TIPS : EDISI 'GAMBARU' - OH MY ENGLISH!

Ada sesiapa yang tahu apa itu 'GAMBARU'?
'GAMBARU' - Perkataan berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud 'strive for perfection in everything that we do'.

Aku mendapat inspirasi untuk menulis entri ini ketika sedang melayari Facebook untuk mencari tajuk yang sesuai sebagai entri blog. Terjumpa satu page di Facebook (Penulis buku yang memiliki PhD) yang menulis pengalaman beliau sebagai seorang anak kampung yang berjaya menguasai Bahasa Inggeris.

Ambil isi penting daripada post facebook di page ini : 



Tips yang diberikan oleh beliau sangat sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Isi penting yang beliau tuliskan akan dihuraikan berdasarkan pengalaman sendiri dalam mempelajari cara belajar Bahasa Inggeris dengan cara mudah.

1) DISOKONG OLEH KELUARGA 
Election 2016 family dnc democratic national convention jennifer granholm

Bukan untuk menidakkan bahasa ibunda tetapi Bahasa Inggeris merupakan bahasa global di mana rata-rata orang di seluruh dunia menggunakannya sebagai bahasa perantaraan. Dari kecil, aku digalakkan oleh keluarga untuk menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Untung sekiranya boleh fasih dalam dwibahasa atau lebih kerana didapati sekiranya individu berjaya menguasai banyak bahasa ternyata individu itu lebih cenderung ke arah kreatif.

Selain itu, keluarga turut menggalakkan belajar bahasa lain pada masa yang sama. Individu yang boleh berbahasa lebih dari dua bahasa dianggap unik dan berpotensi tinggi untuk mendapat panggilan kerja.

2) FIKIR POSITIF "AKU BOLEH" - SELF-MOTIVATION


Langkah pertama untuk memulakan sesuatu perubahan merupakan yang paling sukar. Sama ada kita memilih untuk berada di takuk yang lama atau meneruskan perjalanan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Aku pasti apabila kita percaya pada diri sendiri : Miracles can happen!
Mindset kita memainkan peranan untuk gapai sesuatu dalam hidup. Yakin pada diri anda dan mulakan langkah anda pada hari ini. Whisper to yourself:
AKU BOLEH 
AKU YAKIN
NO MATTER HOW HARD IT IS, I CAN WIN THIS BATTLE!
pokemon super bowl commercials 2016 i can do that i can train on

3) READ, READ & READ + WRITE, WRITE & WRITE

READ, READ & READ
TIPS (PERCUMA)
Sekiranya anda memikirkan hobi membaca ini suatu yang membazir, anda memang silap besar. Aku ingin memberikan cadangan kepada sesiapa yang berminat untuk membaca tetapi kekurangan wang untuk membeli buku, anda boleh berkunjung ke MPH (tempat selain perpustakaan). Faham sangat kehidupan sebagai pelajar yang kita mungkin kekurangan duit untuk membeli buku yang mahal semata-mata untuk membaca. Sekiranya ada masa terluang ambil peluang berkunjung ke MPH NU Sentral untuk membaca buku yang berkaitan dengan motivasi, inspirasi dan sebagainya. Seronok kerana ada tempat duduk yang disediakan (walaupun terhad) kerana dapat membaca buku secara percuma (cuma kena luangkan masa anda sahaja). 
Kakak, you must read this.
Kakak, these articles are good for your essay writing.
Kakak, please read newspapers and magazines if you want to excel in your writing. 
 Kakak, don't forget to cut the articles from the newspapers.
Kakak, don't forget to study smart. 
All those "Kakak, please read these and that" : resembled my childhood memories.

Alamak kena baca lagi? 
5 minit baca, mata dah kuyu 
Nampak tak pelbagai alasan untuk 'avoid reading'. Pernah tak parents anda paksa anda untuk membaca? My parents forced me to read (forced me in a good way). Pada mulanya, memang malas dan tidak suka membaca - masa zaman budak-budak dulu lah kan (Buat confession pulak dekat sini. Ahaha). Bagusnya kena paksa untuk membaca kerana lama-lama sikap suka membaca ini menjadi satu minat! Thumbs up to my parents ;)

WRITE, WRITE & WRITE
filmeditor drawing writing horror evil dead

Teringat kembali detik Semester 1 ketika mengambil subjek Writing for Academic Purposes. Berdebar lain macam kerana pada masa itu jarang menulis esei. Rasanya 'skill' menulis dah berkurang sedikit. Menulis itu ibarat satu ekspresi seni. Ekspresi seni di mana kita sebagai penulis bebas melakar pandangan serta idea yang mungkin tidak sama dengan orang lain.


