Edisi BLAS : Gunakan 9 Langkah Ini Bersama 'Tools' Untuk 'Kickstart' Dengan Adhance
Edisi BLAS ini merupakan segmen di mana SR akan berkongsi pengalaman dari SR sendiri dalam menggunakan platform mobile app/website untuk menjana duit online. BLAS bermaksud biar lambat asal selamat. Segmen BLAS ini khas untuk newbie seperti SR. Kalau anda dah biasa menjana duit dengan Adhance beratus-ratus setiap bulan, boleh abaikan entri ini :D
It's already weekend dan SR ada mentioned dalam IG yang SR akan publishkan 1 entri minggu ini.
Entri yang berkait rapat dengan Maukerja a.k.a Adhance. Bagi sesiapa yang blur-blur tak tahu pun boleh buat duit online dengan promosi kerja kosong, boleh refer entri di bawah ini:
DAH BACA KE? JANA DUIT ONLINE DENGAN PROMOSI JAWATAN KOSONG
Nota kaki: Pastikan semasa anda ingin mendaftar untuk program ADHANCE, letakkan link website/blog. Sekiranya anda TIDAK LETAK SEBARANG LINK, akaun anda selamanya akan PENDING. Please take note ya!
Macam Mana Nak Mula?
Selalunya perkara yang paling susah ialah:Where should I start?
When is the right time to promote job vacancies?
How I can promote these job vacancies?
What types of job vacancies I should promote?
SR masuk FB group Adhance pada awalnya memang rasa agak lost. Memang banyak input berguna dalam tu. Ambil masa untuk faham dan aplikasikan dalam mempromosikan jawatan kosong yang sedia ada di Adhance.
Apa yang SR buat adalah dengan melihat bagaimana orang lain mempromosikan jawatan kosong di dalam FB group kerja kosong. Ada yang hanya senaraikan jawatan kosong beserta details, ada yang mendapat komen dari orang ramai untuk bertanya lebih lanjut tentang jawatan kosong yang telah diiklankan.
IKUTI 9 LANGKAH INI UNTUK 'KICKSTART' ADHANCE ANDA!
Soalan paling SUSAH: Macam mana nak mula ni? Serious tak tahu :/SR dah susun baik-baik langkah yang perlu anda ikuti. Follow je okay? All the best!
LANGKAH #1: LOGIN PROFIL ANDA!
Langkah pertama selepas akaun anda sudah di'approved' adalah LOGIN profil anda! Selepas anda login, anda akan lihat paparan di skrin seperti di bawah:
Anda akan nampak OVERALL REPORT setelah login. Lihat pula langkah #2!
LANGKAH #2: BAHAGIAN 'JOBS' > KLIK 'SEARCH JOBS'
Untuk lihat senarai kerja kosong yang sedia ada, cari bahagian 'JOBS' dan klik pada 'SEARCH JOBS'.Anda akan lihat paparan seperti di bawah:

Anda boleh taipkan sahaja di ruangan 'Search by Job Title or Company Name' -
Contohnya:
Admin - Akan keluar senarai kerja di bawah kategori Admin
Anda juga boleh pilih lokasi. SR cadangkan HOT JOBS LOCATION adalah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
LANGKAH #3: PILIH JOBS BERDASARKAN TIER
Recommended: Tier 100/Tier 75
Jangan pilih TIER 0 okay! Kenapa SR mengatakan jangan promosi TIER 0 ini?
Walaupun ramai yang memohon kerja/internship melalui pautan ini, anda tidak akan mendapat sebarang 'earning'.
Anda digalakkan memilih tier 100 atau tier 75, walau bagaimanapun tier yang tinggi tidak semestinya ramai orang lebih berminat untuk memohon.
Tips:
Pilih kerja kosong yang mempunyai banyak 'demand'. Paling senang, cuba promosikan jawatan kosong kategori Admin/HR. Pasti ramai akan berminat untuk memohon kerja kosong tersebut!

Melalui fungsi SEARCH JOBS/SAVED JOBS, kita boleh lihat berapa ramai yang sudah memohon kerja melalui link kerja kita.

Jawatan kosong ini SR baru sahaja promosikan hari ini. Ada 6 orang sudah memohon kerja tersebut. Lihat 'By Me: 6'. Current CPA: RM0.45. Untuk setiap permohonan, anda akan dapat RM0.45.
