TIPS : 10 LANGKAH MUDAH - HENTI BANDINGKAN DIRI, CARI INSPIRASI HIDUP


1. KENALPASTI KEKUATAN DIRI 
Weezer music video strong strength lifting

Setiap daripada kita pasti akan terdetik:
"Eh, seronoknya dia jadi pelajar terbaik." 
"Macam mana eh dia dapat pergi travel banyak tempat. Mesti banyak duit dia tu." 
"Seronoklah dia pakai phone baru, kita nak tukar phone baru pun fikir banyak kali."

Ayat di atas ini hanya contoh yang aku ingin kau fikirkan. Kebanyakan daripada kita pernah alami situasi sebegini termasuk aku. Oleh itu, kita semua akan mula membandingkan diri kita dengan orang lain secara tidak langsung.

"Kenapa dia dapat, kenapa kita tak dapat?" - Familiar dengan ayat ni? ;)

Kekadang kita sendiri tidak tahu kekuatan kita di mana. Oleh itu, kita akan sering merasakan orang lain lebih baik, lebih berjaya daripada kita. 

Tips: Cuba senaraikan kekuatan diri anda di atas sekeping kertas.

Tak tahu kekuatan diri anda? Boleh tanya ahli keluarga, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah anda. Selalunya orang yang berada di sekeliling kita tahu kekuatan diri kita di mana ;)

2. ELAKKAN TEKANAN
yourself

Dari segi pemerhatian, tekanan adakalanya perlu untuk mengelakkan kita daripada terus lalai dan tidak fokus. Tekanan ini sebagai 'trigger' untuk menyedarkan kita yang kita perlu berusaha untuk mengubah hidup kita. 

Walau bagaimanapun, tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kita stress dan membuatkan progress kita terbantut. Sekiranya anda seorang yang tidak boleh melihat kejayaan atau kebahagiaan orang lain di laman sosial media (gambar, post, status), sila log out serta merta jika anda tidak dapat mengawal tekanan yang anda alami. Perasaan cemburu yang terlampau terhadap kejayaan orang lain boleh memakan diri sendiri. 

3. FOKUS KEPADA PROGRESS DIRI
self

Sekiranya anda rasa anda ini tiada nilai, tidak berguna dan segala negatif di dalam diri anda, fikirkan...
"Kenapa aku sekarang berada di sini? Apa yang aku buat silap? Adakah aku boleh mula dari bawah sekali lagi?"
Soalan yang seringkali ditanya : Boleh ke nak mula lagi sekali? Tak terlambat?

Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kita tidak sempurna. Kita melakukan kesilapan hari-hari. Kita wajib beri peluang kepada diri kita untuk memperbaiki dan belajar dari kesilapan. Berhenti fikirkan tentang apa yang orang lain telah capai dalam hidup.

Start focusing on yours! Ready? Go!

4. HARGAI APA YANG KITA ADA
asian blessed asian people grateful aishwarya rai

Untuk berhenti membandingkan diri, cara yang lebih ringkas ialah kita menghargai apa yang kita ada. Fikirkan:
"Bersyukur - kita diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran"
"Bersyukur - kita diberi elaun oleh MARA"
"Bersyukur - kita dikelilingi dengan orang yang sayang kita"
"Bersyukur - kita diberi peluang untuk menolong orang lain"

Bersyukur sangat MARA beri peluang belajar sejak berusia 13 tahun (ketika berada di MRSM) hingga kini. Sayang MARA! ;)

Selain itu, aku sangat menggalakkan anda untuk travel. Anda akan jumpa pelbagai orang yang hidupnya jauh lebih miskin dari kita : mencari cebisan makanan di balik timbunan sampah, tiada duit untuk membeli makanan, tidur di tepi jalanan. Rasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun bukan seorang yang kaya dan bukan semua yang diinginkan dalam hidup ini boleh dapat macam itu sahaja. Aku akan cuba sehabis baik untuk dapatkan apa yang diimpikan.

5. KREATIFKAN DIRI 

Kreatifkan diri mampu membuatkan kita berhenti membandingkan diri dengan orang lain. Menjadi seorang yang kreatif memerlukan sedikit masa.  Untuk mengasah bakat kreatif anda, carilah bakat terpendam yang mungkin anda tidak perasan selama ini (yang mungkin akan menjadi salah satu kelebihan anda yang hebat).