Yeah, writing is the hardest thing ever!

Di sini, aku ingin berkongsi 9 tips bagaimana untuk menulis esei dengan baik tanpa menggunakan ayat bombastik atau 'jargon words' (I got an A : Writing for Academic Purposes subject. Thank you Bonda Ijun (Madam Mahizun Kasiron) Sayang lebih. Hee):
  1. Brain-storming
  2. Letak tajuk di tengah-tengah kertas (Mind-mapping)
  3. Tuliskan Main Points anda
  4. Nomborkan Main Points ikut keutamaan (Pilih yang paling penting dahulu - senang untuk huraikan esei nanti)
  5. Tuliskan points yang anda ingin tambah untuk 'elaborate' Main Points anda
  6. Pastikan ada Introduction, Body and Conclusion (Overall essay)
  7. Tambahkan 'example' untuk setiap Main Points
  8. Gunakan simple sentences untuk permulaan mengarang esei (Practice makes perfect!)
  9. Semak 'grammar', 'spelling error', 'sentences structure'
Nampak simple tapi bukan semua orang boleh lakukan dengan baik. Sekiranya anda sering melakukan draft menggunakan tips di atas, inshaaAllah anda akan nampak rentak menulis anda dalam masa terdekat!

Ada kawan-kawan bertanya bagaimana aku boleh menulis esei dengan baik dan ini jawapannya:
Tips yang paling ringkas boleh bagi adalah buat esei yang senang difahami, ada isi yang menarik untuk dikongsi, mencari 'own voice in writing' (kerana setiap orang mempunyai 'writing style' yang berbeza)
4) BERKAWAN RAPAT DENGAN DICTIONARY (ONLINE)

Ini merupakan salah satu langkah yang dilakukan suatu ketika dahulu di bangku sekolah. Ingat! Tiada siapa yang lahir-lahir sahaja terus fasih berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris boleh dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya mempunyai keinginan dan keazaman yang tinggi. Dulu, kamus yang tebal itu dibeli dan seringkali dibawa ke sekolah. Sekarang, kamus boleh di'download' secara percuma (online). Belajar itu mudah kan? Sumber percuma ada di mana-mana cuma kita kena pandai cari. 

'Old School Method' yang seringkali digunakan adalah mencatat perkataan-perkataan baru untuk digunakan dalam karangan. Mungkin nampak leceh tetapi usaha ini sangat membantu dalam menguasai Bahasa Inggeris kerana kosakata yang diperoleh boleh digunakan untuk mengarang esei menjadikan aku pelajar terbaik subjek Bahasa Inggeris ketika berada di Darjah Empat.

5) BERCAKAP + BERFIKIR : DALAM BAHASA INGGERIS

BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI

Untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih pantas, kita hendaklah mencuba untuk bercakap. Untuk fasih berbahasa Inggeris bukan hanya dengan menghafal perkataan-perkataan sahaja malah kita WAJIB CUBA UNTUK BERCAKAP. Sekiranya anda malu untuk berlatih di depan orang ataupun kawan-kawan, carilah masa yang sesuai untuk anda bercakap dengan diri sendiri (bukan gila ya). Ini merupakan praktikal supaya anda lebih selesa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

BERFIKIR DALAM BAHASA INGGERIS
anime thinking hmm think overthinking

Langkah ini merupakan alternatif yang paling sukar kerana faktor masa. Masa yang diperuntukkan untuk melatih diri kita untuk berfikir dalam Bahasa Inggeris memang makan masa lebih sedikit. Faktor yang paling penting ialah anda rela hati untuk belajar dan sanggup meluangkan masa untuk memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris anda.

6) "I CHOSE TO SPEAK TO THE MIRROR"
liberal arts

Ini juga antara perkara yang selalu dipraktikkan. Bercakap di depan cermin bukan sahaja dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris malah kita dapat lihat cara 'body language' kita ketika bercakap. Untuk yakin dalam sesi pembentangan, 'eye contact' itu sangat penting.

7) 'BROKEN ENGLISH' IS OKAY, THAT IS HOW WE IMPROVE OURSELVES

Kesilapan yang memang seringkali dilakukan adalah tidak ingin mencuba. Tidak ingin mencuba langsung. Aku dulu belajar Bahasa Inggeris pun cakap tunggang-langgang, ayat karangan pun bila baca balik karangan masa sekolah dulu, tergelak sendiri kerana ayat entah apa-apa. Ahaha. Process of learning guys. Kita semua lalui fasa yang sama. Belajar dari kesilapan.

