengan berjual beli (game items) di laman web tersebut. Ya, memang duit dia banyak! Dia dah mula fikir dah:

AKU BOLEH KAYA SAMPAI BILA-BILA MELALUI GAME NI. TAK PAYAH PERGI KELAS. TAK PAYAH LULUS SEKOLAH PUN 
Malang tidak berbau, suatu hari kesemua ID akaun permainannya di'BAN'. Langsung tidak boleh login semula ke dalam game. Maka, berakhirlah zaman kegemilangannya mendapat pendapatan online.

Long story short:
Pameran rekacipta dihadiri oleh Top. Sambil berjalan melihat apa-apa yang menarik di situ, matanya terpandang sebuah ciptaan yang baginya.

Oh, this is it!
Model ciptaan tersebut ialah sebuah mesin untuk membakar buah berangan (memudahkan proses penjualan buah berangan). Tanpa berfikir panjang, mesin tersebut dibelinya untuk memulakan perniagaan buah berangan.

Apa yang aku belajar dari TOP:

1. Belajar dari pemerhatian


Pada awalnya, buah berangan yang dia buat tidak menjadi seperti yang diharapkan. Oleh itu, dia akan mencuri masa untuk meninjau gerai-gerai yang menjual buah berangan. Setiap gerai ada tips rahsia yang digunakan untuk memastikan buah berangan yang dibuat itu enak dan lain dari yang lain.

Setelah kesemua tips rahsia melalui pemerhatian itu diperoleh, dia praktikkan terus apa yang dia nampak dengan harapan terhasillah buah berangan yang sedap setanding rasanya seperti di ChinaTown!

Miracles happen when you believe. Setelah banyak kali percubaan gagal, kali ini dia berjaya! Maka, langkah seterusnya adalah untuk dirikan gerai di pusat membeli-belah (untuk dapatkan lebih ramai pelanggan).

Segalanya berjalan dengan lancar pada awalnya. Namun, Top tidak memikirkan bahawa asap hitam terhasil dari pembakaran buah berangan tersebut telah menjejaskan siling pusat membeli-belah tersebut. Setelah diberi amaran oleh pihak pengurusan, TOP dihalau dan diminta untuk menghentikan perkhidmatan di situ dan seluruh cawangannya yang lain.

Senang cerita kalau basic kau zero, carilah orang yang berilmu untuk kau belajar. Cuba dengan banyakkan membaca, join kelas online dan banyak lagi platform lain untuk upgrade ilmu.

Sekiranya kau ingin menjadi seorang blogger/penulis, boleh baca RAHSIA PENULIS untuk dapat feel macam mana dapatkan side income RM1000 sebulan.

2. Berani ambil risiko


“The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.” —Eleanor Roosevelt
Setelah perniagaan keduanya gagal, Top masih lagi ligat untuk meneruskan perniagaan cuma dia masih belum memikirkan perniagaan apa yang sesuai untuknya. Idea untuk menjual rumpai laut goreng (fried seaweed) menjadi pilihan ketika dia berjumpa dengan teman wanitanya (ketika itu teman wanitanya sedang makan fried seaweed).

Dengan hasil simpanan yang kian berkurang, Top memikirkan solusi terakhir untuk menjadi usahawan. Sekiranya idea perniagaan ini gagal, maka dia terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke China.

Bukan senang nak senang. Modal yang digunakan untuk membeli rumpai laut dihabiskan dengan begitu banyak. Setiap percubaan untuk menggoreng rumpai laut gagal. Rasa rumpai laut tersebut terasa pahit sekali.

Pada suatu hari, Top dapat menjumpai teknik menggoreng rumpai laut yang betul untuk hasilkan rasa yang sedap untuk dimakan. Maka, dia berseronok dah waktu ini. Dah berfikiran mahu menjana 1 juta setahun (pemikiran ahli perniagaan sungguh!).


3. Berfikiran di luar kotak

Cara kita berfikir dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan. Orang Asia lebih menekankan hal pendidikan. Stigma masyarakat menganggap sekiranya anak-anak gagal dalam peperiksaan maka mereka tidak akan berjaya dalam hidup.

Berbeza dengan orang Barat, aku bukan bersikap bias tetapi kita mestilah memandang jauh ke depan. Gagal dalam peperiksaan bukan bermakna kita gagal dalam semua bidang kan? Bukan setiap orang dikurniakan IQ yang tinggi. Mungkin dia kurang bijak dalam pelajaran tetapi mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi dan perniagaan.

Top pula seorang yang selalu berfikiran di luar kotak. Baginya, selagi peluang tersebut boleh di'convert'kan kepada cash. Why not? Bagi dia kenapa perlu menjadi seorang biasa-biasa seperti kebanyakan orang walhal dia boleh berjaya dengan caranya sendiri.

