Jom Travel : 4 Tempat Anda Wajib Jejak di Johor


1. Johor Premium Outlets (JPO)

 

Sudah semestinya bagi orang yang suka shopping, tempat ini bakal menjadi syurga anda. Haha!
JPO ini terletak bersebelahan lebuhraya Utara-Selatan. Pelbagai barang berjenama seperti Gucci, Coach, LV dan sebagainya yang boleh didapati dengan harga lebih murah terutamanya masa musim Year End Sales.

Fuh kalau anda bercuti di Johor pada bulan Disember (kan musim cuti sekolah). Memang JPO ni sesak dengan kaum hawa saja. Hehe.

2. Legoland Malaysia



Legoland merupakan salah satu tempat yang wajib anda lawati. Legoland sememangnya sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Salah satu taman tema yang dibanggakan oleh warga Malaysia! Woohoo!

Legoland menawarkan pelbagai aktiviti yang sememangnya sesuai untuk semua lapisan umur. Sudah semestinya 1 hari berada di Legoland tidak mencukupi untuk explore semua tarikan yang ada di Legoland.

Untuk survey hotel yang best dan berpatutan berdekatan Legoland, 
sila lihat senarai hotel di Johor Bahru di sini.


3. Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland




Destinasi ketiga ini ialah taman tema air yang terkini di Johor. Tempat ini telah dibuka sejak tahun 2018.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Tempat ini lebih kurang sama dengan Sunway Lagoon. Banyak tarikan water slide bertaraf antarabangsa di sini. Contohnya, Riptide & The Tempest, Super Twister, Wild Whirl serta Giant Water Slides.

Wave Pools yang ada di sini merupakan antara yang terbesar di dunia. Oh WOW!

4. Austin Heights Adventure Park





Lokasi ke-4 yang anda WAJIB pergi adalah Austin Heights Adventure Park. Tempat ini memang disyorkan untuk belia remaja. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak, SR yakin tempat ini tidak akan mengecewakan anda. Terdapat 3 zon utama : Water Theme Park, Adventure Park dan Sport & Leisure Park.

Zon yang paling sesuai untuk kanak-kanak adalah zon Sport & Leisure Park. Antara aktiviti yang dikelolakan adalah Ice Skating dan Indoor Trampoline.


Masih tercari-cari penginapan yang sesuai di Johor Bahru? 
Meh lihat review awesome di sini >>> Senarai hotel di Johor Bahru (Edisi Jimat)

2 comments:

  1. This was a really great contest and hopefully I can attend the next one. It was alot of fun and I really enjoyed myself.. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.

    ReplyDelete
  2. I really loved reading your blog. It was very well authored and easy to understand. Unlike other blogs I have read which are really not that good.Thanks alot! gain ig likes

    ReplyDelete

Copyright syazaredzuu.com 2016. Powered by Blogger.