Company Confidential: Boleh Ke Saya Nak Promote Jawatan Kosong Ini?
Ini adalah tips yang SR boleh kongsikan bersama pembaca semua. Tolong, tolong dan tolong JANGAN PROMOTE COMPANY CONFIDENTIAL! Bukan apa, nama syarikat adalah perkara PALING ASAS dalam proses memohon sesuatu kerja. Sekiranya nama syarikat pun kita tidak tahu, pasti akan ramai yang bertanya:Boleh saya tahu jawatan kosong ini, nama syarikatnya apa ya?Ha, sudah! Kita pun tak tahu nak jawab apa kan? Jadi, tolong elakkan. Kita hanya menjadi orang tengah untuk tolong mempromosikan jawatan kosong sahaja. Faham dah? Go to the next step!
LANGKAH #4: BAHAGIAN 'JOBS' > KLIK 'SAVED JOBS' > COPY LINK


Setelah anda pilih jawatan kosong yang bersesuaian untuk diuar-uarkan, sila semak bahagian SAVED JOBS ya. Di sini, kebanyakan fungsinya sama sahaja kecuali wujudnya JOB STATUS. Setiap kali dah tambah kerja-kerja kosong, tolong klik PUBLISHED JOBS ONLY.
Kenapa? Supaya tidak bercampur dengan EXPIRED JOBS. Kan lebih senang? Hehe.
LANGKAH #5: COPY PASTE LINK KE DALAM BITLY (SHORTENING LINKS)

REF CODE SR: ?ref=resumekerjaya
TIPS MUDAH: Gunakan ref code ini di hujung setiap kerja kosong.
Contoh #1
Anda berminat untuk mempromosikan jawatan kosong di TY Gadget Sdn Bhd (Content Writer Cum Photographer) - Link seperti di bawah:
https://www.maukerja.my/job/663341-content-writer-cum-photographer?ref=resumekerjaya
Sekiranya terdapat lebih dari 1 jawatan kosong di syarikat berkenaan, SR sarankan anda menggunakan kaedah ini:
https://www.maukerja.my/company/47916-ty-gadget-sdn-bhd?ref=resumekerjaya
Ada 6 jawatan kosong di TY Gadget Sdn Bhd
Nampak tak cara SR buat ni? Dengan cara di atas ini, anda bukan sahaja boleh promosikan 1 kerja kosong spesifik bahkan anda boleh mempromosikan semua jawatan kosong yang sedia ada di syarikat tersebut. Nice trick kan? Jangan lupa apply tips ni okay!
Link kerja kosong memang panjang. Jadi, selepas dah copy link kerja kosong tersebut anda pergi pula ke BITLY.
Ini apa yang SR perhatikan:
Post yang mempunyai customized link lebih mendapat kepercayaan orang ramai untuk klik link tersebut.
Atin bagi contoh:
http://bit.ly/tchradmin vs http://bit.ly/2dGhx3
Ini merupakan link untuk jawatan kosong teacher dan admin. Jadi, link yang mana satu yang anda lebih yakin untuk klik dan hantar permohonan kerja?
Mesti link yang ini kan? >>> http://bit.ly/tchradmin
Klik 'CREATE' > Paste link kerja kosong anda
Pada ruang 'CUSTOMIZE', anda boleh edit mengikut kesesuaian. Ini adalah contoh link kerja bagi The Chicken Rice Shop
Dah puas hati? Jangan lupa copy link ya!
LANGKAH #6: BUAT POSTER IKLAN MENGGUNAKAN CANVA
SR sudah bereksperimen dengan 2 cara:1. Tanpa poster iklan
2. Dengan poster iklan
You know what? SR dah cuba cara No. 1 dan memang penat! SR cuba kerana ramai buat perkara yang sama dan ada yang dapat komen yang banyak dekat post sedemikian. Strugglenya apabila kita cuba promosi tanpa poster iklan. Kena selalu perhatikan iklan kita tenggelam atau timbul. Sekali sekala kena 'up'kan post sendiri. Serius penat. Selalunya hanya dapat klik 2-5 klik sahaja setelah beberapa hari iklan diletakkan dalam FB Group.Masa tu tak tahu dah cara apa yang boleh digunakan untuk promosi kerja kosong ni. Teringat ada 1 inbox:

Penggunaan imej mampu menaikkan kadar views sebanyak 94%. Bila difikir-fikir, okay dah tiba masa untuk buat eksperimen guna Canva! (It's free to use by the way). SR bagi contoh lagi! Cubalah explore Canva tu. Serious memang best! Be creative! Cari identiti anda sendiri. Macam SR sendiri, di FB page Zon Cari Kerja bertukar identiti menjadi Kak Min! Hee.