4. Just Do It!

Inilah tips yang bukan semua orang mampu buat. Kadang timbul rasa takut dalam hati:

Eh! Aku mampu ke?
Macam mana kalau aku tak boleh konsisten?
Tapi aku tak tahu cara nak berniaga
Nanti takde support dari orang lain macam mana?
Kita terlalu memikirkan orang lain sampaikan progress diri kita pun terabai. Nasihat terbaik yang aku boleh berikan ialah pedulikan kata-kata orang yang cuba menjatuhkan kita. Yang penting, cuba cari apa yang kau minat dan jadikan minat itu sebagai pendapatan sampingan mahupun tetap.

Kalau kau minat menulis seperti aku, cuba baca ni dulu : RAHSIA SEORANG PENULIS

Baca, Hadam dan Take Action!

Filem ini diadaptasi dari kisah sebenar.  Boleh lihat biodata pengasas produk TaoKaeNoi (bermaksud Little Boss) : FORBES - THAILAND'S 50 RICHEST 

Link Movie di FB : FILEM THE BILLIONAIRE

19 comments:

  1. kisah yang menarik.. suka sangat ur quote: baca, hadam and take action! Indeed a great one..

    ReplyDelete
  2. yeah love to eat this snacks too but not all I tried. yeah agree on just do it. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Nak buat apa sahaja, mesti ada kesungguhan, keberanian dan yang penting, jangan malu untuk belajar. InsyaAllah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. Takde semangat, xde minat dan xde kesungguhan..x jumpa berjaya kan..tips SA plak..x tau bertanya..jangan tunjuk pandai atau memandai..suka quotes tu Baca , Hadan & Take action..boleh guna utk anak dara SA ni

    ReplyDelete
  5. tq for sharing.
    berminat nak google more pasal ni, a great real story.
    when it comes to bisnes, kena la amik risiko.
    tak senang nak senang. jadi la pioneer on something. amik risiko.
    berfikir.
    belajar.
    pandang jauh skit dari esok dan lusa.
    then, u will succeed!

    ReplyDelete
  6. Baru ingat klo snack ini pernah aku bawa sbg ole ole from Thailand. Belinya fi batas kayu hitam klo gk salah. Enak dan rasa berlendir sih

    ReplyDelete
  7. Nice movie. Nak cari lah. Harap fikiran yang fokus kejayaan akademik semata mata dapat diubah zaman sekarang ni. Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan masing2

    ReplyDelete
  8. Menarik la kisah Top ni. Seorang pemuda yang tak pernah berputus asa. Anak mida kita zaman sekarang ni patut mencontohi Top

    ReplyDelete
  9. Kisah kejayaan yang menarik dan boleh dijadikan ikutan. Betul, kena sentiasa usaha. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.. cuba dan cuba tanpa putus asa, kejayaan pasti menanti.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Satu kisah yang menarik. Bukan senang nak senang, semua kena ada usaha..kalau dah usaha tapi tak berjaya jgn putus asa..cuba lagi dan lagi..yg selebihnya baru tawakal

    ReplyDelete
  11. OOOO baru tau kisah Top ni, Pemahaman tu pentu... kalau blur jer susah nak dapat keputusan yang terbaik.. kene befikir diluar kotak juga... take time sikit nak fikir he he he

    ReplyDelete
  12. Setuju, 4 benda ni kena sentiasa ada dalam minda untuk berjaya..walaupun bukan jutawan sekali pun, 4 ni memang kena ada jugak kan utk berjaya dalam hidup

    ReplyDelete
  13. oh baru tau kisah pasal Top yg buat Tae Kae Noi ni ek, my sis suka mkn tu as snack haha tak sangka cmni kisahnya rupanya ye. good sharing. nk berbisnes hati mmg kena cekal & always fikir secara creative. yg penting teruskn berusaha insyaAllah ada rezeki di mana2.

    ReplyDelete
  14. Macam best je cite ni. Nak tengok lah nanti. Suka cerita yang bagi inspirasi dan motivasi macam ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. dalam nak mulakan bisnes, memang perlu ambik risiko. sebab kalau tak mencuba, kita tak tahu apa resultnya. suka baca cerita2 jutawan bagaimana mereka bermula. rasa termotivasi

    ReplyDelete
  16. Inspiring story.
    Menarik cerita di sebalik seaweed goreng tu kan..
    Saya pun suka seaweed goreng tu..sedap kot

    ReplyDelete
  17. You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
    Or is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
    Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
    PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM  We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.

    For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
    Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Contact us with the following information:

    Full name: ____________________________
    The amount of money needed as a loan: ________________
    Credit term: _________________________
    The purpose of the loan: ______________________
    Birthday: ___________________________
    Gender: _______________________________
    Marriage Status: __________________________
    Contact address: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Country: _______________________________
    Occupation: ____________________________
    Mobile phone: __________________________

    Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    thank

    Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.