Cara paling mudah untuk menjadi seorang yang kreatif adalah melalui catatan idea. Sebagai contoh, simpan satu buku nota khas untuk menulis sebarang idea yang dapat ketika berada di dalam kelas, ketika travel dan sebagainya. Dengan cara ini, proses untuk menjana idea tersebut dapat membuatkan kita berfikir dengan lebih banyak. Sekiranya kita jenis malas berfikir, percayalah korang memang akan malas untuk berfikir walaupun perkara itu mudah sekalipun.

Percayalah, lambat laun anda mampu untuk berfikir di luar kotak. Mana tahu suatu hari nanti anda boleh menjadi pencipta terkenal ataupun seorang usahawan yang berjaya di persada dunia ;)

6. GANTI PANDANGAN NEGATIF KEPADA PANDANGAN POSITIF

happy submission g happiness experience

Setiap daripada kita ada 'green monster' dalam diri - 'Envy'. Perasaan cemburu ni kita tidak boleh nafikan. Bagaimana kita ingin mengawal situasi ini supaya kita tidak membandingkan diri kita secara negatif?

Cuba ubah pandangan negatif tersebut kepada pandangan positif. Cakap macam senang kan? Ya, diakui bukan mudah. Ini juga bergantung kepada inisiatif anda sendiri sekiranya anda ingin mengubah persepsi ini atau tidak.

Cuba fikirkan sejenak:
"Cemburunya dia dapat markah tinggi dalam kelas. Dahlah subjek tu susah."
Apabila mengetahui ada orang yang memperoleh markah tertinggi di dalam kelas, aku akan cuba merapatkan diri dengan orang tersebut. Aku lebih suka belajar dengan orang yang lebih berpengetahuan dari diri kita sendiri. Belajar dengan orang yang lebih pandai daripada kita ibarat sponge. Kita boleh absorb sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi bersama. Sangat jarang bertemu dengan orang yang pandai tetapi tidak ingin berkongsi ilmu.


CREDIT: QUOTEADDICTS
Tips: 
Kita sendiri perlu ada inisiatif untuk bertanya dan belajar dengan orang tersebut (Kalau tak tahu, tolonglah bertanya - Jangan harap orang tersebut boleh membaca minda anda yang anda memang tak faham atau tak reti subjek tersebut). Jangan jadikan pandangan negatif tersebut sebagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Think positive, stay positive.

7. CABAR DIRI 
challenge

Cabar diri sendiri - Langkah terbaik untuk henti membuat perbandingan dengan orang lain. Setiap hari yang kita lalui, cuba cabar diri kita untuk menjadi lebih baik : memberi tempat duduk dalam bas kepada yang memerlukan, melibatkan diri di dalam kelas, melibatkan diri dalam aktiviti kampus, cuba belajar sesuatu yang baru. Hidup ini tidak perlu dipersiakan begitu sahaja. 

Diakui dulu aku seorang yang takut mencuba. Seorang yang ingin berada di zon selesa. Lagi-lagi menjadi seorang introvert agak mencabar. Aku memang pendiam dan kurang suka dengan aktiviti yang melibatkan orang ramai (kebanyakan introvert akan merasakan sedemikian).

Adakalanya terfikir apakah pelajar biasa-biasa seperti aku tidak berpeluang untuk melibatkan diri di kampus dan sebagainya. Perasaan malu memang menebal. But you know what? You got nothing lose! CUBA. Inilah peluang nak ubah diri kita menjadi yang lebih baik dan bermotivasi.

Namun, pada suatu ketika terdetik di hati:

"Sampai bila aku tak nak mencuba?"
"Sampai bila tak cuba untuk libatkan diri dalam event kampus?"
"Inilah masanya untuk kenal orang lain (networking)"

Oleh itu, aku cuba keluar dari kepompong keselesaan dan it feels so good at the end of the day. Berazam untuk menjadi aku yang baru. Aku yang lama - Pergi dan balik kelas, tak nak terlibat dengan event apa-apa pun (Rasa macam loser sangat. Ahaha). Semua orang berhak mendapat hidup yang baru. Start anew and make your life even better.

