Edisi BLAS: Ikuti 5 Tips Mudah Ini Untuk Jana Pendapatan Dengan Lebih Pantas (Versi Adhance)

adhance, buat duit online, jana duit online, kerja kosong

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog SR! Woohoo! Kali ini SR ingin berkongsi secara lebih terperinci mengenai tips-tips buat duit online dengan platform Adhance.

Yang belum mendaftar Adhance, boleh daftar di SINI >>> Daftar Adhance PERCUMA

1. FB Fanpage

Untuk newbie seperti SR, antara tips terbaik yang SR boleh berikan untuk boost earning dari Adhance adalah dengan create FB Fanpage anda sendiri.


Page Zon Cari Kerja merupakan FB Fanpage yang SR create sendiri. SR berkongsi jawatan kosong yang sedia ada di sini.

Kenapa Perlu Ada FB Fanpage?

Lebih senang untuk mempromosikan jawatan kosong sedia ada. Seperti SR, bukan sahaja kerja kosong di Maukerja malah SR akan berkongsi jawatan kosong lain seperti di LinkedIn. SR suka mempelbagaikan sumber info jawatan kosong supaya lebih ramai orang mendapat manfaatnya.

Walaupun mungkin kekosongan untuk satu-satu jawatan kosong hanya sekadar satu atau dua kekosongan, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi. Mungkin orang yang dicari oleh syarikat selama ini merupakan mereka yang LIKE page Zon Cari Kerja.

Meh SR cerita serba sedikit mengenai ‘first job’ SR. Ternyata bukan senang untuk mendapatkan pekerjaan pertama dengan gaji yang bersesuaian untuk seorang fresh graduate.

Jom lihat berapa banyak permohonan kerja yang telah dihantar oleh SR sebelum mendapat my first job:
Jobstreet: 600+ permohonan
Career Fair: 50 permohonan
Direct Email: 70 permohonan

Platform kerja seperti Maukerja, Indeed, Jora, WOBB, LinkedIn dan lain-lain: 150 permohonan
Jumlah permohonan sebanyak 870! Dalam banyak-banyak permohonan tersebut, 100 permohonan telah disenaraipendekkan. Hanya 20 permohonan yang menjemput SR untuk sesi temuduga.

Teringat ketika SR menghantar resume secara terus kepada orang HR Schlumberger di Career Fair KLCC, SR mendapat interview invitation! Sesi temuduga yang dijalankan sebanyak 2 kali pada hari yang sama membuatkan SR merasakan banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri SR. Oh ya, SR tak dapat jawatan kosong tersebut (Transactional Analyst) kerana mungkin SR tiada pengalaman menggunakan SAP sebelum ini dan SR merupakan seorang fresh graduate. Alhamdulillah, sekarang rezeki dapat merasa belajar sistem SAP walaupun bukan bekerja dengan Schlumberger. Hehe.

Moral of The Story:
Jangan pernah putus asa guys! SR sendiri pernah rasa kecewa. Pernah rasa almost get the job offer, pernah rasa dipanggil interview berkali-kali dan pada akhirnya tak dapat kerja. Kebanyakannya menolak SR kerana pengalaman kerja tidak cukup/tidak berkaitrapat dengan bidang belajar. Saingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan semakin sengit memandangkan lebih ramai graduan yang dilahirkan saban tahun.

Jadi, tolong asah bakat soft skills anda! Menjadi seorang yang pandai dari segi teori sahaja tidak cukup. Asah kemahiran berkomunikasi dan belajar perkara yang baru setiap hari.
Contoh mudah adalah belajar menggunakan Microsoft Excel, Adobe dan aplikasi lain yang membezakan anda dengan pemohon kerja yang lain.

Kongsi Ilmu Menerusi Penulisan Artikel

Dengan adanya FB fanpage, bukan senang untuk konsisten dalam mempromosikan kerja kosong. Untuk mendapatkan Like dan Followers untuk fb fanpage kita bukan mudah pada awalnya.

SR masih bertatih dalam menggunakan teknik marketing yang berkesan. Jadi, antara strategi untuk mendapatkan like dan followers adalah dengan menggunakan konsep ‘engagement’.