Contoh poster iklan untuk jawatan kosong yang lebih spesifik
Contoh poster iklan untuk jawatan kosong yang sedia ada dalam syarikat
LANGKAH #7: BUAT AYAT COPYWRITING UNTUK 'ATTRACT' PERHATIAN GENG PEMBURU KERJA
Contoh Copywriting SR (Kalau nak ambil my copywriting ni, tolong share entri ni dekat FB ke Twitter ke boleh? Sebagai tanda penghargaan.):Woohoo! Kak Min nak share kerja kosong dekat Redberry Contact Center Sdn Bhd. Ada 33 kekosongan – Changkat Raja Chulan, KL (Berdekatan dengan public transport)
Senarai Jawatan Kosong di Redberry Contact Center Sdn Bhd:
1. Recruitment Consultant (RM2500-RM3500) : Mempunyai 1-2 tahun pengalaman kerja
2. Telemarketing Executive (RM1500-RM2000) : Fresh graduates are encouraged to apply
3. Customer Service Executive (Telco Provider) (RM1850-RM2050) : Fresh graduates are encouraged to apply
4.[30 KEKOSONGAN] Social Media Customer Service (Telco Provider) (RM1850-RM2850) : Fresh graduates are encouraged to apply
#untuk mohon sila submit #Resume di sini untuk abam/hakak HR hubungi anda!
Senarai jawatan kosong di Redberry (33 kekosongan diperlukan):
http://bit.ly/kerjakosongredberry (SILA BACA DETAILS jawatan kosong terlebih dahulu di SINI dan submit resume anda)
Tarikh tutup: Oktober 2018
Selamat mencuba! 💪 💪 💪
Share/tag kawan2 anda yang memerlukan kerja seperti di atas!
Jom LIKE FB Page Kak Min (Untuk Lihat Jawatan Kosong yang Lain): Zon Cari Kerja
Perasan tak nada SR bersahaja je nak promote kerja kosong? Tak perlu nada serius nak paksa-paksa orang untuk klik link warna biru tuuu. Tak payah spam. Kita jangan PUSH tapi PULL people to the ads. Sekiranya orang tersebut berminat untuk memohon kerja, sudah semestinya dia akan memohon melalui link tersebut. Adhance ini lagi mencabar dari Nuffnang. Kita hanya dapat earning sekiranya orang tersebut menghantar permohonan melalui link BUKAN SEKADAR KLIK JAWATAN KOSONG BOLEH DAPAT EARNING ya!
Dan tolong jangan spam! Cuba 'gain trust and build your credibility first'. InshaaAllah aura positif anda dalam menghebahkan kerja kosong ini akan dirasai oleh orang lain. Trust me! Hehe.
Lagi satu, sekiranya ada orang yang tak berapa nampak nak submit resume dekat mana, katakan macam ini kepada orang tersebut:
Hi, encik/cik boleh submit resume dekat link biru dalam post saya ya. Untuk tahu job details dan lokasi tempat kerja, boleh rujuk link tersebut. Terima kasih dan selamat mencuba!Bila SR reply kepada orang berkenaan, terus semangat dia nak submit resume. Sebab apa? Kita respon kepada mesej dia, kita bagi guideline untuk dia memohon kerja dan kita bagi semangat lagi kepada orang tersebut untuk terus memburu kerja. Belajar tak human behavior? Menarik topik tu :D
LANGKAH #8: KONGSIKAN POST ANDA DI SOSIAL MEDIA
Dah siap copywriting anda yang cun tu? Dah letak link dalam copywriting tersebut? Kalau dah, inilah masa yang ditunggu-tunggu.Tips:
Join FB group cari kerja, jawatan kosong. Join mana yang ada. Dalam mempromosikan kerja kosong ini, letak ketepi dahulu perasaan malu. SR pun malu jugak tapi itulah kalau malu sampai bila lah kot takkan dapat nak merasa 'first cash out' dari Adhance. Eh!