Ada satu insiden di dalam lif UBIS dan keadaan sangat sesak ketika itu. Apabila sampai di tingkat yang berkenaan, aku ingin keluar lif dengan bercakap "Excuse me" (dengan harapan ada orang bagi laluan kerana aku ingin keluar dari lif tersebut). Ada kedengaran suara pergh cakap Bahasa Inggeris (nada menyindir). Inilah typical mindset orang Melayu. Bukan nak hentam tetapi kadang-kadang perlakuan kita menyebabkan orang lain yang baru nak 'baby steps' belajar untuk berbicara dalam Bahasa Inggeris terbantut. Kerana apa? Kerana takut dengan tanggapan orang lain. Kerana takut digelar 'eh poyonya dia cakap Bahasa Inggeris'. Untuk maju, tolong ubah sikap anda daripada terus menghalang orang lain untuk memperbaiki diri sendiri.



8) DENGAR LAGU DALAM BAHASA INGGERIS
headphones cat cute

Untuk menguasai Bahasa Inggeris tidaklah sesusah mana kerana ada pelbagai cara yang kita boleh belajar secara percuma. Antaranya dengan mendengar lagu Bahasa Inggeris. Ada satu kelas Bahasa Inggeris yang menggunakan lirik lagu untuk belajar Grammar. Ha! Lagi menarik kerana menggunakan lagu bukan berdasarkan journals or articles (di mana isi kandungannya lebih berat).

If I Were a Boy - Beyonce
When I Was Your Man - Bruno Mars
Somebody that I Used to Know - 
Call Me Maybe - Carly Rae Jepson
Counting Stars - One Republic

9) FOLLOW YOUTUBERS : MIMIK 'PRONUNCIATION' + TED TALKS 

YOUTUBERS
Cara paling senang untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan mengikuti Youtubers yang popular dengan accent British (Atau yang fasih berbahasa Inggeris). Melalui langkah ini, kita dapat berbicara dalam Bahasa Inggeris secara lancar. Cuba untuk menyebut perkataan tersebut dengan meniru cara Youtubers itu bercakap. It's a very fun way to learn English!

TED TALKS
TED Talks merupakan satu platform di mana sesiapa diberi kebebasan untuk bercakap dan memberikan pandangan mereka tentang sesuatu. Selain mempelajari teknik bercakap, anda turut dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda pada masa yang sama.


10) TONTON CERITA DALAM BAHASA INGGERIS TANPA SARIKATA
Angry Birds lolwut movie what confused

Kebanyakan kesilapan yang seringkali dibuat ialah menonton cerita dalam Bahasa Inggeris yang mempunyai sarikata Bahasa Malaysia. Anda akan lebih cenderung untuk melihat sarikata tersebut dari cuba memahami dialog yang disampaikan dalam cerita tersebut. Bagi aku sendiri, sarikata itu dianggap sebagai 'distraction' kerana sememangnya mata kita akan tertumpu kepada sarikata tersebut (You guys did that too right?). Anda akan lebih tertumpu kepada tulisan sarikata berbanding cerita yang anda tonton. Ini sangat tak best kerana anda tidak menghayati cerita tersebut sepenuhnya.

Cara paling mudah untuk belajar Bahasa Inggeris sambil menonton adalah melalui kartun. Bukan itu sahaja, kartun yang disiarkan selalunya terdapat 'moral values' yang ingin disampaikan kepada penonton dalam masa yang sama. Selain itu, penggunaan Bahasa Inggeris yang digunakan ringkas dan senang difahami. Untuk yang baru nak menguasai Bahasa Inggeris, anda digalakkan untuk menggunakan cara ini.

PESANAN PENULIS:
Sekiranya anda mempraktikkan semua tips yang dikongsikan, tiada masalah untuk anda mendapat MUET Band 4 dan ke atas. Tiada masalah untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Manfaatkan peluang yang diberikan secara percuma sepenuhnya. Jika anda tidak manfaatkannya, anda rugi. Inilah cara aku belajar Bahasa Inggeris yang rata-ratanya secara percuma (kecuali kamus tebal-tebal yang sememangnya kena beli dulu). Mudah sangat kan? 'Invest' diri anda untuk menguasai Bahasa Inggeris ini. You will thank me later! ;)

Harapnya entri ini membuatkan anda bersemangat serba 'gambaru'!
Apa lagi yang anda tunggu? Mulakan langkah anda hari ini.
Usaha sama-sama, Berjaya sama-sama.

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.