Ingat! Continuous Learning itu penting. Kita belajar bukan hanya untuk mendapat gred cemerlang dalam peperiksaan. Kita belajar untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri.

Selain itu, cubalah mempelajari sesuatu yang baru. Upgrade skills kita. Tidak salah mencuba - try and error kan? ;) Bagi aku, seronok apabila kita cabar diri kita melakukan sesuatu yang baru dalam hidup. Sekaligus dapat menambahkan tahap keyakinan diri kita!

8. TINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEBOLEHAN DIRI

Masalah yang seringkali dihadapi oleh kita semua ialah kemahiran yang kita miliki. Adakah ia mencukupi untuk persediaan pada masa akan datang? Ya, mungkin anda berfikir:
"Selepas habis belajar, dapat kerja. Boleh dah nak settle down (kahwin)."
Realiti kehidupan:
Zaman sekarang amat susah untuk 'secure a job' melainkan anda boleh 'differentiate yourself from others'. Aku tidak pasti apakah impian para pembaca sekalian. Tidakkah anda menginginkan kehidupan yang jauh lagi baik dari apa yang anda ada sekarang? (Okay ini bukan iklan MLM). Yang sudah biasa menjalani kehidupan yang senang, minta itu ini ibu bapa berikan begitu sahaja MUNGKIN tidak merasakan tekanan untuk melakukan perubahan dalam hidup (Kerana anda dah biasa hidup senang). Berpijaklah di bumi yang nyata. Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha.

Tak tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris? - Minta tolong pensyarah, rakan-rakan, keluarga (Akui yang anda memang rela hati ingin belajar dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi anda).

Segala informasi berada di hujung jari kita - Banyak sumber percuma yang disediakan. Manfaatkan sepenuhnya.

9. KITA SEMUA ISTIMEWA!
special robert redford silver fox this property is condemned

Whether you believe it or not, you're special. Okay ni tak tipu. Kita adakalanya terlalu memikirkan kelemahan diri berbanding kekuatan. Oleh itu, kita rasa diri kita tidak cukup bagus mahupun istimewa. Kita semua unik dari perspektif yang berbeza. Percayalah!

Sebagai manusia, kita mempunyai personaliti yang berbeza, jalan cerita kehidupan yang berbeza maka jadikan semua itu sebagai pendorong kejayaan. Adakah hidup kita yang seringkali diuji menunjukkan kita ini tidak istimewa? Everything happens for a reason!

10. PENCARIAN INSPIRASI HIDUP


Langkah terakhir ini merupakan alternatif yang wajar dititikberatkan oleh semua pembaca. Apabila kita berasa 'down' dan kurang bermotivasi, inspirasi inilah antara faktor yang menyebabkan kita melangkah ke hadapan. Berada dalam keadaan negatif tidak membantu apa-apa kerana kita akan lebih cenderung untuk berfikiran negatif.

Adakah seorang SR tidak pernah gagal dalam hidup? Banyak kali. Ya, banyak kali terjatuh, tersungkur. Alhamdulillah, keluarga SR sentiasa ada ketika susah senang. Oleh itu, coretan aku di blog ini lebih kepada tips yang diamalkan supaya dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua melalui penulisan yang ditulis dari hati.

Setiap orang diuji dengan jalan cerita kehidupan yang berbeza : gagal dalam hidup, kehilangan orang yang kita sayang, terasa sering dibandingkan dengan orang lain dan sebagainya. No matter what happen in your life, seek for inspirations.

Berhenti bandingkan diri kita dengan yang lain kerana kita tidak tahu apa yang orang tersebut perlu lalui untuk mendapatkan kejayaan atau kebahagiaan yang dia ada kini (mungkin dia kena lalui pelbagai rintangan sebelum dapat apa yang dia impikan).

Ubah diri kita menjadi yang lebih baik. Mulakan dengan perkara paling ringkas yang anda boleh lakukan. Sekiranya anda seorang yang positif dan penuh dengan aura inspirasi, yakinlah akan ada orang lain yang akan turut merasa aura inspirasi anda. Anda akan menjadi inspirasi kepada orang lain dalam diam ;)

PESANAN PENULIS:
Henti bandingkan diri kerana ANDA sememangnya ISTIMEWA dengan cara TERSENDIRI.

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.