Kalau ada kawan-kawan yang minta tolong kita carikan kerja kosong, kita pun boleh berkongsi dengan mereka. Tiada masalah. Cuma, anda sebagai freelancer/partner adhance TIDAK BOLEH memohon kerja menggunakan LINK ANDA SENDIRI! Itu antara syarat yang perlu dipatuhi.
LANGKAH #9: BE ACTIVE, BE APPROACHABLE
Langkah terakhir adalah cuba menjadi aktif di sosial media. SR pula tidak boleh nak post kerja kosong yang melibatkan poster iklan semasa sedang bekerja kerana tidak boleh akses FB ketika berada di tempat kerja. Oh ya! Terlupa nak cakap, anda disarankan menggunakan laptop untuk menyenangkan kerja anda untuk mengedit poster iklan, buat copy writing dan post iklan di media sosial.Masa ni masih tak nampak lagi cara marketing job vacancies yang betul.
9-22 September:
Nampak lah ada hasil masuk hari-hari walaupun tak ada masa nak promote iklan di FB pada hari biasa. Itulah kegunaan poster iklan tadi. Orang akan tertarik untuk lihat poster iklan lagi-lagi ada details seperti HR Executive, salary rangenya berapa, lokasinya di mana. Mesti akan ada orang tertarik dengan iklan kerja tersebut!
23-30 September
Nampak hasil yang masuk hari-hari. Biasalah ada naik turunnya. Bersyukur please! Hee.

Ini merupakan EARNING REPORT SR yang latest!
RM82.40 (baru 82%)
SR perlukan lagi 18% untuk my first cash out!
Woohoo!
Adhance bukan an online scam platform. Ternyata sudah ramai yang pernah cash out. Bahkan ramai yang menjana ratusan hingga beribu ringgit setiap bulan! Kebanyakannya memang full-time bloggers. Fuhh. Tengok gambar bawah ni.
![]() |
Credit: FB Group Adhance |
Alhamdulillah done membebel untuk entri kali ni. Hehe. Suka tak dengan entri SR ni? Minggu hadapan SR akan berkongsi tips-tips lain pulak untuk platform Adhance.
Yang sudah mendaftar, selamat mencuba! Jika saya yang sudah bekerja full time boleh buat walaupun baru nak mencecah RM100 (inshaaAllah first cash out bulan depan), anda yang ada masa terluang lagiii boleh buat dari saya. Lihatlah ada yang dapat RM3.3K tu. Full time blogger beb! Fuh masyuk.
Bertemu kita pada entri yang lain ya!
p/s: Esok dah hari Isnin :/
didn't know of this til I read here. First time to know of this too, now follow your blog gfc. Can follow me? www.mymumbest.com
ReplyDeleteHi Sherry! Done follow your blog! hehe
DeleteMoga dimurahkan rezki sebab share info yang sangat berguna untuk ramai di zaman sekarang nie sama ada yang mencari permanent atau part time. InsyaAllah
ReplyDeleteHi Rawlins! Saya tak jumpa your url entri blog dalam post semalam. Mind to share yours? Nanti saya komen.
DeleteMudahnya nk buat duit. Perkongsian artikel yang bagus dan very details. Selalu jugak masuk website maucarikerja tu hehehe. Rupanya boleh duit.hehehe. Nanti ada masa nk cubalah
ReplyDeleteSaya baru tahu pasal ni masa bulan Ogos. Program ni dah bermula sejak tahun 2017. Yang untungnya otai2 yang dah joined since 2017. Hehe. Tapi itulah nak buat duit poket guna platform ni boleh sangat. Belum cuba belum tahu. Daftar percuma aje! :D
DeleteIngatkan ini segment BALAS dendam ker pada mana-mana blogger hehehe rupanya ada sagment untuk jana pendapatan... Tapi betul kalau orang sekarang kata susah nak dapt duit sebenarnya mereka malas guna sosial media sahaja orang dah boleh dapat beribu-ribu kenapa kita tidak..
