BLOGGER BERTEMU BLOGGER: STRASBOURG, FRANCE (PART 2)

travel

HARI KE-4 (6 NOV 2016)  - STRASBOURG, FRANCE

Salam dan hai kepada semua pembaca blog. Entri kali ini bersambung dari Entri Blogger bertemu Blogger di Lucerne, Switzerland. Sekiranya anda belum membaca entri Part 1 itu boleh klik di bawah ini:

Entri kali ini sememangnya ringkas berbanding entri sebelumnya. Selamat membaca!

BASEL SBB
Trip semalam kami berempat melawat Lucerne, Switzerland dan trip keesokan harinya pada 6 NOVEMBER 2016, kami melawat Strasbourg, France pula. Yay! Kami jejak France kali ini.

Trip untuk hari ini special sikit kerana kami travel berlima bukan berempat. Ha! Tambah lagi seorang yang join kami travel. Dian merupakan seorang pelajar dari Indonesia yang belajar di Lorrach, Germany untuk program pertukaran pelajar (sama kampus dengan Mira dan Fathan). Dari Lorrach, kami memulakan perjalanan ke Basel SBB. 


Di Basel SBB, kami kena beli tiket untuk meneruskan perjalanan ke Strasbourg, France. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih diperlukan untuk ke sana. Walau bagaimanapun, kami tiba di Basel SBB sedikit lewat (lebih kurang pukul 10.30 am) yang menyebabkan kami terlepas the next train ke Strasbourg, France. Jadi, kami perlu menunggu train yang berlepas tengah hari. Ini bermaksud kami akan sampai lewat ke Strasbourg, France.

Sementara menunggu kereta api yang seterusnya, kami berjalan di sekitar kawasan stesen tersebut. Ternyata pagi itu sejuknya luar biasa. Kami juga berkunjung ke taman yang dekat di situ. Ada saja orang yang berexercise walaupun keadaan ketika itu sangat sejuk. Seperti biasa, negara-negara Eropah memang banyak monumen ataupun tugu. 

Inilah Basel SBB. Boleh nampak tram di bahagian belakang tu ;)
STRASBOURG, FRANCE
Cheezburger cats travel vacation

Kami tiba di Strasbourg, France! ;)

Suasana : Angin menderu kuat dan hujan gerimis

STRASBOURG CATHEDRAL
Mira dan SR! 

Gambar ini candid! Kebetulan semua orang toleh ke bawah. Pelik kenapa? Korang cari apa ni? Ahaha.


Strasbourg Cathedral ini dikatakan "one of the most beautiful gothic cathedrals in Europe". Seni binanya sangat unik dan cantik. Boleh lihat dekat gambar di atas ini ya. Inilah rupa Strasbourg Cathedral dari luar.


Gambar di atas sedikit kabur. Gambar ini diambil ketika berada di dalam Strasbourg Cathedral. Terasa gelap. Gloomy. Sangat gothic! Ramai orang yang berkunjung ke sini untuk melihat senibina serta struktur bangunan ini. Sesiapa yang suka melawat tempat bersejarah harus melawat Strasbourg Cathedral!



Sambil berjalan, kami terjumpa tempat yang scenerynya lawa! Thumbs up ;)

My photographer of the day : Cik Rara, thank you for snapping my photos (like a lot of 'em)
Gambar ini diambil ketika kami sedang menunggu tram seterusnya untuk ke EU Parliament

EU PARLIAMENT


Memandangkan kami melawat Strasbourg pada hari Ahad, maka tiada "plenary sessions" pada hari tersebut. Tempat yang terhad disediakan untuk pengunjung mengikuti sesi tersebut selama satu jam. Dokumen identiti diperlukan dan pengunjung hendaklah berumur 14 tahun dan ke atas.

Untuk menghadiri "plenary session", pengunjung hendaklah pergi ke pintu masuk (khas untuk pelawat) di Louise Weiss No 2 di hari dan waktu berikut:

Isnin : 5pm - 6pm
Selasa dan Rabu : 9am - 12pm dan 3pm - 6pm
Khamis : 10am - 12pm



PETITE FRANCE
Petite France juga dikenali sebagai Little France. Lokasi ini sememangnya terkenal dengan boat trip dan bangunan-bangunan lama di sekitarnya. Kami sampai di kawasan ini agak lewat petang. Pemandangan yang lawa bagi sesiapa yang suka mengambil gambar pemandangan. Selain itu, terdapat pelbagai restoran dan juga cafe. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin santai-santai melihat pemandangan sambil minum kopi di cafe.

Di sini, aku juga mengambil kesempatan untuk membeli souvenirs untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Walau bagaimanapun, pilihan cenderahati di sini tidak banyak sangat. 3 keychains/fridge magnet untuk 10 Euro. Poskad di sini sememangnya lawa.

Gambar candid ni! Ahaha.

PESANAN PENULIS:
Dah jejak Lucerne, Switzerland dan Strasbourg, France! Nak tahu jejak ke mana selepas ini? Nantikan entri pada minggu hadapan. Part 3! Tapi kali ini aku meneruskan perjalanan tanpa Mira dan Fathan. Entri minggu hadapan lebih menarik. Hee.
Hint : Eiffel Tower

P/s: Dengarnya ramai pelajar UBIS yang mendapat tawaran ISEM untuk semester hadapan.
Anda harus tahu apakah langkah seterusnya untuk persediaan sebelum berangkat ke luar negara.
Nak tahu langkah apa yang anda harus peka?

DAH BACA KE? : 9 PERKARA ANDA WAJIB TAHU SELEPAS MENDAPAT TAWARAN

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.