ERASMUS+ VS ISEM : 9 PERKARA ASAS (SELEPAS MENDAPAT TAWARAN)


DAH BACA KE? : PERKONGSIAN A-Z
cat, meow, question, mark, gif, cute
 
Bagi yang sudah mendapat tawaran untuk program pertukaran pelajar, anda harus ada :

1. SURAT PENERIMAAN (ACCEPTANCE LETTER)
Selepas mendapat pengesahan keputusan akhir ISEM/ERASMUS+, pastikan anda mendapat surat penerimaan asal (original acceptance letter) daripada host university tersebut. Selalunya selepas menghantar dokumen penting yang diperlukan ke host university, universiti tersebut akan beri scanned copy of original acceptance letter. Original acceptance letter akan diberikan kepada UniKL International Office (UIO) dan pelajar boleh mengambil original acceptance letter di UIO (UniKL MIIT, Tingkat 23).

harry potter, acceptance letter, letter. acceptance, hogwart
Eh ni Acceptance Letter Harry Potter ni. Hehe.
2. SURAT KONSULAT (CONSULATE LETTER)
Surat konsulat ini sangat penting. Kebiasaannya surat ini dalam native language host university. Sebagai contoh, Surat Konsulat daripada Kozminski University ditulis dalam bahasa Polish. Memang tak faham langsung apa yang ditulis di bawah ni. I need to learn Polish for real soon enough.

erasmus, erasmus+, kozminski university

3. SURAT GERAN BIASISWA (SCHOLARSHIP GRANT LETTER)
Surat geran biasiswa diperlukan sebagai bukti mendapat tajaan dari mana-mana universiti.
Jumlah biasiswa ERASMUS+ ini merangkumi elaun bulanan (berjumlah 3375 Euro) dan travel expenses (berjumlah 1100 Euro): 4475 Euro. Aku sertakan sekali contoh scholarship confirmation letter seperti di bawah ini.


kozminski university, letter, scholarship, erasmus

4. TIKET PENERBANGAN SEHALA

RETURN TICKET VS ONE-WAY TICKET
Pada awalnya, aku ingatkan tiket penerbangan ke Warsaw ni kena beli return ticket sekali. Rupanya tak payah pun. Beli tiket penerbangan sehala pun sudah mencukupi. Masa nak beli tiket pun ada la konflik sikit.


"Eh kena beli tiket dulu ke? Dulu nak apply visa tak payah pun kena beli tiket dulu"
"Macam mana kalau dah beli tiket tetiba visa tak approve? Kang tak pasal-pasal tiket burnt gitu aje, Ingat SENANG nak DAPAT DUIT sekarang dengan ekonomi tak menentu?"
"Tetiba visa tak dapat tapi tiket dah beli. Kita ni kan muslim. Kot-kot kita tak lepas visa sana macam mana eh nanti"
Kenapa kena beli tiket penerbangan?
Anda perlu bawa flight itinerary anda semasa temuduga visa. Kalau tak beli tiket, macam mana nak dapat flight itinerary kan? ;)

Moral of the story : Beli one-way ticket je untuk apply visa.

5. INSURANS PERJALANAN (TRAVEL INSURANCE)

Offline:
AIG Insurance
Aku pilih insurans perjalanan daripada AIG Insurance. Superior plan (6 months) yang diambil tu kos lebih kurang RM293.50 (selepas rebate 25%). Memandangkan program pertukaran pelajar akan mengambil masa lebih kurang 5 bulan, aku boleh refund (lebihan 1 bulan) dekat AIG Insurance selepas balik ke Malaysia nanti sebab tak habis pakai untuk 6 bulan sepenuhnya.

Online:
AXA Insurance
Untuk yang nak purchase travel insurance secara online, boleh dapatkan AXA Insurance ni. Pakej  yang ditawarkan agak berpatutan.

p/s: Selalunya travel insurance ni kena covered at least 30,000 Euro. So far, AIG dan AXA Insurance antara company yang memang highly recommended. Kalau anda nak purchase insurance daripada syarikat lain, pastikan travel insurance yang anda beli itu covered at least 30,000 Euro (medical expenses,etc) dan sah digunakan untuk travel ke Eropah.


6. VISA (Oh My Visa!)

Fasa 1 : Permohonan Visa (Oh Fatina...)
Permohonan visa dilakukan secara online. Tarikh visa appointment hendaklah dipilih berdasarkan tarikh yang available sahaja. Segala details yang diperlukan hendaklah diisi dengan betul. Selepas mengisi permohonan tersebut, borang yang telah diisi tadi hendaklah disave dan diprint. Pada awalnya aku agak terkejut apabila page tersebut ditranslate kepada English, nama aku bertukar menjadi:
NUR FATINA SYAZANA MOHD REDZUAN
Ah sudah nama bertukar! Ahaha, tetiba nama jadi Fatina kan. (Oh Fatina). Oleh itu, borang online tersebut dibiarkan sahaja menggunakan bahasa Polish (supaya nama asal tidak berubah menjadi FATINA).

Fasa 2 : Visa Appointment
Pada mulanya aku ingat akan ada 1-on-1 interview yang agak strict. Rupanya...it's not really an interview. Ketika aku sampai di Embassy Poland (Jalan Damai), aku masuk ke ruang Consular Section dan nampak ada 1 kaunter sahaja di situ. Ada seorang pekerja perempuan yang menguruskan hal visa dan tak payah ambil nombor untuk menunggu giliran masing-masing (tak ramai orang pun masa visa interview). Secara keseluruhannya, segala dokumen yang diperlukan dibawa bersama seperti yang dinyatakan di bawah dan staff tersebut akan semak semua dokumen. Nasib baik lengkap. Sekiranya tidak lengkap, kita kena bawa dokumen tersebut pada waktu yang lain dan ini akan melambatkan proses visa.