ReplyDeletehaha segmen balas dendam ya? saya rasa platform adhance ni menarik. Sebab kalau kita lihat di Malaysia, kadar pengangguran sangat tinggi. Jadi 'demand' kerja kosong tu tinggi maka kita sebagai freelance recruiter maukerja/partner akan 'supply' kerja kosong kepada mereka yang memerlukan. Double work jugak sebab kita hanya akan dapat earning lepas mereka menghantar permohonan kerja melalui link berkenaan BUKAN HANYA SEKADAR KLIK dan DAPAT EARNING. Berbeza sedikit dengan 8coin mahupun nuffnang.
DeleteWahh, this is something new for me. Akak pun tak pernah tau lagi cara buat duit online camni. Thanks for sharing dear
ReplyDeleteMacam Mana Nak Dapat Duit Dari Blog Tanpa Perlu Menjual
Hehe thanks Kak Su! Saya suka entri akak tentang Shopee. Will try it out soon. Akak boleh je cuba platform Adhance ni. Daftar percuma je. hehe.
DeleteLooks so professional.. I also wanna try it out.. but first have to understand slowly how it works first.. hehehehhehhe~
ReplyDeleteHi Kylie! I just found out about Adhance last August. Trying to find out the right tuning to attract people to apply for the job vacancies. I will share other entries related to Adhance by weekly (if im not that lazy to update. haha!) You can register it for free and explore. It's fun!
Deletecara baru untuk buat duit secara online dengan mudah kan.zaman sekarang buat je apa sekalipun jaji halal ye.so for those yang nak cari duit poket,should try this medium.
ReplyDeleteItulah. Idea untuk mencari platform yang boleh jana duit online ni tercetus semasa SR naik lrt hari2. Semua orang asyik melihat phone. Jadi, terfikir jugak. Boleh ke kita buat duit dengan phone/online?
DeleteRupanya memang ada. hehe. Kalau berminat nak explore, sis boleh register dulu. Percuma sahaja!
Banyak sungguh cara untuk cari pendapatan tambahan dari pada internet. Apa yang penting kita buat sungguh sungguh supaya kita nampak hasilnya
ReplyDeleteyup! SR pun tengah mencari2 lagi platform lain yang okay untuk dicuba. hehe. Itulah kan konsisten tu yang penting. Kalau sis nak cuba explore, jangan segan silu register okay. Percuma je jangan risau!
DeleteBaru mama tau, tips yang hebat sis berikan untuk manfaat blogger bersama sama kan. Semoga bermanfaat untuk dapat duit lebih dari iklan
ReplyDeleteHi mama! hehe. Itulah. Dengan zaman sekarang ni kadar pengangguran masih tinggi, platform ini memang beri peluang kepada semua untuk mempromosikan jawatan kosong bagi pihak Maukerja.
DeleteSikit2 lama2 jadi bukit. Hehe. Min cash out: Rm100
Boleh register dulu untuk dapat feel cara guna platform Adhance. Serious tak susah. Kena fahamkan konsep asas sahaja. hehe.
Ini tips bagus. Boleh la try nanti. Orang cakap sikit sikit lama lama jadi bukit. Never thought we can use this method to earn extra income.
ReplyDeleteHi Cindyrina! Hehe. Sikit2 lama2 jadi bukit kan? You can try it out. Free registration! You can explore how to use it too.
DeleteBonus: FB Group Support Adhance
macam nak cuba..macammenarik sebab dapat duit bunian macam ni...sebenarnya banyak cara kita blh jana pendapatan melalui online kan hhmm
ReplyDeletetapi untuk permulaan, agak susah nak dapat earning hari2. Kena pandai cari tuning dan walla! Hari2 earning masuk.
DeleteMeh la cuba. Free je register. Hehe
wah rajin yer syaza. huda fulltime blogger juga, tapi macam macam-macam pula nak kena buat yer. tengok lah kalau mood rajin sampai nanti huda try juga adhance ni. First time dengar ni. konsep yer cam affiliate jugak lah kan
ReplyDeletehehe. Syaza minat bahagian HR jadi cuba tinjau2 ada x platform promote kerja kosong. Last2 jumpa adhance ni terus 'jatuh cinta'! hehe. Huda fulltime blogger kan? Lagi la nice kalau nak cuba. Lagi2 ada banyak masa terluang sebab Syaza full time kerja HR skrg ni. Yes, konsep affiliate. hehe
DeleteDah baca tapi paham sikit je..hehee..Caranya nampak bagus untuk post apa-apa ye..banyak cara nak post apa yang kita nak bagi orang nampak, cumakene belajar lagi kan..