Jika anda perasan, pos iklan jawatan kosong oleh SR sememangnya santai-santai sahaja. Wujudkan suasana easy-approachable antara kita dan juga geng pencari kerja.

Selain itu, SR juga menambahkan elemen perkongsian ilmu menerusi penulisan SR sendiri. Walaupun mempunyai pengalaman kerja dalam bidang HR kurang dari setahun, bidang Human Resources (HR) memang sebati dengan jiwa SR (SR akan convo taw Ahad ni - 14 Oktober 2018. haha Jangan terkejut sangat. SR baru nak merasa convocation setelah hampir setahun penantian. Penantian itu satu penyiksaan. Eh!). Itulah yang menyebabkan tercetusnya idea untuk menubuhkan page Zon Cari Kerja pada awalnya.

Artikel yang ditulis oleh SR berkisarkan tips kerjaya dan hasil pembacaan SR sendiri. Sharing is caring kan? :D

2. FB Group

Selain itu, anda boleh luaskan strategi marketing dengan menyertai FB group kerja kosong.

Tips: Masukkan unsur ‘Call-to-Action’ di dalam post iklan anda


Sebagai orang tengah dalam mempromosikan kerja kosong, kita mestilah beretika. Ya tahu anda perlukan orang untuk klik dan mohon kerja melalui link anda tapi tolong lakukan secara berhemah.

Target Group

Fresh Graduates, orang yang ingin mencari kerja baru, orang yang baru sahaja di’terminate’ dan mereka yang sedang mencari ‘internship placement’.

Jangan Spam!

Ini merupakan tips paling penting sekali! Diingatkan anda tidak boleh memohon kerja kosong menggunakan link anda sendiri. Forbidden okay! Dilarang keras sama sekali.

Dalam mempromosikan kerja kosong Adhance, tolong jangan spam tidak tentu hala. Di sinilah kepentingan poster iklan anda. Biarkan poster iklan itu membuat kerja untuk anda! Biarkan mereka bergerak. Haha!

Gunakan kombinasi warna yang sesuai dan letakkan details yang bersesuaian dalam poster iklan seperti:
1. Senarai Jawatan Kosong
2. Lokasi
3. Range Salary (sekiranya ada)
4. Tarikh Tutup
5. Jumlah Kekosongan Bagi Jawatan Kosong Tersebut

3. Pilih Jawatan Kosong Yang Menarik dan Tier Yang Tinggi

Tips lain yang SR boleh kongsikan dengan anda adalah memilih jawatan kosong yang menarik dan mempunyai tier yang tinggi.

Ingat tak SR pernah berkongsi tentang tahap tier? Tier yang tertinggi ialah Tier 100 bermaksud setiap permohonan kerja yang Berjaya diraih melalui link kita akan mendapat RM1! Tinggi kan?

Ya, memang tinggi tetapi kita harus ingat bahawa tier yang tinggi tidak semestinya ramai orang akan memohon kerja tersebut.

SR juga selalu mengingatkan walaupun kita ini mempromosikan kerja kosong kepada orang ramai, kita mestilah ada etika dalam mempromosikan kerja kosong tersebut.

Hati-hati dengan syarikat yang mempunyai unsur scam/penipuan. Jadi, apakah yang kita patut lakukan sebagai freelancer Adhance ni?

Kita google terlebih dahulu dan lihat adakah syarikat tersebut bagus atau pun terlibat dengan kes penipuan. Iya lah kan sekarang ini banyak syarikat yang aim budak-budak fresh graduates untuk sertai syarikat mereka dengan memberi harapan bahawa range salary yang bakal mereka peroleh adalah TINGGI! (tipu je semua tu. Jadi jangan percaya okay!)


Kenapa Perlu Pilih Tier yang Tinggi?

SR bagi contoh untuk bagi anda semua faham serba sedikit apa yang SR cuba sampaikan okay.

Contoh Situasi:
Pilih jawatan kosong (Tier 75). RM0.75 akan diperoleh bagi setiap permohonan kerja yang berjaya.
Sekiranya sudah lebih dari 50 permohonan diterima untuk kerja kosong tersebut, permohonan yang ke-51 akan menjadi Tier 60.