Dokumen yang perlu dihantar ketika temuduga visa:
a) Gambar berukuran pasport :
Untuk Poland, gambar visa lebih kurang dengan UK. (Background putih)
b) Flight itinerary 
c) Travel insurance
d) Acceptance Letter
e) Consulate Letter
f) Grant Scholarship Letter
g) Pasport
h) Borang visa online (printed)
Yuran visa: RM282

Fasa 3 : Visa dah siap!
Tarikh temuduga visa pada 25hb Ogos. Memang berdebar nak menunggu visa ni siap. Ingatkan visa mengambil masa yang lama untuk siap. Pada 5hb September pagi, aku mendapat panggilan daripada Embassy Poland menyatakan yang visa dah pun siap (Visa Poland siap dalam masa 11 hari). *Memang hati happy sangat waktu tu*

Jangan lupa bawa resit pembayaran visa semasa nak collect visa dari Embassy! (Jangan lupa ucapkan Terima Kasih kepada staff bertugas)

7. RUMAH SEWA
Haa inilah masanya untuk berdikari. Untuk mencari rumah sewa yang sesuai agak makan masa. Rata-rata rumah sewa di sekitar Warsaw mempunyai kadar sewa antara 200-350 euro bergantung kepada jenis rumah. Kebanyakan agensi perumahan mengenakan yuran sebanyak 60% daripada jumlah sewa bulanan.

Inilah langkah-langkah yang perlu diikuti sekiranya ingin menempah rumah sewa melalui agensi

Ketika dah tahu yang kebanyakan agensi mengenakan kadar yuran sebanyak 60% daripada jumlah sewa bulanan tu (ni tak termasuk cukai yang 23% tu ya), aku rasa ya Allah mahalnya sewa rumah. Memang tak mampu nak spend duit bebanyak untuk rumah sewa sebab aku fikir lebih baik duit lebihan tu guna untuk nak travel nanti di sana. Oleh itu, proceedlah dengan Plan B. (Always be prepared for the worst, okay. Always have backup plans in your mind!)



Plan B :
Setelah puas memikirkan alternatif lain untuk mendapatkan rumah sewa yang lebih murah, aku menghubungi Kedutaan Malaysia di Poland melalui email untuk mendapatkan contact pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Warsaw, Poland. Alhamdulillah, mereka berbesar hati untuk tolong mencari rumah sewa yang sesuai. Pilih studio flat/apartment pun dah okay sangat asalkan tidak mahal (Elaun 750 Euro sahaja sebulan). Bukan mudah untuk mendapatkan rumah yang murah dan tidak jauh sangat dari Kozminski University. Tiada servis caj yang dikenakan memandangkan urusan rumah sewa adalah secara direct kepada tuan rumah.

DAH BACA KE? : Q & A

8. DUIT
Persediaan sebelum nak terbang ke Poland kena pakai duit sendiri dulu : tiket penerbangan, insurans perjalanan, visa, duit spare kena ada sebelum dapat duit biasiswa ERASMUS+. Kepada yang nak merasa terbang ke Eropah atau negara yang sewaktu dengannya, anda kena mula menyimpan duit anda. Asingkan duit lebihan elaun ke dalam ASB, lakukan kerja part time dan sebagainya.

Teringat kata-kata seorang pensyarah UNIKL Business School (Sir Noor Adlin Isnin):
"No such thing as free lunch"
"Opportunity cost : If we want to gain something, we need to lose something" 
*Taglines that I still remember in Principles of Economics class. Hee*

Aku sangat bersetuju dengan tiada apa yang diberi percuma tanpa sebarang kos. Sekarang, nak masuk tandas awam dekat shopping mall pun berbayar.


Apabila kita inginkan sesuatu, pada masa yang sama kita terpaksa hilang sesuatu. Contohnya, aku nak merasa pengalaman program pertukaran pelajar ini, aku kena mengeluarkan sejumlah wang untuk menguruskan persediaan sebelum ke Poland. Pengalaman yang bakal diperoleh sangat bermakna.  

9. SCAN DOKUMEN-DOKUMEN PENTING
Pastikan semua dokumen penting seperti pasport, visa, dokumen original, travel insurance, dokumen lain yang berkait di'scan'. Selepas itu, hantar dokumen yang telah discan ke email sendiri. Hal ini dapat memudahkan hidup sekiranya berlaku kehilangan dokumen dan sebagainya.

Ha, habis sudah 9 perkara yang anda wajib tahu setelah mendapat tawaran program pertukaran pelajar. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen di bawah.

SPECIAL SHOUT OUT! :

Kepada semua pelajar baru sesi September 2016

SELAMAT DATANG KE UNIKL BUSINESS SCHOOL!
Semoga juniors semua bersemangat untuk memulakan pengajian di UNIKL BUSINESS SCHOOL
Mulakan semester baru dengan azam yang baru
Bagi yang tidak pasti adakah UBIS tempat yang terbaik untuk anda
Bagi yang masih mencari-cari semangat belajar yang telah hilang
Bagi yang masih tidak punya impian hidup
Bagi yang masih mencari-cari apa yang diminati

Jangan risau dear juniors! UniKL Business School merupakan salah satu platform untuk anda mencungkil bakat terpendam, mencari diri sendiri, mengasah soft skills melalui presentations.
SR yakin anda akan jumpa apa yang anda inginkan di UBIS.
Sekiranya anda memanfaatkan peluang yang ada di UBIS, anda adalah seorang PEMENANG.

BE INSPIRED
BE UNIQUE
BE YOURSELF

InshaaAllah aku akan fly ke Warsaw, Poland di bawah program pertukaran pelajar ERASMUS+ pada 24 September 2016. 

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.