ReplyDeleteHi Nadia! Iya betul tu.
DeleteKalau nak bagi nampak betul2, kena explore platform ni dulu. Macam syaza sendiri mula2 tak nampak sangat caranya. Bila dah nampak tu, alhamdulillah hari2 ada earning masuk. Jom la cuba reg dulu. Free. Boleh godek2 fungsi yang ada. hehe
Bagus gak ni..sis pun tgh cari duit sampingN gN ni..blehlah belajar dr sini. Kena fahami betul2 ni baru leh buat
ReplyDeleteHi sis Hanny! hehe. Ya betul. Bagus sebab kalau sis lihat sekarang ni kadar pengangguran sangat tinggi. Kita tolong org cari kerja sambil kita pun dapat duit sekali. Ibarat sambil menyelam minum air gituu. hehe.
DeleteBoleh register dulu and explore platform ni. Percuma je and xde hidden charge. Dah ramai pernah cash out dari Adhance ni.
Wahhhh bagus betul ! Sangat terperinci tutorialnya. First time dgr medium ini utk cari kerja. Mudahlah lpeas nie nk cari kerja yg bersesuaian dgn kriteria yg kita nk
ReplyDeleteYeszaaaa boleh cuba. Lagi senang if you ada followers ramai. Boleh jugak kongsikan kerja kosong dekat kawan2. kita tolong org cari kerja kosong, kita dapat la duit sikittt sambil2. Best ke best? hee.
DeleteBoleh join percuma je. Dah register dah boleh explore fungsi2 dalam tuu. Sumpah best!
Menarik ni.. baru tau pasal Adhance ni. Ingatkan selalu orang yang share kerja kosong tu memang orang yang bekerja dalam company tu, rupanya ada juga ye konsep share kerja kosong dan dapat earning. Nak cuba la, mana tau boleh tambah rezeki kan
ReplyDeleteOmg Hi Dik Bee! Dik Bee followers ramai kann. Digalakkan untuk join platform ni. Kalau nuffnang kena tunggu kemain lama untuk cashout, adhance kalau Dik Bee focus betul2 inshaaAllah dalam sebulan dua boleh cash out. hehe.
DeleteBoleh register dulu. Percuma buat masa sekarang ni...
Perkongsian yang sangat berinfomasi..lengkap dengan cara dan langkah. Mudah untuk diikuti
ReplyDeletehehe. kalau nak explore platform ni boleh register dulu. free je. salam kenal taw! :D
DeleteThanks for sharing this, interesting and really helpful for those who need it, will register and give it a try since it's free kan no harm trying.
ReplyDeleteHi JSL! Glad that you read this entry. Yes no harm trying as it's free to join. No need to pay any fees. hehe
DeleteOh, tak sangka ya. Buat iklan kerja jawatan kosong pun boleh buat duit. Boleh usha nanti laman web ni.
ReplyDeleteHehe ya. Boleh dapat duit. Alhamdulillah SR dah dapat cash out pertama dari Adhance. Nanti SR share entri dekat blog ni ya.
Deletepembacaan kali pertama menarik minat ni. done bookmark, ada masa boleh try adhance plak. terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSaya dah apply tapi tunggu approval lama sangat la. kenapa ya? semua ruangan dah penuhkan. ada tips lain?
DeleteHi Aiman! Ruangan website semua dah isi kan? Cuba login. Kalau tak boleh jugak, try join group Adhance dekat FB.
DeleteWahh canggihnya zaman sekarang ni. Baru tahu ni. Thanks for sharing! Salam perkenalan :)
ReplyDeleteHehe sekarang ni macam2 cara boleh dapat extra income. Sama ada kita tahu atau tak tahu je. hehe. Puad Nad boleh lah cuba sambil2. Hee
DeleteThanks for sharing the details about this app and site. I find it useful and user friendly too. I will check it out, thanks
ReplyDelete