CALLING FOR ERASMUS+ VS ISEM UNIKL STORIES : BE MY STAR OF THE WEEK!

erasmus+, isem unikl, unikl, unikl business school, universiti kuala lumpur, exchange program, international student exchange mobility program

Tajuk entri kemain lagi kan? Hehe. Kali ini SR ingin menyeru semua pelajar UniKL (bukan hanya pelajar UniKL Business School sahaja boleh sertai ya) yang pernah atau sedang menjalani program International Student Exchange Mobility (ISEM) program atau ERASMUS+ untuk memeriahkan blog ini.

MACAM MANA BOLEH TERCETUS IDEA INI?

Blog SR sebelum ini ialah www.syazaredzu.blogspot.com (blog ini dah tiada okay). SR dah pindahkan segala entri blog yang sebelum ini ke dalam blog baru ini. Blog yang baru ini ialah www.syazaredzuu.com.

Sedang sibuk membelek blog layout, belek-belek coding html (not that easy sebab banyak kena adjust balik. haha). Tetiba terfikirlah 1 idea. Tiada satu pun blog yang mengumpulkan kisah-kisah perjalanan program pertukaran pelajar (UniKL). Untuk universiti lain mungkin ada.

SR mengharapkan pelajar yang terpilih untuk program ISEM UniKL dan ERASMUS+ boleh berkongsi pengalaman, cerita, panduan untuk tatapan semua termasuklah potential students yang sedang mencari tempat belajar selepas tamatnya SPM.

“Love grows by giving. The love we give away is the only love we keep. The only way to retain love is to give it away.” - Elbert Hubbard

“Since you get more joy out of giving joy to others, you should put a good deal of thought into the happiness that you are able to give.” - Eleanor Roosevelt

Let's spread positive vibes and happiness together!

erasmus+, isem unikl, unikl, unikl business school, universiti kuala lumpur, exchange program, international student exchange mobility program

Cara untuk menjadi STAR OF THE WEEK:

1.Ceritakan pengalaman, panduan memohon ISEM/ERASMUS+ dan yang berkaitan dengan pengalaman program pertukaran pelajar. SR sertakan 10 contoh idea penulisan artikel seperti di bawah:
IDEA #1 : PANDUAN MEMOHON ERASMUS+/ISEM VERSI 2017/2018 
IDEA #2 : PROSES PERMOHONAN VISA
IDEA #3 : EVENT DI HOST UNIVERSITY
IDEA #4 : LOKASI TERSEMBUNYI WAJIB PERGI DI [LOKASI]
IDEA #5 : MAKANAN TEMPATAN/TRADISIONAL WAJIB CUBA [EDISI HALAL/VEGETARIAN]
IDEA #6 : 5 PERKARA AKU BELAJAR DARI NEGARA [NYATAKAN LOKASI]
IDEA #7 : 3 INSIDEN YANG PALING AKU TIDAK DAPAT LUPA SEPANJANG ISEM/ERASMUS+
IDEA #8 : KISAH MENARIK DI [LOKASI]
IDEA #9 : PENGALAMAN INTERNSHIP/KELAS SEPANJANG ISEM/ERASMUS+
IDEA #10 : TIPS LIFESTYLE YANG BERKAIT DENGAN ISEM/ERASMUS+ (travel, culture, food, language)

10 idea di atas hanya sebagai garis panduan sahaja untuk memberikan sedikit gambaran penulisan artikel.

2. Pilih tajuk dan maklumkan kepada SR (untuk pastikan tajuk artikel/ konten artikel tidak bertindih dengan artikel daripada penyertaan lain). Pastikan anda tulis artikel tersebut dan savekan dalam format .docs
3. Setiap artikel mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 gambar. Lebih dari 3 gambar, lebih padu! Hehe.
4. Limit patah perkataan : Sekurang-kurangnya 500 patah perkataan (selalunya akan lebih dari ini. No worries!)
5. BONUS: Backlinks ke website/social media account anda dengan syarat like dan follow akaun SR seperti di bawah:
INSTAGRAM: INSTAGRAM SR
FACEBOOK: FACEBOOK SR
FACEBOOK FANPAGE: FACEBOOK FANPAGE SR
LINKEDIN: LINKEDIN SR
GOOGLE+: GOOGLE+ SR
6. Kepada yang ada business sama ada berbentuk servis mahupun produk, inilah masanya untuk manfaatkan peluang ini! Free untuk saya dan free untuk awak promote business. Sounds good?
7. Kelebihan link di blog : It stays FOREVER!
8. Artikel akan mula disiarkan pada bulan depan (Oktober 2018). SR akan kumpul artikel yang sudah diterima untuk diolah terlebih dahulu. Artikel yang disiarkan based on FIRST SUBMIT AND APPROVE, FIRST PUBLISH. Siapa nak jadi my first star of the week ni? Bolehlah malam ni fikir-fikir apa nak tulis. Mana tahu ilham menulis muncul malam ini. Hehe.
9. Pastikan details seperti berikut diletakkan di hujung artikel:
Nama penuh:
Nama UniKL:
ISEM/ERASMUS (Host University):
Semester dan Tahun (semasa menyertai program pertukaran pelajar):
Backlink: Letak link fb account/instagram/website/blog (limit 3 backlinks sahaja)

CONTOH
Syaza Redzu
UniKL Business School
ERASMUS+ Kozminski University, Poland (September 2016)
Backlinks : 
FB : [Letakkan link di sini]
Website : [Letakkan link di sini]

Sekiranya anda tidak keberatan, bolehlah sertakan sekali gambar anda (biodata penulis)

10. Hantar artikel anda (max: 3 artikel untuk seorang peserta) kepada syazaredzuu@gmail.com dengan tajuk emel 'SAYA NAK JADI STAR OF THE WEEK'
11. Tunggu artikel disiarkan! Jangan lupa share kepada group UniKL masing-masing dan social media account anda!

Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama queue anda dirembat orang. Eh!

No comments:

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.