Tahap Tier
Tier 100 : RM1.00 setiap permohonan kerja kosong
Tier 75 : RM0.75 setiap permohonan kerja kosong
Tier 60 : RM0.60 setiap permohonan kerja kosong
Tier 45 : RM0.45 setiap permohonan kerja kosong
Tier 30 : RM0.30 setiap permohonan kerja kosong
Tier 0 : RM0.00 setiap permohonan kerja kosong

Faham ke faham? Okay, jom kita lihat tips seterusnya!

4. Pilih Jobs Yang Mempunyai ‘Expiry Date’ Lebih Panjang

Pada bahagian ‘Search Jobs’, ada 1 ruangan expiry date. Bukan sahaja makanan ada expiry date taw! Kerja kosong pun ada tarikh tamat permohonan.

Tips: Pilih kerja kosong yang mempunyai tempoh masa sekurang-kurangnya 2 minggu hingga sebulan.

SR sendiri bekerja secara sepenuh masa dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk mempromosikan kerja kosong.

Jadi, langkah yang paling mudah adalah memilih kerja kosong yang mempunyai tempoh yang agak lama. Mudah untuk kita mempromosikan kerja kosong tersebut. Tak perlu nak rushing bagai kan?

Di sinilah, kepentingan membuat poster iklan kerja kosong! Boleh refer entri SINI:

Walaupun kita tidak mempunyai banyak masa untuk ‘up’kan setiap jawatan kosong, iklan-iklan inilah yang akan membantu kita mendapat earning walaupun kita tidak buat sebarang promosi di mana-mana FB group kerja kosong.

Teknik dapat earning tanpa perlu promosi setiap hari memang BERKESAN sekiranya ada POSTER IKLAN KERJA KOSONG.

Kira okay lah kan? Dari segi pemerhatian SR, earning lebih banyak sekiranya pada hari-hari tersebut SR hebahkan kerja-kerja kosong ini di FB groups cari kerja kosong. Tanpa promosi pun, bolehlah masuk earning RM2 atau RM3 sehari. Okay sangat lah kan!

Lagi satu, mungkin ramai yang tak perasan setiap kali new user mendaftar akaun di Maukerja…

Anda akan mendapat RM0.10 untuk setiap new user tersebut. Memang nampak sikit tetapi jika ramai orang baru mendaftar di bawah link anda. Boleh buat duit juga.


5. Gunakan Kreativiti!

Tips yang terakhir adalah gunakan kemahiran kreativiti anda!

Anda dah tahu ‘tools’ apa yang boleh dimanfaatkan untuk buat duit online dengan Adhance, jadi inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan tips-tips yang SR kongsikan di blog ini.

Langkah #1:

Anda boleh fokuskan untuk mempromosi jawatan kosong secara satu per satu dan bandingkan jawatan kosong yang macam mana lebih mendapat sambutan.

Langkah #2:

Jika anda tidak tergolong dalam kategori jawatan kosong A, maka pilih jawatan kosong kategori B dan lain-lain

Kita berikan pilihan kepada golongan pencari kerja membuat keputusan. Jika tidak mahu memohon kerja A, boleh lihat senarai kerja lain (kategori B).

Langkah #3:

Jangan lupa promosikan FB fanpage anda di dalam post iklan okay! Ini adalah penting untuk dapatkan followers dan luaskan marketing anda.

More engagement, more followers!

Langkah #4:

Sekiranya mereka yang mempunyai banyak masa terluang, anda boleh cuba membina satu blog khas untuk jawatan-jawatan kosong. Memandangkan SR tidak mempunyai masa untuk setup satu blog khas, SR lebih focus dalam menggunakan platform FB sahaja. Fokus satu-satu pada satu masa okay.

Tips: Build trust and credibility first!

Fuh penat membebel menaip di papan keyboard. Eh! Haha. InshaaAllah bersua kita di entri yang lain! Selamat mencuba tips-tips yang SR kongsikan ini okay!

1 comment:

  1. sha kena baca entry ni slow slow sebab nak faham hehehe btw follow sini!

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.