Olla 2019!


Woot-woot!
Hello guys!
Nampaknya blog ini berhabuk semenjak 2 bulan tak berupdate.

Mungkin ada yang tertanya-tanya.
SR ni buat apa sangat sampai busy blog tak berupdate?

Secara jujurnya, SR busy kerja guys. Kadang kena masuk office masa weekend, kadang kena masuk office masa Public Holiday. Baru-baru ni masa 01.01.2019 pun SR kena masuk kerja jugak. *sobs3*

Bila dah busy kerja ni sememangnya masa untuk diri sendiri agak limited.

Memang jari jemari geram nak menari di atas keyboard tapi masa tu tiada.

Balik kerja lewat dan SR perlukan rehat yang secukupnya untuk menghadapi hari seterusnya.

Rindu nak menulis. Dalam hidup ini, kita tidak boleh dapat semua yang kita inginkan bukan?

Jadi kena pastikan yang mana priority. Dengan ekonomi yang tidak menentu ni, sudah semestinya kerja yang kita ada sekarang kena maintain. Bukan senang nak dapat kerja dengan keadaan sebegini.

Memandangkan sudah masuk tahun baru iaitu tahun 2019...

Apakah azam baru korang?
Apa yang korang nak capai tahun ni?

Meh SR kongsikan azam SR pada tahun ini:


Nampak azam ini agak simple. Bila direnungkan kembali, SR terdetik apakah yang SR inginkan dalam hidup, apa yang SR ingin capai dalam dunia kerjaya (career path).

Azam tahun ini adalah untuk kenali diri sendiri. I believe that when we love ourselves, we can discover more potentials within us. Sayangi diri sendiri. Fokus pada kerja dan mencari peluang untuk sambung Master Degree (tahun 2020 inshaaAllah - dalam perancangan).

Stop waiting and keep on moving. Kepada sesiapa yang masih berstatus Single seperti SR, heyy don't worry much. Luangkan masa bersama yang tersayang a.k.a keluarga, kawan-kawan dan luaskan connections anda. Pergi travel, buat apa yang anda minat. 

Just remember this: Love yourself first, trust me you won't need anyone else. Just be you!


Boleh komen dekat bawah azam tahun 2019 anda! Sama-sama kita mengejar impian! The power of believe.

2 comments:

  1. takpa, utamakan yang mana yang penting lagi seperti kerja hakiki tu hehehe selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  2. kita siapkan yang penting dlu. hehe..salam tahun baru 2019 =)

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.